" Macam mana Mir? Jumpa tak Nura?" soal Hasya aneh. Bukan Nura baru keluar ke? Asal cepat sangat boleh lari?
" Tak jumpa. Aku tak nampak pun batang hidung dia. Laju betul dia berjalan." keluh Amir dengan raut wajah sedih. Baru nak ajak pergi dating. Last-last hampeh bila Nura dah balik.
" Kejapnya hilang. Aku rasa kau dengan dia nak dekat sama aje masa keluar. Yang bezanya kau dalam sepuluh minit, dia pulak lima minit." Sally berkata penuh aneh.
" Tapi tadi...aku ada perasaan seorang lelaki ni buat hal dekat tempat umum. Perempuan tu macam Nura.Tapi...mustahillah Nura buat kerja macam tu." nafi Amir dengan kepala menggeleng. Cuba lupakan apa yang dia nampak tadi. Tapi kenapa hatinya kuat mengatakan itu adalah Nura? Haih...
" Mereka buat apa?" soal Hasya dan Sally serentak.
" Mereka berciuman antara satu sama lain."
Hasya dan Sally kelihatan terkejut. Tak percaya Nura akan melakukan hal terkutuk sebegitu. Nura seorang perempuan muslimah yang menutup aurat. Bahkan Nura sentiasa menjaga tingkah lakunya. Tak mungkin itu adalah Nura.
" Kau betul-betul rasa itu adalah Nura?" Hasya menyoal dengan rasa ingin tahu kian membuak-buak. Kalau betul Nura macam mana?
" Aku tak tahu, hati aku kuat mengatakan itu adalah dia. Sebijik. Pakai tudung. Baju yang dia pakai pun memang sama. Kasut tumit tinggi dia...really same." Amir menuturkan kata dengan rasa sebu dan kecewa. Amir tak nak percaya itu adalah Nura. Namun hatinya kuat berbisik itu adalah cinta hatinya. Si Nura.
" Kejap aku call dia." Sally mendail nombor si Nura. Berkali-kali nombor itu menjadi panggilannya namun tak ada yang terjawab. Malah telefon Nura bagai sengaja dimatikan. Tak pernah Nura matikan telefonnya. Nura okay ke tak ni?
" Aku takutlah. Aku takut jadi apa-apa dekat si Nura. Aku tak sanggup kalau Nura dilukai." Hasya bersuara takut.
Amir pun dah tak senang duduk. Lebih baik Amir sapa saja dua orang pasangan itu tadi. Mana tahu itu adalah Nura. Bila jadi macam ni, tak ke haru. Malah lebih merisaukan hati Amir. Haih...
" Macam ni..." Hasya menghembus nafas berat. Sakit nak bernafas kerana terlalu risau. Ini pertama kali Nura buat mereka risau sampai begini sekali. Biasanya tak adalah Nura tak angkat call.
" Aku tanya abang dia. Mana tahu kalau Haiser tahu tentang keberadaan Nura. Kalau Haiser tak tahu jugak, aku bersepakat nak cari Nura. Aku janji!" Hasya buat tangan ikrar. Sally dan Amir mengangguk. Bersetuju dengan cadangan itu. Hasya tolak kerusi ke belakang. Nak balik cepat dan tanya Haiser tentang ini. Amir dan Sally pandang lama bayang Hasya yang keluar dari restoran itu. Keluhan berat dilepaskan mereka berdua.
" Nura...mana kau? Kami semua risaukan kau." kata Sally sayu. Amir yang mendengar turut merasa sayu. Kekasih hati sendiri yang hilang. Siapa saja tak risau bukan?
Hasya menggeledah beg tangannya. Bersedia nak telefon Haiser agar ambilkan dia. Kerutan pada dahi Hasya menampak. Macam kenal kereta yang tersadai elok di tepi jalan itu. Kejap? Bukankah itu Haiser? Haiser tunggu sejak tadi?
Hasya berlari anak menuju ke kereta Haiser. Ditekap mukanya pada cermin kereta. Menggeleng Hasya melihat sang suami sedang enak tidur. Mengantuk tunggu Hasya agaknya. Kenapalah Haiser sampai tunggu dia? Kerja dibiarkan macam tu saja? Aduh dia ni...
Tok! Tok! Tok!
" Abang...bangun. Hasya dah balik ni." Sambil mengetuk Hasya memanggil suaminya itu.
Kelihatan Haiser menggeliat halus sebelum anak mata itu mencari-cari sesuatu. Meraba-raba tempat duduk di sebelah pemandu. Dari gerakan bibir itu, Hasya tahu Haiser tengah mencari dirinya.
