Hasya menanti penuh sabar kawan baiknya itu. Sejak tadi Hasya tunggu tapi tak ada khabaran apa-apa dari Nura. Nura tak ada bagitahu apa-apa tentang kejadian malam ini. Ini pun Nura cakap last minute.
Hasya check jam tangannya. Jarinya dipandang. Automatik fikirannya teringat pada cincin yang diberi ibunya tempoh hari. Senyum sinis meniti di bibir Hasya. Hasya dah tolak bulat-bulat pinangan Haiser. Nasib baik tergerak hati Hasya nak tengok gambar bakal suaminya dan mengejutkannya apabila suaminya itu adalah Haiser. Fikir seribu kali pun Hasya tak naklah!
Pon! Pon!
Hasya terlompat kecil. Terkejut dengan bunyi hon itu. Hasya menjeling tajam kawan baiknya itu. Ada rasa tak puas hati. Hasya masuk ke dalam kereta. Menderum laju kereta Nura menelusuri jalan raya menuju ke satu tempat.
" Awal kau datang." sindir Hasya geram.
" Sorry, stuck dengan kereta banyak tadi. Biasalah. Macam kau tak tahu." Nura sengih sehingga barisan giginya yang putih menampak.
" Kau nak ajak aku pergi mana?"
" Abang aku ada buat majlis. Aku ajak kau sekali. Bukan selalu kau pergi majlis keluarga aku. Selalu mengelak aje kerjanya." Hasya menjeling Nura tajam. Rupanya si Nura ni tipu dia? Kurang ajar!
" Kau tipu aku. Kau cakap nak pergi makan-makan." Hasya berura-ura nak cekik si Nura.
Nura sengih sambil keluar jari telunjuk dan tengah. Buat gaya peace. Bukan Nura sengaja menipu, kalau Nura bagitahu hal sebenar. Besar kemungkinan Hasya tak nak ikut dia. Nura kalau boleh nak kenalkan keluarganya pada Hasya. Hasya banyak tolong dia. Selalu ada ketika susah dan senang. Hasya malu nak jumpa keluarga Nura.
Kata Hasya, aku keluarga tak sekaya kau, tak layak jejak kaki rumah kaya bak istana kau tu. Lain pula bagi Nura, tak ada istilah layak atau tidak. Semua manusia sama. Yang membezakan manusia adalah sikap mereka. Sama ada mereka mahu bongkak dengan kesenangan yang mereka ada atau merendahkan diri mereka sebagai orang yang sama taraf.
Pak!
" Kau mengelamun apa? Dekat mana dah ni? Kau jangan. Aku tak kenal rumah kau. Mahu kita sampai ke lain daripada jalan sebenar."
Nura menggaru kepala yang tidak gatal. Lupa dia masih ada dalam kereta dengan Hasya. Dah nak dekat sampai. Tak ada sampai ke lain. Otak Nura dah bijak. Dia tahu perlu mengelamun time nak dekat sampai dah.
" Boleh keluar." Hasya telan air liur perlahan.
Rumah sebesar bak istana itu dipandang dengan perasaan rendah hati. Malu pulak Hasya nak masuk. Dengan pakaiannya yang hanya pakai dress biasa. Tak cukup untuk dia tandingi orang yang ada dalam majlis itu.
" Jomlah keluar." ajak Nura. Keluar kereta, Nura menerpa ke arah Hasya. Pintu dibuka untuk Hasya.
" Kau asal ni? Keras kejung macam apa dah. Aku ajak kau masuk aje. Bukannya buat benda buruk."
" Aku malulah. Aku nak balik. Aku tak sesuai dengan majlis macam ni." tolak Hasya lembut.
" Kau jangan macam ni Hasya, tolonglah masuk demi aku. Aku tak nak kau terus mengelat macam ni. Walaupun aku kaya, aku tak kesah untuk jadikan kau kaya sekali dengan harta aku. Jomlah masuk. Please... Demi aku." pinta Nura terlalu berharap. Sedih raut wajah Nura. Begitu mengharap jawapan positif dari Hasya.
Hasya mengeluh kuat. Anggukan diberi. Melebar terus senyuman Nura. Biarpun Hasya nampak terpaksa. Tapi itu sama sekali tidak diambil kisah. Tangan Hasya dipimpin dan diheret masuk ke dalam rumahnya.
" Ramainya orang..." Hasya mengumam perlahan.
" Semua makanan ada. Kau ambil je apa yang kau nak makan. Aku percaya kau akan sukakan majlis ini." Nura berkata dengan senyuman tidak lekang dari bibir.
Hasya pasrah apabila tangannya ditarik sejak tadi agar mengikut setiap langkah Nura. Nura berhenti betul-betul di depan orang tuanya. Dapat Hasya agak itu adalah orang tuanya Nura. Tak lepas mata Hasya pandang lelaki yang ada di sebelah Papanya Nura. Berdebar hebat jantung Hasya. Macam kenal susuk tubuh sasa itu. Hasya dah takut untuk teka teki. Harapnya itu bukanlah lelaki yang sedang difikirnya ketika ini.
" Pa, Ma. Kenalkan ini kawan Nura. Hasya namanya." Nura kerling Hasya sekilas. Hasya tunduk kepala sedikit.
