Bab 1

4.8K 178 13
                                    

Hasya mengemas rambut panjangnya. Pakaian yang tersarung di tubuh dilihat dengan senyuman manis. Dress berwarna merah dengan bahu tertutup. Belakang dan garis leher menonjolkan leher putih melepak. Begitu terserlah kecantikan Hasya ketika itu.

" Tonight is the last night..." Gumam Hasya perlahan.

Hasya telah berjanji pada dirinya sendiri untuk tidak lagi menjejak kaki dalam kelab malam. Hari ini akan jadi yang terakhir. Hasya keluar kelab malam pun sebab kawan baiknya itu. Tak habis-habis ajak. Menyampah!

Hasya keluar dari bilik menuruni tangga menuju ke tingkat bawah. Kelihatan papa dan mama sedang enak menonton televisyen. Hasya endahkan saja. Bukan bersikap kurang ajar tapi Hasya tahu yang Papa dan Mama takkan ambil tahu tentangnya. Lihat saja sekarang Hasya dah keluar dari rumah. Tak ada tanda mereka berbicara mahupun melarang. Hasya ketap gigi geram sebelum tubuhnya dibawa masuk ke dalam kereta mewah milik kawan baiknya itu.

" Kau okay?" soal Sally ingin tahu.

Nampak muka Hasya lain hari ini. Tak gembira macam selalu. Biasanya Hasya orang yang paling happy. Tak pernah Sally nampak muka Hasya bersedih tapi Hari ini nampak lain sangat. Adakah sebab dia ajak Hasya pergi kelab malam?

" Kau marah aku ajak pergi club ke?"

Hasya menggeleng. Ditahan sebaik mungkin matanya dari mengeluarkan airmata. Biarpun rasa sakit masih ada kerana perbuatan papa dan mamanya. Masih Hasya kena kuatkan dirinya. Kasihan Sally risaukan dia.

" Kau bawak aku ke kelab malam yang paling mahal tau. Aku nak enjoy puas-puas. Lepas ni, aku dah tak nak masuk dah tempat tu." Hasya berkata.

Seketika pandangannya diubah pada luar tingkap. Keluhan berat dilepaskan. Sakitnya rasa ini. Mengapa papa dan mama selalu berlaku tak adil dengannya? Kenapa papa dan mama lebihkan kakak berbanding dia?

" Sya, dah sampai."

Suara Sally membawa pergi setiap lamunan Hasya. Hasya angguk. Mereka berdua keluar dari kereta. Hasya senyum sinis. mama dan papa cakap, tak suka tengok anak perempuannya masuk ke dalam kelab malam. Apa kata Hasya cuba naikkan kemarahan papa dan mama?

" Jom masuk."

Sally memaut tangan Hasya dan dibawa masuk ke dalam kelab malam. Muka Hasya yang keruh tadi hilang diganti dengan senyuman penuh makna. Ia menakutkan Sally sebenarnya.

" Kau okay Sya?"

Hasya senyum sumbing. Takkan nak bagitahu masalah keluarga dia kan? Kasihan pulak dekat si Sally. Datang sini untuk berhibur, bukannya untuk menceritakan masalah.

" Kalau kau tak ada duit nak bayar untuk masuk ke kelab malam ni, aku boleh bayarkan untuk kau."

Hasya angguk lagi. Anak matanya meliarkan mata pandang sekeliling. Tak pernah Hasya jejak kaki ke mana-mana kelab malam. Ini adalah kali pertama. Hasya akui dia jenis liar. Selalu keluar malam dan pulang pun pagi. Tapi itu pun dia lepak rumah kawan. Bukannya pergi kelab malam.

" Aku nak jumpa kawan aku. Kau nak ikut?" ajak Sally.

" Tak perlu. Kau pergi jelah. Aku pandai jaga diri. Kau jangan risau."

Sally mengangguk. Tubuh Hasya dipeluk seketika.

" Jaga diri. Perlu bantuan, cari je aku. Aku ada tingkat atas." Automatik mata Hasya pandang ke atas.

Hasya menggeleng. Ramainya manusia. Semuanya dah hanyut dengan dosa sendiri ditenggelami dengan rancakkan lagu. Bayang Sally naik ke atas dipandang sehingga hilang.

Hasya mengeluh halus. Dilabuhkan duduk di atas kerusi. Sejujurnya fikirannya penuh dengan setiap masalah keluarganya. Tak cukup tertekan kerja, papa dan mamanya menambah perisa. Macam manalah Hasya nak tenang hidup dalam rumah tu?

" Miss..."

Pelayan menghulurkan air arak pada Hasya. Hati Hasya berbelah bahagi mahu menerima ataupun tidak. Takut-takut Hasya menyambut.

" Thanks."

