Bab 7

2.5K 127 0
                                    

" Abang! Apa yang abang buat dekat Hasya?! Abang ni dah gila ke?!"

Nura memukul kuat tubuh tegap abang kesayangannya itu. Mama dan Papa menggeleng. Sejak tadi dia bebel pada si Haiser. Tapi lelaki itu buat pekak saja. Macam tak kesah pun dengan apa yang mereka katakan. Terkejut mereka apabila Nura katakan Haiser tidur dengan Hasya di dalam bilik tetamu. Apa dah jadi dengan mereka berdua ini? Biarpun dah bertunang. Tak sepatutnya jalan ini dilakukan untuk mempercepatkan pernikahan mereka.

" Abang nak kahwin dengan Hasya." Itu saja jawapan yang Haiser bagi.

Datin Mahsuri dan Datuk Shahrin mengurut perlahan kepala mereka. Kalau betul pun nak kahwin dengan Hasya, Haiser tak patut buat macam ni. Ini bukan jalan yang terbaik. Hasya dipandangnya.

Hasya diam dengan linangan airmata. Mereka tahu, jauh di sudut hati Hasya kecewa dengan dirinya sendiri. Hasya tidak memberontak kerana Hasya sendiri tak tahu salah siapa. Hasya kebuntuan. Hasya menekup mukanya dengan telapak tangan. Makin bencilah keluarganya pada dia nanti. Allah... Dugaannya.

" Hasya..."

" Ya?" Hasya menyahut dengan linangan airmata. Suara Hasya juga lain. Serak saja. Dah jadi versi lain suara itu.

" Mama dan papa minta maaf dengan apa yang terjadi."

Hasya pejam mata. Haiser dipandang. Anak mata mereka bersatu. Lelaki itu mengukir senyuman manis padanya. Siap lelaki itu buat isyarat jari yang mahu sarungkan cincin pada jarinya. Hasya mengeluh. Airmatanya tak habis-habis. Mengalir. Sungguh Hasya memerlukan kekuatan ketika ini.

" Hasya tak tahu, Hasya dah maafkan datin dan datuk. Lagipun semua ini salah Hasya. Hasya yang minum air pemberian lelaki itu. Kalau Hasya tahu, Hasya takkan minum. Datin dan Datuk jangan minta maaf ya." Hasya berkata lembut.

Nura mengetap kuat giginya. Digempal kuat penumbuk. Mahu saja ditumbuk kawan abangnya itu. Sungguh playboy perangainya. Kalau betul nak bagi minuman perangsang itu. Jangan bagi dekat Hasya. Bagilah dekat orang lain. Akan Nura jumpa lelaki itu nanti. Tumbuk dan terus bergaduh sakan dalam rumah lelaki itu. Lihat saja nanti!

" Tapi Hasya..."

" Tak apa. Hasya nak balik dulu." Hasya cuba bangun dari duduknya. Tubuhnya hampir jatuh. Laju Haiser berlari menyambut. Hasya gigit perlahan bibirnya. Mukanya dengan muka Haiser terlalu rapat. Buat Hasya berdebar.

" Lepaskan saya, Haiser." Hasya menolak Haiser.

Haiser menggeleng. Tubuh Hasya dicempung dan dibaring di atas katil. Datin Mahsuri dan Datuk Shahrin menggeleng. Dah berbuih mulut larang Haiser tapi lelaki itu tetap menyentuh Haiser. Nampak gayanya pasangan berdua ini perlu berkahwin dalam masa terdekat ini.

" Hasya, mama nak cakap sesuatu..."

Hasya menolak tubuh Haiser. Boleh pulak si Haiser duduk di birai katil. Setiap kali Hasya nak turun, selamba badak Haiser menolaknya agar berbaring semula. Hasya pejam seketika matanya. Geramnya dekat si Haiser ini!

" Hasya kahwin dengan Haiser ya?" pinta Datin Mahsuri mengharap.

" Hasya tak nak." tolak Hasya lembut.

" Tapi kalau kau mengandung macam mana? Kau tak takut dengan risiko itu?" Haiser berkata dengan raut wajah yang keruh. Tak suka dengan penolakan Hasya.

" Haiser, jangan pegang Hasya sesuka hati kamu. Hasya belum jadi isteri kamu." nasihat Datuk Shahrin dengan nada tegas. Macam nak marah pun ada.

Haiser makin erat mengenggam tangan Hasya. Tak hiraukan nasihat papanya itu. Risau Haiser lebih daripada segala-galanya. Haiser mahukan Hasya. Haiser nak Hasya terima perkahwinan ini. Kenapa terlalu sukar untuk Hasya menerimanya?

" Lepaslah awak!" Hasya cuba merentap tangan Haiser. Hasya menghembus nafas berat. Makin kejap pulak si Haiser genggam tangannya. Sakitnya hati Hasya!