" Hai. Hasya." Hasya kenalkan diri secara kekok. Malu apabila dua pasangan itu enak sekali pandang ke arahnya.
Hasya telan air liur pahit. Anak matanya bertembung dengan anak mata Haiser. Tersungging senyum sinis pada bibir lelaki itu. Peluh merenik pada dahi Hasya. Menggeletar hebat tubuh Hasya. Takut melihat pandangan Haiser padanya.
" Hasya! Kau dengar tak apa yang mama dan papa aku cakapkan?"
" Hah?" Hasya blur.
" Mama dan papa aku tanya, kau okay ke tak? Kenapa kau nampak takut akan sesuatu?" soal Nura aneh.
Sejak tadi Hasya mengelamun. Naik aneh Nura jadinya. Panggil banyak kali bukannya nak menyahut. Bila disikukan tubuh kecil itu, barulah Hasya sedar. Kenapa dengan Hasya ni?
" Ok-okay. Cuma aku lapar."
Hasya kalih pandang Nura. Larikan terus matanya dari pandang Haiser. Tertanya Hasya. Kenapalah dunia ini terlalu kecil sehingga dia perlu bertemu dengan lelaki ini lagi? Menyesal Hasya tak tengok gambar mak ayah Haiser sekali. Kalau tidak, sempat dia lari keluar majlis tadi. Sekarang nampak gayanya dah tak boleh lari. Merajuk si Nura seminggu kang, naya!
" Kau ambil makanan dulu dekat sana. Aku nak buat sesuatu." Hasya mengangguk. Laju kakinya melangkah ke tempat makanan. Dihembus nafas dengan payah sekali. Ya Allah, macam mana aku boleh jumpa dia?
" Are you okay girl?" seorang lelaki entah dari mana muncul bersama segelas air sirap.
" Okay." Hasya senyum nipis.
Tak lepas anak matanya pandang sekeliling. Hasya perasaan mata Haiser sejak tadi pandang ke arahnya. Tajam anak mata lelaki itu. Bagai memberi isyarat agar dia menjauh dari lelaki yang ada di depannya ketika ini.
" Nak minum? Lagipun muka awak nampak penat." Spontan tangan lelaki itu bermain dengan rambut Hasya. Menyelit rambut itu di tepi telinga. Dari jauh, ada hati yang membara melihat kelakuan mesra dua pasangan itu.
" Terima kasih."
Hasya menepis kasar perbuatan lelaki yang tidak dikenali itu. Disambut baik huluran lelaki itu. Hasya minum sampai habis tanpa ragu-ragu. Hasya telan air liur kasar apabila Haiser mendekat. Hasya sua gelas semula pada lelaki itu sebelum kakinya dihayun mencari bilik air. Tak hiraukan panggilan lelaki itu. Yang Hasya tahu, Hasya nak lari dari Haiser. Pasti Haiser nak marah sebab dia tolak lamaran lelaki itu. Habislah!
Jantung Hasya berdetak tidak menentu. Takutnya melebihi segala-galanya. Jumpa satu bilik buat Hasya masuk terus tanpa fikir panjang. Tak semena pintunya dirempuh tanpa sempat Hasya kunci. Hasya jatuh terjelepuk di atas lantai. Mengigil hebat tubuh Hasya apabila Haiser mengunci pintu.
" Kenapa tolak lamaran aku?" Haiser kian mendekat.
Hasya bangun untuk melarikan diri. Tak secepat itu, tubuh Hasya ditolak pada dinding dan dikunci agar tidak lolos. Tiada ruang untuk Hasya lari.
" Lepaslah Awak! Lepas!" ronta Hasya kasar.
Haiser senyum sinis. Didekatkan mukanya dengan Hasya. Nafas Haiser tidak menentu. Hasya memejam matanya. Hasya tak dapat kawal dirinya ketika ini. Hasya seperti mahukan sesuatu. Mahukan nafsunya dipuas. Hasya melawan setiap yang dia rasa.
" Haiser jangan..." Hasya menolak muka Hasya dari merapat.
Setiap ciuman dari Haiser buat Hasya rasa lain. Hasya mahukan lagi. Hasya menggeleng. Cuba kawal dirinya daripada melakukan sesuatu yang akan dia sesali sampai bila-bila. Setiap rasa asing sekali. Rasa yang tidak pernah Hasya rasa sebelum ini.
" Aku akan pastikan kau jadi milik aku. Itu janji aku." Hasya menggeleng.
Bibirnya menjadi sasaran Haiser. Hasya menolak keras perbuatan Haiser. Haiser senyum sinis. Pinggang Hasya dirangkul erat. Merapatkan jarak antara mereka berdua.
" I want more...please..." Hasya merengek tanpa sedar.
Hasya tak tahu apa yang dia lakukan ketika ini. Yang Hasya tahu, Hasya mahukan Haiser. Hanya itu yang ada dalam fikiran Hasya.
" As you wish..."
YOU ARE READING
The Haiser's Obsession ( IN EDITING)
RomanceNur Furqan Hasya, sebaris nama yang tidak pernah merasai kasih sayang keluarganya kerana itu dia menjadi seorang perempuan yang liar. Kejadian itu buat dia kenal lelaki itu. Bukan setakat kenal, malah lelaki itu mencari dan memburu dirinya. Apa sala...