Nura menggeliat halus. Tak dapat Nura nak bergerak lebih kerana tubuh Naali menghalang. Keluhan berat dilepaskan. Salah apa yang Nura lakukan pada Naail sehingga begini sekali Naail lakukan padanya?
" Sayang...dah bangun?" soal Naail dengan suara serak basah bangun tidurnya.
Nura menggeliat tidak suka. Nafas lelaki itu mengena pada ceruk lehernya. Geli Nura dengan perlakuan lelaki itu yang tidak sudah mencium lehernya. Nura menolak kuat tubuh Naail. Meski itu semua sia-sia apabila Naail kian mengeratkan pelukan pada tubuh Nura.
" Lepaskan akulah! Aku nak balik!" Nura meronta kuat meminta dilepaskan.
" Kau ni, asal jual mahal sangat? Aku sentuh sikit pun nak marah. Tak luak pun. Orang lain okay je. Peluk sana sini even pakai tudung."
" Kau jangan samakan aku dengan perempuan di luar sana. Aku bukan macam tu! Kalau mereka buat macam tu, maksudnya mereka tak takut dengan neraka Allah. Macam kaulah. Buat maksiat tak takut Allah. Huh! Kau sama saja dengan kaum lelaki yang lain! Tak guna!" kasar bahasa Nura. Tak ada lembut sedikitpun. Begitu berbeza dengan perempuan yang Naail kenal.
" Kau ni tak pernah bercakap lembut dengan aku. Kasar aje bunyinya. Cuba kau panggil aku dengan gelaran abang ke, baby ke atau seangkat dengannya."
" Kau tak layaklah nak dipanggil dengan nama sebegitu. Lepas apa yang kau buat dekat aku. Kau nak aku berlembut dengan kau? Huh! Memang taklah! Dalam mimpi pun aku takkan sesekali cakap lembut dengan kau." Terjerit Nura. Tubuhnya ditindih Naail. Senyum senget lelaki itu menakutkannya. Mata Nura berkaca. Naail takkan melakukan hal yang satu itu bukan?
" Kalau aku teruskan permainan kita semalam, aku jamin kau akan bercakap lembut dengan aku. Kau akan merayu agar aku lepaskan kau. Betul tak?" soal Naail sambil mengelus lembut pipi Nura.
" Kau jangan berani apa-apakan aku! Lepas aku keluar dalam rumah kau. Aku berjanji takkan melangkah setapak masuk kembali dalam rumah ini. Tak hingin aku tinggal dekat sini!" Nura menjeling tajam si Naail. Ditolak kuat tubuh lelaki yang menindihnya itu.
" Kau nak keluar dari rumah ni?" Naail ketawa kuat.
Kelakar serasa. Nak keluar macam mana kalau anak buahnya beramai-ramai menjaga setiap pelusuk rumahnya. Kalau bisa tertangkap, akan dibunuh. Tapi kes Nura ni, Naail takkan bunuh. Naail akan denda perempuan itu. Rasakan! Nak lari sangat kan?
" Anak buah aku ramai dekat sini. Aku yakin kau takkan berani keluar. Kalau kau berani keluar...aku akan bunuh orang yang berani keluarkan kau. Aku tak main-main Nura." Naail mencium bibir Nura sekilas.
Nura dah teresak menangis di atas katil. Senyum sinis terkutik di bibir. Salah Nura kerana muncul dalam kelab malam tempoh hari. Kalau tidak, Naail takkan ambil tahu pun tentang perempuan ini. Naail berterima kasih pada Nura. Andai Nura tak munculkan diri dalam kelab malam, mungkin Naail takkan dapat bersama Nura ketika ini.
" Jangan jadi kejam Naail! Kau dah ambil semuanya dari aku. Apa lagi yang kau nak? Tak cukup lagi ke? Susah sangat ke permintaan aku? Aku cuma nak balik. Itu saja. Kenapa perlu kau halang aku balik?" soal Nura bertalu-talu soalan diiringi esakan.
Naail merapati Nura. Dielus lembut rambut panjang itu. Tepisan daripada Nura tidak ambil peduli. Nura milik Naail dan selamanya akan menjadi miliknya. Takkan Naail lepaskan Nura semudah itu. Bukan mudah untuk Naail bawa Nura ke sini dan bukan mudah untuk Naail melepaskan Nura begitu saja. Nura penting baginya. Naail mahukannya.
" Kejamkah andai aku mahukan kau? Kejamkah kalau aku nak kau tinggal bersama aku setiap hari tanpa tinggalkan aku? Aku tak nak kau terlepas dari pandangan aku. Aku takut andai aku akan merindui kau." Naail pandang Nura dengan anak mata berkaca. Meluahkan segala yang dia rasa pada Nura.
YOU ARE READING
The Haiser's Obsession ( IN EDITING)
RomanceNur Furqan Hasya, sebaris nama yang tidak pernah merasai kasih sayang keluarganya kerana itu dia menjadi seorang perempuan yang liar. Kejadian itu buat dia kenal lelaki itu. Bukan setakat kenal, malah lelaki itu mencari dan memburu dirinya. Apa sala...