Kehulur kehilir Johsua dari tadi.Orang yang ingin dicarinya masih belum dijumupai.
"Eishh,Amy mana kau ni"
Gelisah hatinya apabila memikirkan bahawa gadis itu sesat .
Tempat ini dah la besar, sudah tentu dia akan sesat.Lebih lebih lagi ini kali pertama dia datang ke sini.
"Eh itu bukan ke.." dia nampak seorang gadis yang sedang ditarik secara paksa. Kenal sangat Johsua dengan perempuan tersebut.Kakinya diatur laju ke arah gadis itu.
Tiba sahaja disana, Johsua terkedu.
Pemandangan di hadapannya ini sangat menyakitkan hati.Terbeliak matanya apabila melihat Amy hampir dicium oleh lelaki itu.
"Woi!"jerit Johsua
Jeritan tersebut berjaya membantutkan lelaki itu dari meneruskan perbuatannya.
"Kau lepaskan dia sekarang!"marah Johsua.
"Laa Johsua apa kau buat kat sini.Bukannya dah nak sampai majlis potong kek ke ?"tanya lelaki itu selamba.
Tiada secalit pun perasaan bersalah ataupun takut apabila ada orang melihat perbuatannya tadi.
"Sepatutnya aku yang tanya kau apa yang kau tengah buat kat sini."merah mukanya menahan marah .
Dia sedaya upaya menahan marahnya agar tidak timbul masalah lainnya nanti.
"Oh ,aku tengah bermesra dengan perempuan ni.Dia kata nak layan aku,aku pun ikut je la.Benda baik takkan nak tolak pulak kan."kata lelaki itu sambil ketawa.
Satu tangannya merangkul bahu Amy dan sebelah lagi mengelus pipi Amy.
Segera Amy menepis tangan lelaki itu lalu menggeleng kepalanya sekuat hati ,menidakkan apa yang lelaki itu katakan.
Air matanya mengalir.Dia berharap sangat Johsua tidak mempercayai lelaki itu.
Marahnya tidak lagi dapat ditampung. Lelaki tu dah melampau.
Satu tumbukan padu hinggap di muka lelaki tadi.
"Jangan letak tangan kotor kau dekat dia!" Johsua menumbuk muka lelaki itu sekali lagi.
"Wooo, apa ni tiba-tiba je nak pukul aku.Dia bukan kau punya pun."kata lelaki itu sambil mengelap darah yang mengalir di bibirnya.
Johsua menarik nafas panjang untuk tenangkan dirinya.Dia tidak mahu marah menguasai dirinya.Kalau tidak habis lelaki ni dikerjakannya.
"Dia memang aku punya.Sekarang kau nak kata apa lagi."kata Johsua.Tenang.
"Lahh, girlfriend kau ke.Tapi dia kata nak layan aku tadi , kan sayang.."matanya melirik ke arah Amy .
Ini dah melampau.. Johsua sudah tidak lagi dapat menahan marahnya .
"Dia, bukan ,perempuan, murahan, la ,bodoh!"
Dia menumbuk lelaki itu berselang seli dengan katanya.Ha kan dah 6 kali kena tumbuk tu.
Tidak cukup dengan itu dia menyambung menumbuk lelaki itu .Segala kemarahannya dilepaskan pada lelaki itu.Berani sungguh meneyentuh Amy di hadapanya.
"Johsua cukup la tu.."pinta Amy.
Johsua menghiraukan kata-kata Amy.Hatinya belum puas.
"Cukup la Johsua!" Jerit Amy sambil menagis . Kalau tidak diberhentikan mati nanti anak orang .
Johsua terus tersedar apa dari apa yang sedang dia lakukan apabila mendengar tangisan Amy. Hampir lunyai macam daging cincang lelaki itu dikerjakannya.
Telefon pintar dibawa keluar lalu dia menelefon seseorang.Tak lama selepas itu datang beberapa pengawal keselamatan menghampiri mereka.
"Bawak dia pergi"arah Johsua.
"Pastikan dia masuk lokap."
Mereka terus membawa lelaki itu dari situ.Kakinya terus diatur kearah Amy.
"Kau okey?Macam mana boleh jadi macam ni?"tanya Johsua lembut.
Terpampar riak risau di mukanya.Risau jika Amy ada luka di mana-mana.
Amy tidak menjawab malah terus menangis. Dia trauma.
Hampir- hampir sahaja dia diapa-apakan oleh lelaki itu.Apalah yang akan terjadi kalau Johsua tak datang tadi.
Teringat akan tentang itu membuatkan Amy menangis dengan lebih kuat.
"Kau boleh bangun tak ni?"tanya Johsua .Dia tidak mahu berlama laman di situ.Tidak pasal nanti orang ingat dia pula yang buat Amy bergitu.Amy hanya mengangguk kepala.
Johsua memapah Amy supaya dapat bangun.Satu badannya menggeletar.Hampir tersadung dibuatnya.
