Di Check point terakhir
"Huh huh huh,jauh lagi ke ni."keluh Zick.
Check point terakhir mereka ialah di pondok pengwal .Sebelum ni,mereka dapat selesaikan semua check point dengan terbaik cemerlang terbilang .
Sebaik sahaja sampai di pondok pengawal tu ,mereka terus mendapat sambutan yang 'meriah' dari penjaga yang ada di situ.
Habis basah semua orang .Penjaga disitu menembak mereka dengan pistol air.
Ada ke patutnya sambut orang macam tu kan.Walaupun basah diorang masih semangat nak habis kan game tu.
"Ok dah dah la tu pancut air .Apa yang kami kena buat kat sini?"tanya Zick yang lebih matang kat situ.Tak main la pancut- pancut air ni tak macho.
"Dekat dalam ni ada macam-macam jenis kacang.Korang kena asing kan kacang tu menggunakan chopstick yang panjang ni.Korang boleh bergilir-gilir main game ni."kata penjaga tu.
Chopstick tu agak-agak panjang lengan kot.
"Ha,yang ni bagi aku mula dulu .Aku memang handal dalam bab-bab guna chopstick ni."kata Zick.
Pondok penjaga tu penuh dengan bunyi gelak diorang.Yang paling lawak apabila giliran Johsua amik kacang.
Terkial- kial dia pakai chopstick tu.Dia amik kacang tu sampai terpelanting masuk hidung pakcik kebun yang tengah tengok diorang main.Nasib baik dia tak marah.Nampak sangat tak pernah pakai chopstick.
"ok tahniah korang berjaya habiskan kacang ni tepat pada masanya.So ni sticker korang."
Satu sticker dengan ganbar 'goodjob' diberikan kepada mereka.
"Dah korang jom gerak balik tapak perhimpunan.Aku rasa kita ada peluang nak menang ni!"Kata Elly penuh semangat.
"Jom!"semua orang lari dengn penuh semangat.Jarak antara pondok pengawal dengan tapak perhimpunan tak lah jauh sangat.Tiba-tiba....
'Ahhhh, aduh!"Jerit Amy tiba-tiba.
Semua terus berhenti belari apabila Amy menjerit.Johsua yang mendengar jeritan tu terus berpusing.
"Kau ok tak ni Amy?" tanya Johsua.
Risau betul dirinya apabila Amy hampir mengalirkan air mata.
"Aku ok je .Terseliuh sikit."Dia masih tersenyum walaupun kakinya sedang sakit.
"Jom aku dengan Joshua tolong kau"Kata Elly.
Dia dah anggap Amy macam adik-beradik dia sendiri.Mestilah dia risau.Amy menggelengkan kepala.
"Aku boleh jalan lagi ni."kata Amy sambil cuba untuk bangun.Tetapi tak berjaya malah bertambah perit kakinya itu.
"Eish,kau ni.Jangan nak degil boleh tak?Biar aku dengan Johsua tolong kau."
"Aku cuma taknak korang risau je.Hehe,"Jawab Amy.
Tiba-tiba Johsua mencangkung membelakangi Amy.
"Sini naik cepat.Kalau kau paksa jugak kaki kau berjalan nanti lagi teruk jadinya."arah Johsua.
Terpaksa jugalah dia ikut cakap Johsua apabila Elly memaksanya.
'Dia dukung aku, dia dukung aku, dia dukung aku, dia dukung aku' berulang-ulang perkataan tersebut di dalam kepala Amy. Matanya jadi berputar - putar.
Sepanjang perjalanan ke tapak perhimpunan,Amy terpaksa menadah telinga dengar Johsua membebel .
Nama je lelaki tapi bab membebel memang kalah perempuan. Itu lah salah satu hal yang dia tau lepas kenal dengan Johsua ni.
Sampai je kat tapak perhimpunan nama kumpulan mereka di ambil oleh cikgu yang bertugas.Kemudian mereka diarahkan untuk ke dewan bagi sesi penyampaian hadiah.
Sebaik sahaja mereka sampai di dewan,tahulah mereka yang mereka dapat tempat ke dua sebab dah ada satu kumpulan yang tengah menunggu dalam dewan tu.Kumpulan tu pun baru je sampai.
"Korang...."tiba-tiba Amy bersuara.
Muka bersalah terpampang di wajahnya.
"Kenapa Amy?"tanya Elly kehairanan.
"Aku nak mintak maaf,kalau bukan sebab aku terseliuh tadi kumpulan kita mesti dapat nombor 1."kata Amy.
Dia rasa bersalah sangat.Yelah,kumpulan dia nak sangat nombor 1,tapi disebabkan dia terus tak dapat.
"Hey Amy, look here. Kitaorang tak kesah pun lah dapat nombor berapa.Janji semua orang have fun .Betul tak korang?"Cakap Elly sambil cuba memujuk Amy.Johsua dan Zick turut bersetuju dengan apa yang Elly katakan
"Dah ,taknak sedih sedih dah.Hari ni kan kita nak hilangkan stress."kata Elly ingin mengembalikan suasana ceria.
