" Kau dah buat apa yang aku suruh?" Seorang perempuan duduk bersilang kaki sambil memegang segelas arak merah di tangannya. Matanya memandang tepat ke arah orang yang berada di hadapannya itu.
"Aku dah upah orang untuk kerja tu , dan dah nak berjaya, tapi..." Jawab orang itu gugup.
"Tapi apa!?" Makin tajam renungan perempuan itu.
"Tapi si Johsua tu selamatkan dia dan orang upahan aku tu dah kena hantar dekat polis."
"Apa!? Macam mana boleh jadi macam tu. Kerja senang pon kau tak boleh buat! Kalau dia bocorkan pasal ni macam mana? Kau nak tanggung ke?"Bentak perempuan itu.
Wain merah tadi dihempas ke meja. Naik turun dadanya menahan marah.
"Pasal tu kau jangan risau. Aku dah pastikan yang dia takkan buka mulut." Jawab lelaki itu sambil tersenyum sinis.
"Bagus kalau macam tu. Kau boleh blah. Nanti kalau aku ada kerja untuk kau , aku panggil."
Perempuan itu sambung memikmati araknya itu. Lelaki itu terus keluar dari ruangan tersebut.
"Kau tunggu je la Amy , dia aku yang punya!"
~Rumah Johsua
Amy bangun awal dan terus bersiap, takkan la nak bangun lambat kan, dah la kat rumah orang.Selesai bersiap dia terus ke dapur.Tolong mana yang mampu.
"Eh ,Amy. Selamat pagi!" tegur Aunty Rina yang ada di dapur
Segala makan dan minum keluarga tersebut Aunty Rina yang sediakan.Orang gaji mereka hanya mengemas rumah .
"Ada apa-apa yang Amy boleh tolong?"
"Eh tak payah la.Amy kan tetamu mana boleh buat kerja.Apa kata Amy pergi duduk dekat ruang tamu tu tengok tv sementara aunty siap kan sarapan"
"Ala aunty bagi la Amy tolong.Amy tak biasa la duduk je."pinta Amy.
"Haihhh yela-yela,kalau Amy nak tolong jugak apa kata Amy buat sarapan harini, aunty nak kemas depan tu ye."
Amy mengangguk.Dia terus menyambung kerja memasak yang tergendala tadi.
Setelah siap memasak,Amy terus menghidangkannya di atas meja. Segala makanan disusun rapi.Simple je sarapan mereka pagi itu , bihun goreng, telur dadar dan roti bakar.
"Dah siap ke Amy?"tegur Aunty Rina.Amy mengangguk sambil tersenyum.
"Aunty pergi panggil diorang turun makan dulu ya"
Amy terus menyambung menyusun pinggan di atas meja.
"Emm sedap nya bau!"tegur seseorang dari arah tangga.Kelihatan Aunty Rina dan Uncle Zel turun dari tangga.
"Hari ni Amy yang masak sarapan ,itu yang bau sedap tu" puji Aunty Rina.
Tersipu-sipu Amy mendengar pujian Aunty Rina itu .
"Eh Rina ,mana anak teruna awak tu? Tak reti-reti nak bangun lagi ke, matahari dah atas kepala ni."
"Kejap lagi turun la tu, saya dah kejut tadi.Ha tu pon dia"kata Aunty Rina.
"Morning , pa, ma"
Johsua turun dari tangga menuju ke meja makan. Dia tetus duduk berhadapan dengan Amy.
Terpana Amy melihat Johsua. Dengan muka baru bangun dan rambut messy sungguh menggugat iman.
Tanpa dia sedari dia sedang mengelamun ketika melihat Johsua.
Johsua yang mensadari perkara tersebut hanya tersenyum.
Amy tersedar dari lamunannya. Mukanya terus memerah.
"Eh dah dah tu. Jom makan . Nanti nak hantar Amy balik lagi."