Johsua membuka kotnya lalu disarungkan kepada Amy. Bimbang jika gadis itu kesejukkan.
Dia terus mengangkat Amy bridal style. Amy terkejut namun dia hanya membiarkan sahaja dia diangkat.
Kepala di sandarkan pada dada lelaki itu.
Tenang. Selamat.
Itu yang di rasakannya apabila bersama dengan Johsua
Dia terus mengangkat Amy ke ruang utama . Kakinya terus menuju ke arah ibunya.Terkejut aunty Rina melihat keadaan Amy.
"Apa dah jadi ni?? Cepat-cepat, letak Amy atas sofa"kata aunty Rina risau.
Terus dia memarahi Johsua kerana tidak menjaga Amy sehingga jadi bergini.Kesian Johsua dimarahi teruk oleh ibunya.
"Aunty jangan la marah Johsua.Bukannya salah dia.Dia yang selamatkan Amy tadi.Kalau tak, Amy tak tau jadi apa."celah Amy membela Johsua.
"Sua, I need your explanation."kata puan Rina tegas.
Johsua pun menceritakan apa yang terjadi tadi kepada ibunya.
Terkejut aunty Rina setelah mendengar cerita tersebut.Amy ditarik ke pelukannya.Dia berharap itu dapat sedikit sebanyak menenangkan gadis itu.
"Amy datang dengan siapa?Sorang je ke?"tanya Puan Rina.
"Eh tak,Amy datang dengan kawan Amy. Kejap Amy try call dia."
Dia terus membuka telefonnya.Berpuluh puluh panggilan yang tidak dijawab.Mesti Elly cari dia tadi.Satu pesanan ringkas ditinggalkan oleh Elly kepadanya.
'Aku balik dulu tau.Kau balik la dengan prince charming kau tu ye.Siapa suruh kau hilang😝'
"Ermmm,dia dah balik dulu la aunty" kata Amy.
"Emmm takpe la .Biar Johsua hantarkan kamu balik."
"Emm..aunty boleh tak kalau saya nak tinggal kat sini semalam ?Kat rumah tak ada orang.Amy takut.Ayah dengan ibu Amy balik 2 hari lagi."Badannya terus menggeletar apabila teringatkan peristiwa tadi.
Entah kenapa dia berasa selesa bersama aunty Rina.Itu yang dia berani mintak untuk tinggal di situ malam itu.
"Boleh -boleh, rumah ni banyak bilik kosong . Amy pilih la mana-mana."
Gembira Amy apabila dia dibenarkan untuk tidur disitu .Bukannya dia sengaja tidak ingin pulang ke rumah, tapi dia memang takut berseorangan. Lagi-lagi selepas apa sahaja yang baru terjadi tadi.
Sampai di bilik itu, aunty Rina menyuruh Amy untuk membersihkan badannya dahulu.Baju pula ada di atas katil.
"Emmm aunty, ni baju siapa? Johsua ada kakak ke?"tanya Amy hairan.Takkan la itu baju aunty Rina kot.
"Oh, ni baju kakak Johsua.Dia tak tinggal kat sini dah. Dia tinggal sendiri.Baju yang dia jarang pakai ditinggalkan disini.Kadang-kadang je yang dia balik ke sini" Jelas aunty Rina.Amy mengangguk - angguk.
"Dah-dah Amy rehat dulu ye.Mesti penatkan."
Selepas menghantar aunty Rina keluar dari bilik ,dia terus menghempaskan badannya ke katil.
Lembut.
Tak sampai beberapa minit dia terus terlelap.
YOU ARE READING
AKU UNTUK KAU ,TAU! [OG]
Romanceˢᵉᵒʳᵃⁿᵍ ᵖᵒᵖᵘˡᵃʳ ᵏᵉʳᵃⁿᵃ ᵏᵉᵗᵃᵐᵖᵃⁿᵃⁿⁿʸᵃ ᵈᵃⁿ ᵖᵉʳˢᵒⁿᵃˡⁱᵗⁱ ʸᵃⁿᵍ ᵖᵉʳᵃᵐᵃʰ ᵈᵃⁿ ᵐᵘᵈᵃʰ ᵘⁿᵘᵗᵏ ᵈⁱᵈᵉᵏᵃᵗⁱ. ˢᵉᵒʳᵃⁿᵍ ˡᵃᵍⁱ ᵖᵒᵖᵘˡᵃʳ ᵏᵉʳᵃⁿᵃ ᵏᵉᶜᵃⁿᵗⁱᵏᵏᵃⁿⁿʸᵃ ᵈᵃⁿ ᵖᵉʳˢᵒⁿᵃˡⁱᵗⁱ ʸᵃⁿᵍ ᵖᵉᵐᵃˡᵘ ᵈᵃⁿ ˢᵘᵏᵃʳ ᵈⁱᵃʲᵃᵏ ᵇᵉʳᵏᵃʷᵃⁿ. '/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'...