Walaupun Elly cakap macamtu,Amy tetap rasa bersalah.
Johsua yang melihat Amy sedih sudah tak senang duduk.Entah mengapa dia tak boleh nak tengok gadis tu sedih.Hatinya terasa sakit.Setelah penat memerah otak ,dia mendapat satu idea.
'Ni mesti boleh buat dia gelak .Hehehe,'gelak Joshua dalam hati.
"Hey, Amy cuba tengok sini!"panggil Johsua .
"Hahahahahaha! Kau dah kenapa Johshua buat macam tu ,salah makan ubat ke apa"terhibur dirinya melihat Johsua yang sedang menjulingkan mata dan menjelirkan lidah sambil buat gaya unknown karakter komik Lawak Kampus tu.(kalau tak faham tu faham kan je lah ye😅)
Elly dan Zick yang tengok pun terhibur . Kali pertama Zick nampak Johshua berkelakuan macam budak-budak.
Setahunya, Johsua jenis yang cool,tak suka memalukan diri atau buat benda bodoh macam tadi tu.
Setelah beberapa minit berlalu,acara penyampaian hadiah pun berlansung.Seperti yang dijangkakan,kumpulan Johshua dapat nombor 2.Johsua lah yang mewakili kumpulan mereka naik ke pentas untuk mengambil hadiah.
Lepas je Johshua turun dari pentas ,ramai perempuan datang serbu dia,mintak bergambar.
Siap ada yang mintak autograph lagi . Johsua pun terpaksa layan walaupun dia sendiri tak selesa kena serbu macam tu.Kalau tak layan cakap sombong pulak kan.
Amy dari jauh hanya mampu melihat je lelaki tu kena serbu.Entah dia sendiri tak tahu kenapa dia rasa tak suka bila Johsua layan perempuan lain.
Apa kau fikir ni Amy?Dia cuma kawan kau je ,kenapa nak marah pulak,'omel Amy sendiri sambil mengelengkan kepala. Mukanya ditepuk-tepuk untuk menyadarkan diri.
"Kau ni dah kenapa geleng kepala siap tepuk-tepuk muka lagi,pening ke?"Tanya Johsua tiba-tiba.Entah sejak bila dia sampai situ, Amy sendiri pun tak tahu.
"Mmmmm.takde apa-apa lah.Kau dah siap?Kalau dah jom kita pergi sana,Elly dengan Zick dah tunggu kita.Diorang cakap nak ambik gambar buat kenangan."
Amy terus pergi tanpa tunggu Johsua balas apa-apa.Johsua pun terus ikut Amy,takut kena serang lagi dengan perempuan–perempuan tadi.Nasib baik kawan sekelasnya tolong ,kalau tak mesti dia masih dengan diorang.
"Eh,korang sorry lambat, ada masalah sikit tadi.Hehehe"tegur Johsua setelah sampai disitu.
"Ada hal ke jumpa peminat ha?"Usik Zick .Dia memang nampak Johsua kena serbu tadi.Sengaja dia taknak tolong ,biar Johsua berdikari.Asyik dia je kena tolong Johsua setipa kali kena serbu.
Terus saja Zick dapat jelingan maut dari Johsua.Terdiam terus dibuatnya.Takut la tu.
"Ha,semua dah ada kan ?Jom kita amik gambar, buat kenangan"kata Elly sambil mengeluarkan I-phone nya.
"Sedia semua, 1 2 3! Cheese!"
_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-
YOU ARE READING
AKU UNTUK KAU ,TAU! [OG]
Romanceˢᵉᵒʳᵃⁿᵍ ᵖᵒᵖᵘˡᵃʳ ᵏᵉʳᵃⁿᵃ ᵏᵉᵗᵃᵐᵖᵃⁿᵃⁿⁿʸᵃ ᵈᵃⁿ ᵖᵉʳˢᵒⁿᵃˡⁱᵗⁱ ʸᵃⁿᵍ ᵖᵉʳᵃᵐᵃʰ ᵈᵃⁿ ᵐᵘᵈᵃʰ ᵘⁿᵘᵗᵏ ᵈⁱᵈᵉᵏᵃᵗⁱ. ˢᵉᵒʳᵃⁿᵍ ˡᵃᵍⁱ ᵖᵒᵖᵘˡᵃʳ ᵏᵉʳᵃⁿᵃ ᵏᵉᶜᵃⁿᵗⁱᵏᵏᵃⁿⁿʸᵃ ᵈᵃⁿ ᵖᵉʳˢᵒⁿᵃˡⁱᵗⁱ ʸᵃⁿᵍ ᵖᵉᵐᵃˡᵘ ᵈᵃⁿ ˢᵘᵏᵃʳ ᵈⁱᵃʲᵃᵏ ᵇᵉʳᵏᵃʷᵃⁿ. '/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'...