" Abang, lepaskan tangan Hasya!" Nura cuba untuk menghalang perbuatan abangnya. Baru selangkah...

" Kau datang dekat, jangan salahkan abang kalau jadi apa-apa dekat kawan baik kau ni." ugut Haiser pada adiknya.

Nura mendengus geram. Terpaksa Nura duduk semula di atas sofa. Dijeling tajam abangnya itu. Kalau abang ugut memang akan dikotakan, kerana itu Nura takut nak mencabar. Nura bagi isyarat mata sayu pada Hasya. Harap Hasya faham.

" Hasya terima ya?" Sekali lagi Datin Mahsuri memujuk.

Hasya mengemam rapat bibirnya. Haiser dikerling. Lelaki itu memberinya senyum tanpa lelah. Hasya mengeluh. Andai dia terima, Hasya akan gelapkan hidupnya berkahwin dengan lelaki ini. Tapi benarkah akan gelap hidupnya sedangkan Haiser melayani seperti seorang puteri?

" Kita kahwin ya sayang, Iser nak dapat anak kembar dengan sayang." Haiser berkata tanpa malu.

Hampir tergelak penghuni yang ada di dalam bilik itu. Kelakar dengan sikap gelojoh Haiser. Awal merancang nak anak kembar sedangkan Hasya tak ada fikir apa-apa tentang itu. Muka Hasya berona merah tidak menentu. Hasya berdehem kecil. Haiser ni sengaja buat dia malu!

" Nampak gayanya Hasya mesti kahwin cepat-cepat dengan Haiser. Dah merancang nak anak kembar tu." sakat Datuk Shahrin dengan gelak tawa yang masih bersisa.

Hasya menggaru kepala yang tidak gatal. Hilang kata yang ingin dia luahkan. Kalau Hasya tolak lamaran Haiser, pasti Haiser mengamuk lagi kan? Perlukah dia menerima Haiser?

" Hasya setuju."

Keluarga Haiser meraup kasar muka mereka. Gembira dengan berita ini. Akhirnya Haiser menamatkan zaman bujangnya. Senyum manis terkutik di bibir Haiser. Gembiranya tak terkata.

" Iser hantar cincin esok ya?"

" Awalnya..." gumam Hasya perlahan.

" Iser nak dapat kembar awal. Terpaksa Iser awalkan nikah kita." Haiser berkata lagi, buat muka Hasya kian memerah.

" Makin bersemut pulak korang berdua ni. Jom keluar. Mama arahkan Pak Tam hantarkan Hasya ya?" Datin Mahsuri bangun diikuti sang suami.

" Iser nak hantar Hasya." Haiser laju merelakan diri sebagai pemandu peribadi Hasya.

"Ikut kamulah."Pasrah Datuk Shahrin mengeluarkan kata. Malas nak berbalah mulut dengan Haiser. Haiser pun bukan nak dengar cakap. Degil! Ikut kepala dia saja!

" Jom darling." Haiser menarik tangan Hasya teruja.

" Sabar." Hasya susah payah turun dari katil.

" Cakap je darling nak Iser cempung. Jangan malu-malu."

Terjerit Hasya apabila tubuhnya dah terbang. Haiser mencempung tubuh Hasya turun dari tingkat bawah menuju ke kereta mewah miliknya. Tubuh Hasya penuh cermat diletak di atas kereta. Hasya merehatkan kepalanya pada penyandar. Bunyi pintu ditutup menandakan Haiser dah masuk dalam kereta. Rungsing betul Hasya dengan si Haiser. Risau lelaki itu tak boleh bawak bincang.

" Darling, kenapa ni?" Haiser membawa tubuhnya dekat dengan Hasya.

" Saya okay. Awak pandulah." Hasya menepis tangan Haiser yang merayap pada mukanya.

" Iser risau ni. Darling nak muntah? Kalau nak muntah, Iser boleh bawa darling masuk dalam balik and kita masuk kamar mandi. Nak?" lembut intonasi Haiser bercakap dengan Hasya.

" Awak, saya okay. Kita balik ya." Haiser mengeluh. Penuh terpaksa, Haiser mengangguk. Tempat duduk Hasya diturunkan. Hasya pejam mata. Nak berehat.

" Cepat sihat tau."

Hasya telan air liur kasar. Berdebar apabila dahinya dicium Haiser. Hasya kerling si Haiser. Biarpun Haiser tengah bawak kereta. Tapi lelaki itu sikitpun tak lepas pandang dirinya di tepi. Muka itu risau sekali. Kenapa Haiser selalu buat dia tak tentu arah. Haih... Haiser!

The Haiser's Obsession ( IN EDITING)Where stories live. Discover now