" Darling..."
Hilang lamunan Hasya apabila namanya diseru. Hasya panggung kepala pandang Haiser. Keluhan berat dilepaskan. Hasya terpaksa tunggu Haiser habis kerja semata-mata kerana lelaki itu.
" Darling mengantuk?" soal Haiser dengan anak mata tak lari dari pandang Hasya.
" Saya nak balik." putus Hasya.
Haiser mengeluh halus. Kerjanya ditinggal seketika sebelum Haiser melabuhkan punggung di sebelah Hasya. Muka Hasya nampak pucat tidak berdarah. Sakitkah?
" Darling tunggu kejap ya. Iser nak siapkan kerja." Haiser cuba meraih tangan Hasya. Laju Hasya bawa lari tangannya ke belakang.
" Awak buat ajelah kerja. Saya nak balik. Saya tak nak duduk sini. Saya nak berhenti kerja." tanpa gerun Hasya mengeluarkan kata itu.
" Simple, Iser akan blacklist semua tempat untuk Hasya. Hasya takkan dapat kerja kalau mintak dekat mana-mana pun." Haiser bangun baiki tali leher yang dipakainya. Raut wajah Haiser tegang sekali. Marah apabila Hasya cuba lari darinya sedangkan Hasya dah janji tak nak tinggalkan dia.
" Jangan disebabkan awak ada kuasa, awak boleh buat saya macam ni." marah Hasya dengan muka memerah. Geram dan marah bercampur baur. Hasya beristighfar. Menenangkan hatinya.
" Suit yourself." Haiser berkata.
Hasya mendengus geram. Haiser ingat dia tak berani keluar. Ini Hasyalah. Takkan takut pada sesiapa. