BAB 19

1 0 0
                                    

Hari sekolah datang lagi.Amy menjalankan harinya seperti biasa.Datang sekolah bersama Elly.Belajar sama - sama sambil bergurau.Semuanya nampak biasa. Sampailah waktu rehat benda yang tak pernah dijangkanya berlaku.

"Eh korang, tengok tu buat apa dia buat kat depan kelas tingkatan empat ni" bisik salah satu budak kelas Amy.

" Entah la . Nampak  ,macam dia tengah tunggu someone la. Uishhh untungnya orang yang dia tunggu tu." balas salah seoarang lagi.

Kelasnya terus riuh dengan kedatangan lelaki tersebut di depan kelas mereka.

Semua perempuan dalam kelas tu terus jadi sotong rebus. Lembik habis segala tulang yang ada .Tergedik - gedik sambil melambaikan tangan pada lelaki tersebut. Macam tak ada tulang belakang pun ada.

Amy dan Elly terpaksa bersusah payah untuk keluar dari kelas itu agar dapat pergi ke kantin .Terbuntang matanya melihat siapa lelaki yang ada di hadapan kelasnya itu.

"Amy!! " panggil lelaki itu sambil bergerak ke arahnya.Tangannya dilambai- lambai agar Amy sedar akan kehadirannya itu.

" Eh Sua , apa awak buat kat sini?" tanya Amy hairan.

"Saya datang sebab nak pergi makan dengan awak" jawabnya.Senyuman manis tak lekang dari bibirnya.

"Eh kau tengok tu dia datang nak jumpa Amy la" bisik  seseorang.

"Kau  dengar tak macam mana Amy panggil Johsua tadi.Agak - agak apa hubungan diorang ni."  kata salah sorang dari kelas Amy tu.

Amy yang perasan akan pandangan mata budak kelasnya itu terus menarik tangan Johsua agar segera pergi dari situ.Kaki mereka terus berjalan ke arah kantin.

"Kenapa tak bagi tau saya dulu yang awak nak datang makan sekali. Tak ada lah awak kena tunggu lama - lama kat luar tu."

"Hehehe, saja je nak suprise kan  awak. Lagipun saya tak kesah pun tunggu lama semata- mata nak jumpa awak." jawabnya .Sempat lagi dia mengenyitkan matanya pada Amy.

Elly yang dipinggirkan tu hanya mampu melihat pasangan tu bermesra.

'bila la turn aku pulakkan.' fikir Elly.

Tiba- tiba muncul satu idea dikepalanya.

"Emmm.. Amy kau pergilah dulu makan dengan Johsua. Aku tetiba rasa tak sedap badan la .Aku pergi tandas jap ek.Korang makan la dulu , tak perlu tunggu  aku." kata Elly dan terus pergi dari situ.

Tak sempat Amy nak cakap apa- apa , Elly sudah hilang dari pandangan. Amy hanya mampu mengeluh.

Sebelum ni Elly tak pernah pun skip lunch .Kalau tak sedap badan sekali pun dia  akan suruh Amy at least belikan dia sandwich untuk lapit perut.

Sebaik sahaja sampai di kantin mereka terus beratur untuk beli makanan.Amy mula rasa rimas bila ada banyak mata yang melihat ke arahnya.Lagi -lagi perempuan.

Johsua yang perasan  dengan apa yang terjadi,  terus mengajak Amy untuk makan di sebuah pondok yang sedikit jauh dari kantin tersebut.

"Kenapa tiba- tiba tukar tempat makan ni ?" tanya Amy.

"tak de apa - apalah. Saya nampak awak tak selesa duduk dekat kantin tadi  , jadi saya bawak la awak datang sini. Saya selalu duduk kat sini makan dengan Zick." Jawab Johsua  lalu terus menghabiskan makanannya.

"Emm Sua, lepas ni  kalau waktu rehat awak tunggu dekat sini jela nanti saya datang. Takpayah la sampai tuggu depan kelas saya.Lagi pun blok tingkatan 4 kan jauh dari blok awak . Kesian awak kena jalan jauh- jauh."kata Amy

Johsua mengangguk tanda faham dengan apa yang Amy katakan tadi.

Tangan Johsua automatik pergi memgelap sos yang ada di pipi gadis itu.

Amy tersentak.

Segala perisriwa yang berlaku semalam mula berputar di kepalanya.Dia terus menutup mukanya menahan malu.Lagi - lagi bila teringat yang dia mencium Johsua dulu semalam.

"Kringggg" bunyi loceng menandakan waktu rehat yang sudah habis.

'Ahhh, pemyelamat hidupku.Akan ku ingat jasa mu selamanya wahai loceng sekolah' kata hati Amy.

" Emmm. sa.. saya balik ke..kelas dulu yea.Bye bye" kata Amy lalu terus memecut pergi dari situ.

Belum sempat dia hendak melangkah pergi Johsua terus menarik Amy agar menghadap nya.

Pipi Amy yang gebu itu dikucup sekilas sebelum pergi meninggalkan Amy di situ.Tangannya dilambai sambil berjalan menuju ke kelasnya.

Amy terkejut dengan apa yang baru sahaja berlaku padanya.Pipi yang dikucup tadi dipeganagnya.

Mukanya terus berubah jadi tomato. Langkah longlai terus diatur ke arah kelasnya.Lemah lutut la katakan.

                                                                                                         ~

Di dalam bilik Amy,

"Ehem ,ehem. Amy I need an explanation."kata Elly.

Amy pula dah tak senang duduk bila ditatap oleh Elly sedemikian rupa.Kalau hantu tengok pun hantu kecut. 

Kepalanya ligat berfikir jawapan yang macam mana patut diberikan pada Elly.

Nafasnya ditarik dalam - dalam sebelum dia menceritakan kejadian pada haritu dan bagaimana dia boleh bersama dengan Johsua sekarang.

Elly membuntangkan matanya setelah selesai mendengar cerita Amy.Dia tidak sangka yang Johsua akan luahkan perasaannya dulu.

"Hmm sampai hati kau tak bagi tau best friend forever kau ni." kata Elly sambil mengesat air mata palsunya itu.

" Bukan aku taknak bagi tau, ingatkan nak bagi tau kau masa balik sekolah  tapi kau dah tau dulu. Lagipun benda tu baru je  jadi semalam kan."kata Amy yang cuba memujuk kawan baiknya itu.

" Hmm  yela yela .Kawan aku dah taken , aku ni  bila la lagi." kata Elly.

" Alaaa zick kan ada . Kau tak nak try dia  ke" usik Amy. Sebelum ni Elly asyik usik dia sekarang dia pulak yang mengusik .

"Eh eh.. tak da masa aku nak try si Zick tu. Aku tengok muka dia hari - hari sampai dah muak dah.Dah la dia tu ... bla...bla...bla...."

Dan di situ bermulanya  Elly bercerita tentang dia dan zick berjam - jam. Amy yang dengar pun dah naik pusing.

Dalam hati Amy dia tahu yang Elly ada perasaan dekat Zick cuma dia sendiri tak perasan . Tengok cara dia bercerita tentang Zick pun dah tau.Kalau tak suka takkan la nak bercerita tentang orang tu sampai berjam - jam. Kan?
==-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-==-=-==-==-=-=



AKU UNTUK KAU ,TAU! [OG]Where stories live. Discover now