BAB 4

1 0 0
                                    

    Dekat tapak perhimpunan sekolah

 "Yeah bestnye! Dapat jugak akhirnya kita berehat ." kata Johsua  menggeliatkan badan sambil goyang-goyang punggung dia.

Rasa nak patah je pinggang , lepas je siap tugasan video tu asyik menghadap buku 5 hari berturut -turut.

Amy hanya tersenyum  melihat kelakuan Johsua yang macam budak 5 tahun tu.

Sejak jadi mentee Johsua ni,sikap pemalu dan tak beberapa suka bercakap dengan orang asingnya tu dah makin hilang.

Dia mula belajar bergaul dengan orang sejak program ni  berlansung.Tu pon sebab Johsua yang paksa. Kalau tak memang pendiam la dia sampai sekarang.

"Sebagai mentor awak, saya berhak untuk ubah bawak ke arah yang lebih baik.So kita akan mula ubah awak dari perangai awak yang tak suka bercakap tu.Saya nak awak yang present semua tugasan yang kumpulan kita dapat."

Terngiang ngiang ayat yang pernah dikatakan Johsua padanya dulu.

  "Emmm, Johsua .Kau rasa kita nak main apa hari ni?Aku dah tak sabar ni."kata Amy teruja.

    "Entahlah ,aku pun tak tau."

   Sekarang ni mereka guna panggilan kau-aku supaya tak nampak formal sangat.Kalau guna awak-saya ,nanti orang tengok pelik pulak.

  "Percubaan,percubaan.Ok baiklah murid-murid sila beri perhatian sekarang.Hari ini seperti yang di maklumkan,kita akan adakan permainan untuk kamu semua selepas berhari hari bertungkus lumus belajar."sebaik sahaja Miss Qiena menghabiskan ucapannya,kedengaran sorakan dari semua pelajar.

   "Shhhhhhhh!"

   Dengar je suara Eric , semua murid terus mendiamkan diri.kalau tak, habis semua orang kena denda cuci tandas.Elok-elok dapat main,terus dapat kerja pulak.

    "Emmmm,terima kasih Eric.Baik ,permainan yang akan diadakan ialah Explore Race.Untuk permainan ni, saya nak kamu bentuk satu kumpulan yang merangkumi 2 pasangan mentor dan mentee...."tak sempat Miss Qiena nak meneruskan ucapannya,semua orang dah bergerak cari pasangan masing-masing. Maklumlah perangai budak sekolah memang selalu macam ni. 

  "Hei hei, saya tak habis cakap lagi,duduk dulu.tak sabar betul. Tak lari pun kawan-kawan kamu tu"

" Permainan ni ada banyak check point,kamu perlu habiskan semua check point dan mendapatkan sticker dari setiap check point.Pasukan mana yang sampai dulu di sini semula dia lah pemenangnya.Faham semua?" sambung  Miss Qiena dengan panjang lebarnya.

   "Faham !"jawab semua orang serentak.

   "Semua orang boleh cari pasangan masing-masing"

  "Kau nak pairing dengan siapa ,Amy?Aku tak kisah siapa pun boleh." kata  Joshua.

   "Emmmm kalau macam tu kita pairing dengan Elly dan  Zick , boleh tak?"Kata Amy.

  Johsua mengangguk dan terus pergi kearah Elly .Nampak macam Elly pun takda pasangan lagi.

"Hei ,Elly sini!"panggil Amy.

Apabila sudah nampak kedudukan Amy , Elly terus lari kearah Amy bersama Zick.

  "Hai,bro!"

  "Eh,hai zick!"

  Elly dan Amy memandang muka masing-masing. Tidak tahu pulak mereka yang Zick berkawan dengasn Johsua.

"Kau kenal dia , Johsua? "tanya Amy.

Joshua mengangguk.

"Classmate" jarinya ditunjukk ke arah Zick.

"Hmmm,kalau macam ni senang lah nak main,semua dah kenal each other ."kata Elly teruja.

  "Semua dah ada pasangan masing-masing? Kalau dah, setiap kumpulan akan dapat satu pembayang untuk check point pertama .Untuk pembayang seterusnya akan diberi selepas kamu selesai check point pertama. Baiklah semua boleh ke tempat masing-masing."kata Ms Qiena.          

   ""OK guys, pastikan kita menang Explore Race ni!"cakap Elly penuh semangat.

"YEAH!!!"jerit semua orang serentak.

"Eh Johsua,cuba tengok apa pembayang yang group kita dapat?"Tanya Elly yang sudah tak sabar nak mukakan permainan tu.

"Oh,kejap aku tengok."jawab Joshua.

'PADANG GURUN SEKOLAH.'

"Hah?Padang gurun sekolah?Kenapa pelik sangat namanya?Sejak bila ada gurun kat sekolah ni?Kalau ada kenapa aku tak nampak unta?"tanya Zick berturut-turut sambil garu kepalanya yang tak gatal tu.

Yang lain hanya buat muka dengan soalan budak tadika pon boleh jawab  tu.

"Lah kenapa korang tengok aku macam tu?"tanya Zick lagi sambil buat muka blur.

Yang lain malas nak layan dan terus berfikir tentang pembayang yang mereka dapat.

Sambil berfikir,kaki mereka bergerak tanpa arah tuju yang tetap.

"Pffft.. HAHAHA" gelak Johsua tiba- tiba.

"Yang kau gelak tiba-tiba ni kenapa? Lupa makan ubat ke apa?" tanya Amy.

Jarang Johsua gelak tiba-tiba macam ni.Mana la tau kepala dia terhantuk ke kat mana-mana.

"Tak,tak.Cuma jawapan untuk pembayang ni lawak sangatla."jawab Johsua.

"Apa jawapannya?"

Semua dah tak sabar nak tahu jawapannya.

"Jawapanya ialah..........tempat letak kereta cikgu!"

Semua orang buat muka pelik .Apa kena mengena padang gurun dengan  tempat parking cikgu??

"Kan tempat parking cikgu kita tak ada rumput ,pokok pun takda.So,macam padang gurun lah kan?"terang Joshua bila nampak semua tengah buat muka blur.

"Laaaaa.... itu ke jawapanya .Apa yang lawaknya?"Tanya Amy .

Tanpa menjawab soalan Amy,mereka terus lari kearah Check point pertama mereka.Nasib kau la Amy kena palau dengan kawan sendiri .

AKU UNTUK KAU ,TAU! [OG]Where stories live. Discover now