" Ya Allah suami aku ni...isteri ada dekat luar dia pergi cari dekat sebelah. Sejak bila aku masuk keretanya?" bebel Hasya sendiri. Tak mampu menggeleng buat Hasya meraup mukanya.
Tok! Tok! Tok!
Hasya senyum tak berapa lawa bila Haiser pandang ke arahnya. Baru nak sedar ke abang sayang oi? Isteri kamu dah lama menanti di depan pintu kereta. Tak nak bagi masuk ke?
" Darling..." Haiser bukak pintu kereta. Keluar saja dari kereta, terus tubuh Hasya didakapnya. Terkejut Hasya. Meskipun begitu, tetap pelukan itu Hasya balas.
" Darling pergi mana lama sangat? Iser dah lapar..." rengek Haiser manja.
Sekali dengan perut dia gosok menunjukkan Haiser memang lapar ketika ini. Mana tak lapar, tunggu Hasya pun pasal sampai tertidur dalam kereta.
" Berborak dengan kawan. Tadi Hasya dah cakap balik dulu. Jangan tunggu Hasya. Hasya tak nak Iser lapar macam ni. Kasihan pulak."
Hasya serba salah. Mana tahu Haiser sanggup tunggu. Tadi tengok Haiser dah pandu keluar dari restoran. Alih-alih bila Hasya keluar, terus nampak Haiser. Aneh bukan?
" Iser risau, takut kalau Hasya menunggu Iser. Iser bila buat kerja dah tak ingat dekat isteri abang ni. Iser tak nak lupakan Darling. Jadi Iser tunggu ajelah. Lagipun Iser tak kesah tunggu Darling. Darling nak duduk lama lagi dalam restoran pun Iser tak kesah."
Hasya menjeling tajam sang suami. Meski Hasya tahu Haiser tidak menyindir dirinya. Namun setiap bait kata yang dicurahkan bagai menyindir saja. Haiser nampak ikhlas. Tak ada nampak muka Haiser marah. Padahal lama jugak Hasya duduk dalam restoran itu tadi. Lapan jam. Mana tak lama, bila borak tak ingat dunia dah. Perempuan bukan? Takkan tak kenal. Jumpa je sama kepala. Terus jalan.
" Iser nak pergi makan?"
" Nak."
Haiser bukakan pintu buat Hasya. Hasya memboloskan diri masuk ke dalam kereta. Sejurus Haiser masuk, terus kereta itu meluncur laju keluar dari kawasan restoran mewah itu.
" Iser, awak nampak tak Nura keluar dari restoran tadi?" Hasya mula menyiasat. Tak dan-dan ayat itu keluar dari mulut Hasya. Nak tahu sangat sampai dia pun dah tak mampu simpan soalan ini lagi.
" Tak ada pulak. Lagipun Iser tertidur dalam kereta. Kenapa darling? Ada apa-apa yang tidak kena ke?"
" Hasya rasa Nura ada masalahlah. Boleh tak Iser siasat tentang Nura? Hasya rasa tak sedap hati. Rasa macam ada sesuatu terjadi dekat Nura. Nura pun nampak lain sekarang. Banyak mengelamun. Tak banyak bercakap sangat. Kalau bercakap pun bila perlu saja." luah Hasya dengan rasa risaunya yang tidak pernah surut sejak tadi.
'Aduh hati, sabarlah! Insya Allah jumpa jugak si Nura nanti. Okay?' monolog Hasya. Memujuk diri sendiri.
" Tak apa. Nanti Iser siasat. Kalau apa-apa maklumat yang Iser dapat. Iser akan terus bagi dekat darling. Okay? Tapi darling mesti janji, jangan sedih-sedih. Iser tak suka tengok darling sedih." Haiser berkata dengan anak mata masih leka memandu.
Cup!
Haiser tergamam. Hampir hilang kawalan kereta yang dia pandu. Nasib baik sempat pegang balik stereng. Terlepas stereng tadi. Berpalu hebat jantung Haiser. Muka Haiser merah menyala dengan keringat yang penuh pada dahi. Malu!
" Iser kita hampir kemalangan. Iser okay tak?"
" Ok-okay..." ucap Haiser tergagap-gagap.
Hasya ketawa kecil. Comel pulak tengok muka merah Haiser sampai telinga pun merah sekali. Bila Hasya tengok Haiser, Haiser laju melarikan muka pandang ke arah lain. Nampak sangat tengah malu. Comel!
YOU ARE READING
The Haiser's Obsession ( IN EDITING)
RomanceNur Furqan Hasya, sebaris nama yang tidak pernah merasai kasih sayang keluarganya kerana itu dia menjadi seorang perempuan yang liar. Kejadian itu buat dia kenal lelaki itu. Bukan setakat kenal, malah lelaki itu mencari dan memburu dirinya. Apa sala...