Haiser parking kereta di depan restoran. Turun saja Hasya dari kereta, terus mata Hasya pandang sekeliling. Tak sempat nak tengok benda lain, tangannya telah diheret mengikut langkah Haiser.
"Kita buat apa dekat sini?" soal Hasya aneh.
"Iser nak makan chicken chop," ujar Haiser dengan sengihan di bibir.
Hasya dipimpin masuk ke dalam restoran mewah itu. Ditarik kerusi untuk Hasya. Hasya duduk diikuti si Haiser. Hasya gelisah tidak menentu. Hasya bukan biasa makan restoran mewah macam ni. Selalu Hasya makan kedai makan aje. Tak ada pulak makan chicken chop. Chicken chop tu apa?
"Minum?" soal pekerja yang kini dah bersedia nak mencatit di dalam buku kecil.
"Sayang nak air apa?"
"Air sirap ada?" soal Hasya polos.
Berkerut dahi Haiser. Terlalu murah air yang Hasya pintakan. Tak ada air lain ke yang Hasya nak sebut? Naik pelik si Haiser dengan isterinya ini.
"Ada Puan."
"Saya nak air sirap." pekerja lelaki itu mengangguk.
"Encik?"
"Bagi saya air juice lemon and juice apple for my wife. Nak tambah special untuk dia."
"Makan?"
"Chicken chop satu and..."
"Darling nak makan apa?" soal Haiser pada sang isteri.
"Erk...chicken chup satu." takut-takut Hasya mengeluarkan kata.
Pekerja lelaki itu menahan tawa. Dikemam rapat bibir dengan permintaan si Hasya. Kelakar. Tak pernah orang pesan makanan sebegitu rupa. Sejak bila chicken chup ada dijual di sini?
"Darling, chicken chup tak ada dekat sini. Darling nak rasa chicken chop macam Iser? Nak?" soal Haiser gaya memujuk budak. Tak ada tawa dari lelaki itu. Malah lelaki itu tulus melayani Hasya.
"Nak." jawab Hasya sepatah. Langsung saja tangannya menggaru pelipis yang tidak gatal.
"Bagi tiga chicken chop." pesan Haiser.
Pekerja lelaki itu mengangguk sebelum menghilang ke dapur. Haiser menghulur tangan pada si Hasya. Hasya angkat kedua keningnya.
"Bak tangan." Perlahan Hasya menghulur tangannya.
Tangan Hasya dielus lembut sang suami. Haiser mengukir senyuman manis buat sang isteri.
"Maafkan Iser, Iser bawa darling ke sini. Andai Iser tahu darling tak pernah makan makanan mewah dekat sini, Iser akan pesankan makanan untuk darling. Tak perlu darling malukan diri sebegini. Iser minta maaf ya?" Muka Haiser terpapar serba salah. Kasihan dekat Hasya kerana dia perempuan itu jadi malu.
"Saya okay. Saya memang tak pernah makan dekat restoran mahal macam ni. Keluar dengan Nura atau Sally pun, saya takkan pesan makanan. Saya minum air sirap aje. Saya dah biasa dengan hidup saya yang tak pernah dimanjai dengan wang. Kalau keluarga orang lain, anak-anak diberi wang namun saya, saya perlu usahakan sendiri kalau saya nak apa-apa. Saya dah biasa dengan hidup sederhana begini. Awak jangan serba salah ya?" pujuk Hasya lembut.
Haiser mengemam rapat bibirnya. Kasihan pada sang isteri yang perlu hadap semua ini. Pantas saja Hasya nampak gelisah sejak masuk dalam restoran mewah ini. Rupa-rupanya kerana ini. Tumpah rasa kasih dan sayang buat si Hasya. Allah...kuatnya Hasya.
"Darling, kalau darling nak makan apa-apa bagitahu Iser ya? Iser nak belikan apa saja yang darling nak. Iser nak darling merasai jadi seorang kaya."
"Tak apa awak, saya tak pinta kekayaan. Saya pun dah merasa cukup dengan semua ini. Bersama awak...itu sudah cukup bagi saya. Tak perlu lagi saya memesan makanan lain." ucap Hasya ikhlas.
Terpegun, terkaku. Itu yang Haiser rasakan. Berdetak hebat jantungnya berpalu kerana kata dari Hasya. Meski Hasya tidak bermaksud untuk memberi kata manis padanya. Namun rama-rama tak dapat ditahan dari keluar dari perutnya. Haiser cair...
"Awak? Awak okay?" soal Hasya aneh. Dilambai tangan ke kiri dan ke kanan. Hello? Haiser okay tak ni?
"Okay. Sorry..." Haiser berdehem kecil.
