BAB 20

1 0 0
                                    

DI SEKOLAH

"Perhatian kepada Joshua Izaac ,Zickry Ronny,  Amyliana Katherine dan Ellysiana Heambly  sila ke bilik pengetua sekarang"

Orang- orang yang di panggil itu terus menuju ke bilik pengetua seperti yang disuruh.Masing- masing bertanya pada diri sendiri mengapa mereka di panggil oleh pengetua.

'Tuk, tuk, tuk'

Pintu bilik itu di ketuk dengan dengan penuh berhati- hati.Ada yang cakap kalau  siapa sahaja yang kena panggil ke bilik penegetua mesti sebab ada buat kesalahan berat.Sebaik sahaja mendapat jawapan dari dalam , mereka terus masuk ke dalam bilik itu.

Kepala ditundukkan tidak berani melihat muka pengetua mereka itu.

" Apa kamu semua tahu kenapa kamu dipanggil?" Tanya pengetua itu dengan muka yang serius.

Mereka menggeleng.

"Apa boleh pengetua bagi tahu apa kesalahan  kami?"Selaku yang tua di situ , Johsua memberanikan diri untuk bertanya.

Muka anak muridnya satu persatu di tenungnya.Muka yang serius itu tidak lepas dari wajahnya.Satu  keluhan kecil dilepaskan.

" Sebenarnya kamu semua ...."

Mereka yang mendengar itu sudah berpeluh -peluh.

Dap

Dup

Dap

Dup

"Tak  buat apa- apa pun!" kata pengetua dengan ceria. Riak serius tadi terus bertukar ke muka  ceria . Dia terus ketawa berdekah- dekah apabila berjaya mengusik anak muridnya itu

Mereka yang disitu tercengang.Tak percaya dengan apa yang baru sahaja mereka dengar.Yang lain tengah serius , boleh pulak dia main-main .

"Jadi ada apa penetua panggil kami ke sini?"Tanya Johsua .

"Ehem, ehem, Baiklah.Kamu semua dipanggil sebab saya ada permintaan pada kamu dan permintaaan ni tak boleh ditolak."

"Apa permintaan tu pengetua?"Tanya Amy hairan.

Kata permitann tapi tak boleh tolak pulak.Pening dia dengan perangai pengetua itu

" Saya nak kamu semua mewakili Sekolah Tinggi Amethyst iaitu sekolah kita dan  sertai kem perkemahan yang akan dijalan kan 3 hari lagi iaitu hari jumaat. Ia akan berlansung selama 5 hari iaitu sampai hari selasa.Ia akan diadakan di hutan Aveyln.Saya pilih kamu bertiga sebab markah kaumu berempat dalam program bulan lepas sangat bagus."Jawab pengetua.

"Ok kamu semua dah boleh keluar, shuu shuu." Tak sempat mereka nak membalas apa-apa , pengetua dah halau keluar.Hmmm nasib korang la.

"So kita kena la jugak pergi la ni."Kata Amy lemah. Dai tak suka betul kem -kem yang kena bawak beg banyak banyak ni. Dia dah la malas nak  kemas barang.

Mereka semua melepaskan keluhan kecil. 

Mereka hanya mampu menuruti perintah pengetua itu.Kalau tak , tak pasal-pasal mereka kena denda ke apa ke.  Bukan boleh percaya sangat pun pengetua tu.

3 hari kemudian,

"Semua dah sedia ke?" Tanya guru yang akan mengiring mereka ke perkemahan tu.Mereka semua mengangguk bersemangat kecuali Amy yang nampak sangat mengantuk dan lesu.

"Amy awak ok tak ni? Nampak macam tak sihat je ni?"Tanya Johsua risau.

"Tak ada apa- apa pun .Saya cuma tidur lambat semalam sebab kemas barang yang nak  bawak." Kata Amy sambil tersenyum.Dia tak mahu buat Johsua risau.

Mereka terus menaiki kenderaan yang disediakan oleh pihak sekolah .Elly dan Zick duduk dihadapan dan Amy dan Johsua duduk berdua di belakang.

Awalnya Amy ingin duduk didepan  , namun Elly berkeras ingin dudk bersama Zick . Senang sikit nak bergosip dengan Zick pasal diorang tu.

Belum berapa lama perjalan Amy sudah mula rasa mengantuk.Johsua yang sadar akan hal itu terus membiarkan Amy bersandar di bahunya.

Muka polos Amy yang sedang tidur itu di tatap dengan  penuh kasih sayang.Dahi Amy dikucup sekilas sebelum matanya tertumpu kembali ketingkap sambil menghayati keindahan alam disitu.

Elly yang di depan senyap- senyap mengekuarkan telefon bimbitnya dan..

"Kcik kcik" *bunyi tangkap gambr? mcm tu  ke??*

'Hehehe' gelak Elly dalam hati.

Setelah beberapa jam perjalanan,

"Semuanya sila bangun! Kita dah sampai di  tapak perkemahan ni"Jerit pemandu itu.Mereka sampai di tapak perkemahn pada waktu senja kerana mereka bergerak selepas habis waktu sekolah.

"Ehhh dah sampai ke? Aku ngantuk lagi ni " Kata Elly sambil mengelap air liur yang ada di mulutnya itu.Habis berpeta Baju Zick dibuatnya.

"Erghh, Elly kau tengok apa kau dh buat kat baju aku"jerit Zick.

"Ehhh, takda takda.Tu KAU punya bukan aku.Dah shuu shuu aku tak kuasa nak layan kau."jawab Elly yang masih mamai tu.

Zick hanya mampu pasrah je dengan perangai dia ni.

"Amy.. bangun kita dah sampai  ni" kejut Johsua.Badan Amyn digoyang lembut untuk membangunkan gadis itu.

Amy terus terjaga lalu mengososk -gosok matanya. dia menguap beberapa kali.Mengantuk lagi agaknya.

Johsua yang melihat perilaku Amy itu ketawa kecil.

"Pada sekolah yang baru sampai di tapak perkemahan ini sila berkumpul di sini" Jerit salah sorang guru  yang berbadan tegap itu.

Semua orang terpusu - pusu bergerak ke arah dari mana  suara itu datang. Masih ada banyak sekolah yang datang lambat  seperti mereka.

Setelah semua sekolah yang menyertai perkemahanitu tiba guru itu pun mulakan ucapannya.

"Saya Jean Hardzack ketua fasilitator di sini.Boleh panggil saya Fasi Jean.Sebelum kamu semua masuk ke khemah sekolah masing - masing, kita akan bahagikan kamu semua kepada bebeapa kumpulan.Setiap kumpulan akan ada fasilitator yang tersendiri."

"Mereka lah yang akan membimbimg kamu semua dalam kem ini. Kamu akan ambil nama fasi yang ada dalam kotak  di sana .Kumpulan akan ikut nama Fasi mana yang kamu dapat." Terang Fasi Jean.

Johsua , Zick.  Amy dan Elly semuanya dapat kumpulan yang berlainan.Johsua sudah memuncung apabila tidak dapat sekumpulan dengan buah hatinya itu.

Mereka terus bergerak ke khemah masing-masing.Semestinya ada dua khemah satu untuk lelaki dan satu lagi untuk perempuan

Hari yang memenatkan itu akhirnya tamat dengan dengkuran kecil dari mereka semua.

_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-















AKU UNTUK KAU ,TAU! [OG]Where stories live. Discover now