Nura mengetap kuat giginya. Tangannya sejak tadi dipegang. Bila Nura menepis, makin kejap lelaki itu memegang tangannya. Naik rimas Nura jadinya. Keluhan berat dilepaskan.
"Sayang, asal ni? Hmm?" soal Naail lembut.
"Awak betul-betul nak hantar saya balik?" soal Nura gelisah.
Bukan kerana Nura takut berpisah dengan Naail. Namun Nura dapat agak Naail ada rancangan buatnya. Naail takkan semudah ini membebaskan Nura. Meski Nura baru kenal Naail. Tapi Nura tahu ada sesuatu dalam fikiran Naail.
"Kenapa? Sayang tak nak percayakan hubby ke?" soal Naail dengan raut wajah sedih. Lorekkan sinis tidak hilang dari raut wajah kacak itu.
"Awak hantar saya balik pasti ada sebab. Awak takkan hantar saya tanpa sebab. Apa rancangan awak, Naail?" soal Nura geram.
Naail ketawa kuat. Sinis sekali tawanya itu. Tubuh Nura diangkat duduk di atas pahanya. Disembam mukanya pada ceruk leher Nura. Tolakan dari tangan kecil Nura sama sekali tidak diambil peduli.
"Lepaskan saya! Awak dah gila ke? Behave boleh tak? Pemandu awak ada dekat depan. Jangan buat kerja gilalah!" marah Nura dengan nada berbisik. Cukup untuk dia dan Naail saja mendengarnya.
"Hubby memang dah gila sayang. Hubby gilakan sayang..." Naail mengenggam kedua tangan kecil milik Nura. Sesekali muka memerah itu dicium. Sukarnya untuk dia jinakkan si Nura ini. Terlalu jual mahal!
"Sayang memang bijak. Macam tahu-tahu je hubby ada rancangan untuk sayang." Hilang rontaan Nura mendengarkan itu.
Nura pandang si Naail. Seinci saja antara muka mereka berdua. Dapat Nura rasai setiap deruan nafas hangat lelaki itu dekat dengannya.
"Apa yang awak rancang? Apa lagi yang awak tak puas hati? Saya tak suka awak ganggu saya. Saya nak hidup tenang tanpa awak. Saya tak nak ada kena mengena dengan hidup awak. Faham tak?" Nura berbisik keras.
Andai tidak difikir ada pemandu lelaki di depan. Pasti dah dijerkah si Naail. Biarpun Nura akui yang dia bencikan Naail. Tapi Nura tak gila lagi nak malukan Naail di depan pemandunya itu. Tak baik.
"Hubby rancang nak kahwin dengan sayang. Hubby tak pernah puas hati. Hubby suka dengan layanan sayang. Hubby mahu 'sentuh' sayang setiap hari. Macam sayang cakap, hubby perlu kahwin dengan sayang dulu. Baru boleh sentuh. So...inilah yang hubby lakukan." ucap Naail mendatar.
Tak ada serba salah sikitpun dengan ucapannya itu. Seperti dah biasa bercakap perihal itu. Nafsu lelaki bernama Naail memang macam ni ke?
"Saya tak nak kahwin sebab nafsu. Saya takkan setuju kahwin dengan awak. Never!" bantah Nura dengan muka serius.
"Kalau macam tu, siap sedialah untuk mama dan papa sayang sakit." Naail berkata sinis.
"Maksud awak?" soal Nura aneh.
"Hubby ada banyak gambar and video 'cinta' kita berdua. Hubby dapat rasakan Mama dan Papa sayang suka kalau tengok gambar dan video tu. Sayang tak rasa macam tu ke?" soal Naail dengan kedua keningnya diangkat.
Nura mengetap kuat giginya. Merah menyala muka Nura mahu marahkan Naail. Tangan diangkat untuk menampar Naail. Namun...
"Jangan sayang, hubby tak ajar sayang angkat tangan macam ni. Kalau hubby hantar betul-betul gambar dan video jangan salahkan hubby ya?"
Tangan Nura perlahan turun jatuh ke bawah. Diketap kuat giginya. Mata Nura memerah. Panas berbahang rasa mukanya. Beberapa titis airmata Nura mengalir. Nura tak mampu buat apa. Naail terlalu kejam. Salah Nura dalam hal ini. Memang salah Nura!
YOU ARE READING
The Haiser's Obsession ( IN EDITING)
RomanceNur Furqan Hasya, sebaris nama yang tidak pernah merasai kasih sayang keluarganya kerana itu dia menjadi seorang perempuan yang liar. Kejadian itu buat dia kenal lelaki itu. Bukan setakat kenal, malah lelaki itu mencari dan memburu dirinya. Apa sala...