Program akan bermula sebentar lagi . Slot pertama akan diadakan di dalam dewan tertutup sekolah mereka .
"Ok murid–murid ,sekarang saya nak kamu semua duduk dengan mentor kamu,kita akan adakan slot ice-breaking." Kedengaran suara Miss Qiena yang sedang memberi arahan.
"Cikgu macam mana nak tahu mentor kita yang mana satu ?Saya tak kenal lah mentor saya."tanya seorang budak lelaki yang berkaca mata.
"Ohhh,saya lupa nak beri tahu yang dekat kertas nama yang kamu cabut haritu di bawahnya ada nama tempat mentor kamu berada.Kamu tak buang lagi kan?"
"Tak cikgu!"
"Baiklah ,bergerak kearah mentor kamu sekarang.Mereka berada di sekitar dewan ni sahaja." Semua terus bergerak ke arah mentor masing-masing sebaik sahaja diberi kebenaran.
Amy juga tidak terkecuali.Selepas berpecah dengan kawan–kawanya,Amy terus ke bahagian belakang dewan berdekatan dengan longgokan kerusi.
Itulah tempat yang di tulis di atas kertas semalam.Nasib baik dia tak buang kertas tu,kalau tak mesti susah nak mencari mentornya.
Sampai sahaja di belakang dewan ,kelihatan Joshua sedang menunggu di bahagian hujung longgokan kerusi itu.
"Ok Amy ,bertenang jangan bagi dia nampak yang kau tengah nervous" kata Amy dan cuba bertenang.
Kaki diatur perlahan ke arah lelaki yang sedang termenung jauh itu.
"Hi, selamat berkenalan."ujar Amy.
Kepala terus ditoleh ke arah yang empunya suara.Dia juga teruja ingin tahu siapa menteenya.
Matanya seperti tak percaya dengan siapa dia akan menghabiskan satu minngu bersama.
Dia terdiam.Tak sangka orang yang dia harap akan berjumpa lagi sedang berdiri di hadapannya sekarang.
Melihat Johsua yang tidak bersuara, Amy menegur sekali lagi tetapi lebih kuat berbanding tadi.Terkejut Joshua dibuatnya.Terus hilang segala benda yang ada di kepalanya tadi.
"Ohh,hi. Kita pernah jumpa kan sebelum ni?"
" Errr ye kot " Jawab Amy. Harap-harap lelaki itu tak kesah dengan sikapnya yang pergi begitu sahaja haritu.
Suasana terus menjadi janggal. Dua-dua diam tak besuara.Masing-masig dengan dunia sendiri.
Suara Miss Qiena memecahkan kesunyian antara mereka berdua.amy menghembus nafas lega
'Thank you Miss Qiena , Jasa mu ku kenang selalu.I always hate this kind of situation"
Kali pertama dalam hidupnya , Amy suka akan Miss Qiena.
"Perhatian semua. Sila datang ke hadapan bersama mentor dan mentee anda semua .Slot akan bermula sebentar lagi .Sila ambik ruang masing-masing pastikan ada jarak antara setiap pasangan ,senang sikit saya nak bezakan setiap orang."
Banyak mata-mata melihat Amy yang jalan beriringan dengan Joshua.
Rimas.
Itu sahaja perkataan yang keluar di kepala Amy sekarang ini.
Tu mesti peminat-peminat si Johsua ni kan.Famous betul mamat ni,kata Amy dalam hati.
"Semua dah berkumpul?Kalau sudah kita akan mulakan slot kita sekarang."ujar Mrs Qiena.Semua orang menyahut dengan penuh semangat kecuali Amy.Dia masih tidak selesa dengan Johsua.
Dari tadi lagi dia rasa macam ditenung.
"Kenapa awak tenung saya dari tadi ?"tanya Amy.
Dia sudah tidak tahan dengan kelakuan Johsua tu.
Sebenarnya, jantungnya sedang lari maraton dari tadi. Kalau dibiarkan tu memang masuk hospital la jawabnya.
" hmmmm so cute..."kata Johsua separuh sedar. Tangannya digunakan untuk memangku (?) kepalanya lalu melihat ke arah Amy.
Matanya masih setia menatap Amy.
"Apa awak cakap tadi?" kata Amy.
Dia rasa yang dia tak salah dengar apa yang Johsua cakap tadi.
"Errrr,takde apa-apalah.Nama awak Amy kan ,yang saya terlanggar haritu?"kata Joshua . Dia terus tukar topik apabila tersedar dia sudah tersalah cakap.
'Aduhhh kau dahkenapa Joshhhh, yang gatal mulut pergi cakap kuat-kuat tu dah kenapa' Marah Johsua dalam dirinya.
Amy hanya mengangguk dan terus memberikan tumpuan pada cikgu.