Pelayan itu mengangguk sebelum pergi. Hasya masih setia pegang air arak. Diketap beberapa kali bibirnya. Separuh hatinya mahukan air ini. Separuh lagi melarang keras dia dari meminumnya. Bagai ada suara berbisik, menghasut Hasya supaya minum.

'Kau minum je. Ini kali terakhir kau datang sini. Kau cakap nak berseronok kan? Minumlah! Tunggu apa lagi?' bisik suara jahat itu.

Hasya senyum senget. Tak dan-dan air arak itu diteguk. Satu teguk tidak merasa puas buat Hasya menggapai arak lain dan Hasya minum sehinggalah Hasya mabuk. Hasya ketawa kuat. Tanpa sedar ada airmata di celah mata itu. Airmata kesedihan yang selama ini Hasya tahan.

" Kalau betul papa dan mama tak suka Hasya, izinkan Hasya mati." Hasya mengumam diri sambil itu Hasya cuba angkat diri bangun.

Terumbang-ambing Hasya berjalan mahu naik ke tingkat atas. Seorang lelaki tampan yang ada beberapa meter darinya dirapati. Tanpa syarat, tubuh lelaki itu ditolak ke dinding.

" Handsome..."

Haiser bingung. Tadinya dia sedang enak minum tiba-tiba tubuhnya ditolak pada dinding buat dia tak dapat hadam apa yang berlaku.

" Excuse me?"

Hasya ketawa lagi. Kali ini tubuhnya dibawa merapat pada lelaki itu.

" I want you so bad..." ucap Hasya di depan muka Haiser.

Hasya dah tak sedar apa yang dia lakukan. Alkohol yang diminumnya begitu mempengaruhinya sehingga dia sendiri tak mampu mengawal dirinya.

Haiser telan air liur kasar. Bibirnya hangat dengan ciuman perempuan yang tidak dikenali nama itu. Hasya senyum. Baju Haiser ditarik mendekat.

" Do you know me?"

Haiser menggeleng.

" I don't know you. But..."

Tangan Haiser kini melilit elok pada pinggang Hasya. Merapatkan tubuh mereka agar lebih intim.

" Let's we know each other..." bisik Haiser dekat dengan telinga Hasya.

Hasya menolak kuat tubuh Haiser. Hasya cuba lari dari situasi ini. Tak semena tangan Hasya ditarik kuat sehingga terpeluk Haiser.

" Let's make love tonight." Haiser berkata sambil merangkul pinggang Hasya. Erat bagai tak nak dilepaskan walaupun sesaat.

Hasya menggeleng. Pipi Haiser diusap lembut. Haiser bertindak mengenggam tangan Hasya dan dibawa ke bibir. Dicium penuh syahdu. Hasya terkekeh ketawa. Bagai orang gila yang tidak waras saja.

" Pretend like you don't know me. Pretend like nothing happened tonight. Okay?" Hasya ketawa lagi.

Haiser tercengang. Bibirnya menjadi sasaran Hasya dan tanpa apa-apa kata, Hasya keluar begitu saja dari kelab malam. Haiser bagai patung cendana. Sepertinya dia di santau perempuan cantik tadi. Bila Haiser dah sedar, barulah Haiser bertindak keluar dari kelab malam. Mahu cari Hasya. Haiser berdecit geram apabila perempuan cantik itu sudah tiada. Haiser masuk ke dalam kelab malam semula dengan raut wajah cemberut.

" Asal bro?" tegur Budriz aneh.

" I hate her. Dia dah buat aku hilang arah dan sekarang dia tinggalkan aku macam tu saja." marah Haiser geram.

Kawan-kawan Haiser ketawa kuat. Bagai mengejek kebolehan Haiser dalam menggoda perempuan. Sejak bila Haiser terlepas perempuan ni? Bukankah Haiser dapat perempuan dalam sekelip mata ke?

" Kau cari saja perempuan lain. Perempuan tu terlalu hebat, tak layak diganding dengan kau." sinis Bazli berkata.

Haiser senyum sinis. Air arak diminumnya. Akan dia tukar kata yang keluar dari bibir Bazli itu. Andai perempuan itu hebat, akan dia pastikan perempuan itu masuk ke dalam hidupnya. Barulah sama-sama hebat. Bukan?

Dahi licin Haiser kelihatan berkerut. Kad yang ada di atas lantai itu dilihat. Laju Haiser mencapai. Senyum Haiser tersungging di bibir. Kad itu disimpan dalam poket sebelum Haiser duduk semula di atas kerusi.

" Asal tiba-tiba happy ni?" soal Bazli aneh.

Haiser angkat bahu saja. Malas nak bagitahu akan hal sebenar. Tak sabar Haiser nak mulakan rancangannya. Akan dia dapatkan perempuan itu. Kalau tak dapat cara halus...dia akan guna cara kasar!

The Haiser's Obsession ( IN EDITING)Where stories live. Discover now