Hasya memuntahkan isi yang ada dalam perutnya. Sally menggeleng. Selalunya Hasya tak adalah sampai gila minum air alkohol. Kali ini apa yang menghasut Hasya?
Adakah kerana masalah menyebabkan Hasya jadi lain semalam?
Nampak sedih saja raut wajah itu tapi bila dengannya, laju Hasya menukar raut wajahnya pada senyum.
" Asal kau minum air alkohol? Kau dah tahu aku larang keras kau minum air tu." marah Sally sambil menggosok belakang badan Hasya. Hasya tak sudah muntah. Gara-gara air alkohol. Beginilah!
" Aku tak tahu, aku ikut perasaan sangat malam tu. Aku bukan sengaja nak minum. Bila syaitan berbisik jadi macam nilah. Aku ikutkan saja apa yang syaitan mahu aku lakukan." Hasya mengeluarkan kata dengan rasa yang tidak lepas dari loyar.
Rasa nak muntah sekali lagi. Sally hembus nafas berat. Hasya selalu buat dia risau. Alahai Hasya....
" Kau tahu tak, yang air alkohol tu boleh buat kau mabuk? Kau jadi tak waras time tu. Kau tahu tak?"
Gulp!
Hasya menelan air liur kasar. Bukannya kerana takut kemarahan Sally, tapi kerana kata yang keluar dari bibir Sally buat Hasya teringatkan sesuatu. Semua kejadian semalam buat muka Hasya pucat tidak berdarah.
Bibirnya disentuh. Masih dapat Hasya rasai akan perbuatannya semalam. Muka Hasya berona merah. Malu terkenangkan lelaki itu. Hasya menggeleng. Tak mungkin dia akan bertemu lelaki itu lagi, nak jumpa macam mana kalau Hasya takkan jejak dah tempat tu kan?
" Kau ni kenapa? Dari tadi menggeleng. Dah tak waras lepas minum air keras tu? Disebabkan kau minum air arak, Allah boleh sebat kau empat puluh kali tau. Nak ditambah perisa lagi, kau akan minum peluh penghuni neraka." Ceramah Sally panjang lebar.
Hasya menjeling tajam si Sally. Sally buat jari dua peace. Senyum melebar dengan barisan gigi yang menampak.
Susah payah Hasya keluar dari kamar mandi. Hasya bersiap untuk pergi kerja. Sally tercengang. Tahu tak sihat tetap nak pergi kerja jugak. Inilah manusia yang paling aneh bagi Sally. Kalau orang lain dah minta cuti kerana sakit tapi Hasya? Hasya masih larat nak pergi kerja. Hasya ni selalu gagahkan diri kalau lemah tau!
" Hasya, kau tak okay. Esok kau boleh pergi kerja. Jangan paksa diri. Kalau jadi apa-apa macam mana?"
" Aku okay ajelah. Lagipun aku malas nak jumpa boss besar minta surat nak balik. Aku tak kenal batang hidung boss besar. Mahunya aku tersesat ke bilik lain nanti." bebel Hasya sambil mengemas pakaian yang tersarung di tubuhnya.
" Selama ni kau kerja macam mana sampai semua tentang boss kau tak tahu? Naik pening aku jadinya." Sally garu kepala yang tidak gatal.
" Aku tak suka kenal orang. Kerja aku bukannya jumpa sang boss besar. Aku duduk tingkat bawah, so mustahil nak jumpa."
Hasya mencapai beg galasnya. Senyum dipamer agar Sally percaya dia baik-baik saja. Sally baik. Selalu risaukan dia. Kawan dunia akhiratnya. Nak yang terbaik untuknya.
" Kau jaga diri dekat sana. Kalau tak larat, kau balik je tau. Aku risau sangat dekat kau ni." Sally bersuara dengan nada risau. Entah kenapa, Sally rasa berat hati nak bagi Hasya balik. Macam ada something yang akan berlaku.
" Aku okay Sally. Kau jangan sedih macam ni. Kau buat macam aku dah nak mati hari ini. Rilexlah. Aku mati kau tanam je aku. Aku sanggup."
Pak!
" Kau cakap mengarut apa ni do? Kau ingat soal mati ni boleh bawak main ke? Kau ingat amalan kau dah banyak sangat sampai kau nak mati bagai?! Hah?!" marah Sally dengan anak mata memerah. Terlalu marah dan geram pada si Hasya. Tak ada benda lain ke nak cakap selain kematian? Gila ini budak!
YOU ARE READING
The Haiser's Obsession ( IN EDITING)
RomanceNur Furqan Hasya, sebaris nama yang tidak pernah merasai kasih sayang keluarganya kerana itu dia menjadi seorang perempuan yang liar. Kejadian itu buat dia kenal lelaki itu. Bukan setakat kenal, malah lelaki itu mencari dan memburu dirinya. Apa sala...