Nampak Amy hanya berdiam diri, Johsua pun diamlah takut tersalah cakap lagi.
~
"Baik murid-murid ,hari ni kamu akan lakukkan satu tugasan.Tugasan tersebut ialah............" Miss Qiena berhenti lama.Sengaja dia ingin melihat reaksi anak muridnya itu.
"Ala cikgu cepat la cakap.Kitorang dah tak sabar ni" Ucap salah seorang pelajar di situ.
"Ye sekajap la.Tak tahu bersabar betul.Ok, kamu semua akan diberi masa 4 hari untuk tugasan ini.Kamu semua perlu buat satu video yang dilakonkan oleh kamu sendiri .Kamu akan digabungkan dengan satu kumpulan lain.Jadi ada 4 orang satu kumpulan.Tajuk saya tak kesah.Tapi mesti ada pengajaran. Saya tak nak ye cerita yang mengarut."
Dewan terus menjadi bising.Semua murid bercerita tentang tugasan yang mereka dapat kali ini.Semua orang memasang angan angan nak berlakon dengan crush sendiri.Siapa je yang tak nak kan.
"Mmmmm Amy .Kita pairing dengan kawan saya boleh tak?" Tiba- tiba Johsua bersuara."Oh ok. Saya tak kesah.Mmmm diorang kat mane sekarang?"
"Diorang ada kat sana tu ha."
Jarinya ditunjuk ke arah satu kumpulan yang berada dekat dengan pentas dewan.Seorang lelaki dan seorang perempuan. Mereka terus mengatur langkah menuju ke arah tersebut.
"Mmmmm, Johsua.Kami nak berkumpulan dengan awak boleh?"
Tiba-tiba 2 orang perempuan datang menegur mereka.Mereka masing masing memakai baju yang ketat dan pendek.Sakit mata nak tengok.
Dah tahu diri tu macam tu pakai la baju yang longgar sikit.Heishhh ini la budak zaman sekarang.Tak reti malu betul.Dah tak cukup kain ke nak buat baju tu.Kalau tak cukup nanti aku belikan kain kafan bagi korang buat baju.
"Eh sorry la.Saya dah ada kumpulan sendiri" Jawabnya dengan sopan.
Mereka pergi dengan muka yang kecewa.Tapi mereka sempat menghadiahkan jelingan kepada Amy.
'Aik asal aku pulak yang kena jeling.Bukan salah aku dapat satu group dengan dia ni,hishhh,' Rungut Amy dalam hati apabila melihat jelingan mereka tadi.
Selepas berkenalan dengan ahli kumpulan baru, mereka terus membincangkan tentang apa yang patut mereka lakukan.
An hour later~
Habis sahaja berbincang mereka buat keputusan untuk jadikan Johsua dan Erika watak utama. Erika ni mentee kepada kawan Joshua.
Melihat Johsua yang tengah berbincang dengan Erika tentang video tu buat Amy sakit hati.
Entah kenapa dia tidak suka Johsua berakon dengan Erika dalam video tu.
'Apakahhhh?? aku tengah cemburu ke ni!!!'
Salah dia juga apabila menolak bila dicadangkan untuk berlakon.Kononnya lebih minat buat video daripada berlakon.Akhirnya sendiri yang menyesal.Nasib kau la Amy.
Jangan lupa vote⭐ dan comment!
YOU ARE READING
AKU UNTUK KAU ,TAU! [OG]
Romanceˢᵉᵒʳᵃⁿᵍ ᵖᵒᵖᵘˡᵃʳ ᵏᵉʳᵃⁿᵃ ᵏᵉᵗᵃᵐᵖᵃⁿᵃⁿⁿʸᵃ ᵈᵃⁿ ᵖᵉʳˢᵒⁿᵃˡⁱᵗⁱ ʸᵃⁿᵍ ᵖᵉʳᵃᵐᵃʰ ᵈᵃⁿ ᵐᵘᵈᵃʰ ᵘⁿᵘᵗᵏ ᵈⁱᵈᵉᵏᵃᵗⁱ. ˢᵉᵒʳᵃⁿᵍ ˡᵃᵍⁱ ᵖᵒᵖᵘˡᵃʳ ᵏᵉʳᵃⁿᵃ ᵏᵉᶜᵃⁿᵗⁱᵏᵏᵃⁿⁿʸᵃ ᵈᵃⁿ ᵖᵉʳˢᵒⁿᵃˡⁱᵗⁱ ʸᵃⁿᵍ ᵖᵉᵐᵃˡᵘ ᵈᵃⁿ ˢᵘᵏᵃʳ ᵈⁱᵃʲᵃᵏ ᵇᵉʳᵏᵃʷᵃⁿ. '/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'...