Anak mata dibawa menebar ke sekeliling. Hasya ketawa kecil. Pasti muka Haiser dah merah. Kerana itu tak nak tengok muka Hasya. Macam mana Hasya tahu? Telinga si Haiser dah merah. Jadi itu adalah buktinya.
"Ini pesanan kamu berdua." suara pekerja buat Hasya terdiam. Hilang tawa kecilnya diganti dengan raut wajah gembira. Nampak sedap chicken chop yang dihidangkan di depan mata.
"Terima kasih." ucap Haiser usai semua makanan yang dipesan telah siap dihidang.
"Sama-sama." Haiser mengerling sekilas kepergian pekerja itu.
"Darling nak cuba makan?" Hasya mengangguk. Haiser mengangkat kerusinya dan dibawa duduk di sebelah Hasya. Mata-mata yang pandang ke arahnya tidak diambil peduli.
"Cara makannya macam ni..." Garfu dibawa ke dalam genggaman tangan kiri Hasya manakala tangan kanan mengenggam pisau.
"Darling potong macam ni..." Penuh kelembutan si Haiser mengajar. Turut sama tangan itu lembut memotong ayam itu buat Hasya.
Gulp!
Jantung Hasya berlari laju kerana perbuatan Haiser. Haiser leka mengajar setiap cara buat anak mata Hasya tak berkelip pandang lelaki itu. Dahlah kacak, ajar pun lembut saja tanpa marah. Macam mana Hasya tak jatuh cinta? Ini semua gila!
"Darling..." Haiser menarik manja pipi Hasya. Mengelamun pulak dia. Orang tengah ajar cara makan. Alahai dia ni...
"Sorry awak. Sa-saya lapar sangat sampai mengelamun." tipu sunat Hasya diberi.
Biarpun jantung Hasya dah nak meletop sebab si Haiser. Tak senang duduk hari-hari kalau macam ni. Kalau dah namanya perempuan, dilayan lembut-lembut memanglah cepat jatuh cinta. Kenapalah si Haiser ni penyabar sangat?
Kes Haiser tunggu dalam kereta tak dapat lupa lagi. Inikan pula lelaki ini tanpa malu mengajar Hasya cara makan chicken chop.
"Hari ini, Iser akan suapkan darling. Iser tahu, darling tak boleh nak makan. Nak makan macam mana kalau sejak tadi mengelamun aje kerjanya?" usik Haiser dengan senyuman kecil.
"Mana ada." nafi Hasya malu-malu.
Muka Hasya merah menyala seperti tomato yang dimasak ranum. Malu yang tak dapat ditahan. Sengaja Haiser mengusik Hasya. Nak bagi Hasya malulah tu.
"Bukak mulut." arah Haiser.
Hasya menerima suapan dari Haiser. Sepanjang dalam restoran mewah itu, tak sudah lelaki itu bercakap dengannya. Sesekali kalau ada comot Haiser tidak segan silu menyapu dengan jari dan dibawa ke mulut. Apa yang diucapkan Haiser buat muka Hasya merah untuk sekian kalinya.
" Dapat makan bersama isteri adalah rezeki. Kerana rezeki tak datang pada hari ini. Rezeki akan datang bila Hasya bersama abang. Bukankah bersama suami mendapat ganjaran pahala? Itulah rezeki bagi abang. Rezeki yang tiada nilainya." Haiser berkata mendatar.
Hasya telan air liur payah. Ayat Haiser menusuk betul-betul masuk ke dalam hati Hasya. Menggetar naluri kewanitaannya. Biarpun nada lelaki itu tidak menampak macam nak menggoda mahupun mengorat tapi ayat itu mampu melunturkan segala amarah Hasya pada sang suami. Rasa macam dah hilang marah dekat si Haiser. Malah Hasya kian terbuai dengan sikap baik lelaki itu.
" Darling nak makan lagi tak? Kalau nak, Iser nak pesan lagi satu untuk Darling."
" Saya dah kenyang." Hasya menolak lembut.
Haruskah Hasya katakan dia kenyang kerana lelaki itu menyuapnya? Sukar gambarkan perasaannya apabila Haiser menyuapnya tadi. Sampai Hasya sendiri tak sedar yang dia dan Haiser dah habis makan. Dahsyat betul penangan Haiser.
" Okay. Kita balik ya? Iser nak pergi bayar sekejap. Darling tunggu sini." Haiser cium ubun-ubun Hasya sebelum langkah dibawa ke kaunter pembayaran.
YOU ARE READING
The Haiser's Obsession ( IN EDITING)
RomanceNur Furqan Hasya, sebaris nama yang tidak pernah merasai kasih sayang keluarganya kerana itu dia menjadi seorang perempuan yang liar. Kejadian itu buat dia kenal lelaki itu. Bukan setakat kenal, malah lelaki itu mencari dan memburu dirinya. Apa sala...