Aunty Rina terus mencelah .Semua terus menyambung sarapan mereka.
~
Selepas sarapan
Johsua terus bersiap untuk hantar Amy balik ke rumah.Setelah selesai mengucapkan terima kasih kepada keluarga Johsua, mereka terus bergerak ke rumah Amy.
Keadaan sangat senyap sehingga memulakan perbicaraan.
"Em.. Johsua"panggil Amy.Johsua hanya memandang sebagai tanda 'apa?'
"Terima kasih sebab selamatkan aku haritu. aku tak tau macam mana nak balas budi kau."
"Eh.Tak payah nak balas budi bagai.Aku
ihklas tolong kau.""Tapi aku nak balas jugak.Aku tak suka berhutang budi dengan orang lain."
"Hmmm kalau macam tu aku nak mintak 2 benda,boleh?"
Amy mengangguk kepalanya.
"First,kau kena janji yang kalau kau nak pergi mana-mana pastikan ada orang teman.Kalau tak ada orang nak teman kau, call je aku. Biar aku yang teman kau. Aku tak nak benda yang sama jadi kat kau lagi."
" Yang kedua pulak?"
"Yang kedua aku nak kau teman aku keluar jalan-jalan lepas pertandingan tu nanti boleh?"
Amy mengangguk dengan penuh semangat. Nasib la dia tak mintak macam macam,kata hati Amy.
Johsua tergelak kecil melihat gelagat Amy yang mencuit hati itu.
"Emm,Johsua."panggil Amy.
"Ye.Ada apa?"
"Family kau memang panggil kau Sua eh?"
"Haah ,kenapa?"tanya Johsua hairan.
"Takda apa-apa lah, just rasa yang nama Sua tu comel"balas Amy.
"Kalau kau nak panggil aku macam tu pon boleh, aku tak kesah. Lagi suka adalah."kata Johsua sambil tersenyum manis ke arah Amy.
"Ehhh??Takpe ke ni. A.. aku bukan family kau ,bo...boleh ke panggil macam tu"Kata Amy gagap.
Otaknya sedang cuba memproses apa yang dikatakan oleh Johsua tadi.
"Yeee,takpa.So from now on you gonna call me Sua ok? Anggap ni satu permintaan aku jugak."kata Johsua.
Amy hanya mengangguk kepalanya tanda faham.Tak guna dia berdebat lagi dengan si Johsua tu.Pemenangnya confirm Johsua.
"Yessss! Semua berjalan dengan lancar hehe" jerit Johsua dalam hati.
YOU ARE READING
AKU UNTUK KAU ,TAU! [OG]
Romanceˢᵉᵒʳᵃⁿᵍ ᵖᵒᵖᵘˡᵃʳ ᵏᵉʳᵃⁿᵃ ᵏᵉᵗᵃᵐᵖᵃⁿᵃⁿⁿʸᵃ ᵈᵃⁿ ᵖᵉʳˢᵒⁿᵃˡⁱᵗⁱ ʸᵃⁿᵍ ᵖᵉʳᵃᵐᵃʰ ᵈᵃⁿ ᵐᵘᵈᵃʰ ᵘⁿᵘᵗᵏ ᵈⁱᵈᵉᵏᵃᵗⁱ. ˢᵉᵒʳᵃⁿᵍ ˡᵃᵍⁱ ᵖᵒᵖᵘˡᵃʳ ᵏᵉʳᵃⁿᵃ ᵏᵉᶜᵃⁿᵗⁱᵏᵏᵃⁿⁿʸᵃ ᵈᵃⁿ ᵖᵉʳˢᵒⁿᵃˡⁱᵗⁱ ʸᵃⁿᵍ ᵖᵉᵐᵃˡᵘ ᵈᵃⁿ ˢᵘᵏᵃʳ ᵈⁱᵃʲᵃᵏ ᵇᵉʳᵏᵃʷᵃⁿ. '/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'...