BAB 16

1 0 0
                                    

   Hampir seleruh baju di almari di bawa keluar.Satu persatu di cubanya.Semuanya tak kena.Baju baju tersebut terus dicampak ke atas katil.

" Aduhh nak pakai baju apa ni nanti."kepala yang tidak gatal itu digarunya.

Rambutnya diserabaikan.Ni kalau bakal suami nampak ni confirm lari.

Baju yang dibaling tadi dibelek-beleknya lagi. Pening kepalanya memikirkan baju yang akan dipakainya pada hari esok.

Dia dah janji dengan Johsua nak keluar jalan jalan.

"Tetiba rasa menyesal pulak tak dengar cakap ibu suruh beli baju."keluh Amy.

"Amy! turun, Elly datang ni." Panggil ibunya dari bawah.Akhirnya Amy nampak sinar harapan untuk masalahnya itu.

Amy terus turun kebawah lalu menarik Elly ke biliknya.

"Ellyy......tolong aku" rengek Amy sambil buat muka comel dia.Lepas tu acah-acah lap air mata yang tak wujud tu.

"Yela,aku tolong.Tak payah buat muka comel tak berapa jadi kau tu."

Amy hanya tersengih dengar ayat Elly tadi.

"Ha cepat.Nak suruh aku tolong apa ni"Tanya Elly

Tangan Amy diarahkan pada longgokkan baju yang ada di atas katilnya itu.

"Tolong aku cari baju yang sesuai untuk aku pakai esok"pinta Amy.Matanya dikelip-kelipkan, acah comel la tu.

" Kau nak pergi mana esok?"

Amy buntu sama ada nak bagi tahu Elly atau tidak.Kalau bagi tau nanti habis la dia kena sakat dengan Elly.Kalau tak bagi tau pula mesti si Elly tu tak nak tolong.

Amy pon dengan pasrahnya bagi tau Elly tentang permintaan Johsua itu.

"Ouhhh, nak pergi dating la ni.Meh meh aku tolong kau cari baju."

Kalau bukan disebabkan nak suruh Elly carikan baju, dah lama peha tu dipiat-piatnya.Geram betul dengan perangai Elly yang suka menyakat tu.

Akhirnya sebuah baju biru lembut dihalakan kepada Amy.

Akhirnya sebuah baju biru lembut dihalakan kepada Amy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ok aku dah putuskan ,kau akan pakai baju ni."kata Elly selepas penat lelah mencari baju yang sesuai untuk Amy.

"Alaaaaa, kalau tak pakai dress tak boleh ke?"Rungut Amy .

"TAK B.O.L.E.H"jawab Elly sambil menggelengkan kepalanya. Tangannya disilangkan .

Amy pula sudah memuncungkan mulutnya seperti itik tak dapat makan seminggu.

"Kau kan nak pergi jumpa Johsua sebab nak balas budi dia kan.Kau kena la nampak cantik and bagi aku dress ni cute ape.Aku confirm yang Johsua akan jatuh hati kat kau"  sempat lagi dia menguusik Amy di situ.

Amy yang mendengar usikan Elly terus berubah merah.Semerah merahnya.

"Ehhhh,a..pa pulak sam...pai ke situ.Kau ni!"kata Amy sambil cuba menaham malunya itu.

Elly yang melihat Amy sebergitu tersenyum-senyum.

"yela-yela aku gurau je.Nah try baju ni aku nak tengok. mana la tau kau dah gemuk."kata Elly.

Tiba tiba satu bantal terus melayang kearah Elly.Siapa lagi kalau bukan Amy yang baling.

"Kau ni kan Elly..memang sengaja pancing kemarahan aku."Kakinya terus diatur kearah Elly.

"Sini kau aku kerjakan"tangannya terus ligat menggeletek badan Elly.

Pagi itu penuh dengan tawa mereka berdua.Puan Hanna yang mendengar gelak tawa yang kuat dari tingkat ayas hanya mampu menggelengkan kepala.

Petang

"Huh, tenang Amy ,tenang." jam ditangan dilihat sesekali.

Kakinya kehulur kehilir di dalam bilik. Nervous la katakan.Entah kenapa dia jadi gugup semacam ni. Padahal nak keluar jalan-jalan dengan Johsua je.

'Pin !Pin!'

"Amy turun cepat, kawan kamu dah datang ni."panggil ibunya dari bawah.

"Ye, bu.Kejap nak turun la ni"jawab Amy.

"Ok Amy ,you can do this."kata Amy pada dirinya sendiri. Nafasnya di tarik dalam dalam. Perlahan- lahan dia turun dari tangga menuju ke pintu rumah.

Dia terus jalan keluar rumah.Kelihatan Johsua sedang menunggunya di luar kereta.Tangannya dilambai-lambai  ke arah Johsua.

"Maaf la kalau kau tunggu lama. Ada kerja sikit tadi." bohong Amy .Takkan nak bagi tau yang tadi dia tengah nervous nak jumpa Johsua.

"Eh ,takda la.Tak lama mana pun."

Johsua membukakan pintu kereta untuk Amy masuk.

"Terima kasih"ujar Amy sepatah.

Mereka terus memulakan perjalanan mereka.Kereta itu terus laju membelah kesunyian di jalan raya.Mana la pergi semua orang. Setahunya hari ini hari cuti umum.

"kita nak pergi mana ni Sua?" tanya Amy.Terasa pelik bila menngunakan nama tersebut tapi  dia suka .

Johsua tidak menjawab malah hanya tersenyum.melihat Johsua bergitu, Amy pun malas nak tanya lagi.

Setelah setengah jam berada di dalam kereta ,akhirnya mereka tiba di tempat yang di tuju.

Terpampang perkataan 'TAMAN TEMA' di situ.Mata Amy sudah bersinar sinar melihat perkataan itu.

Tau-tau je yang dia nak sangat pergi taman tema. Sudah bebrapa kali dia mencari kesempatan untuk datang,tapi ada sahaja yang menghalang.

"Haritu aku tanya Elly yang kau suka pergi mana. Dia cakap kau suka taman tema, jadi  aku bawak la kau datang sini."Terang  Johsua sambil tersenyum manis.

Amy yang sangat teruja tu terus memeluk Johsua erat.Suka sangat apabila Johsua membawanya kesana.

Terkejut Johsua melihat tindakan mendadak Amy itu.Setelah beberapa saat, Amy melepaskan pelukannya.

"Terima kasih !"

Senyuman manis dihadiahkan kepada Johsua

Tangan lelaki itu diraih dan terus menuju ke taman tema tersebut.

"Jom ,kita masuk!"

AKU UNTUK KAU ,TAU! [OG]Where stories live. Discover now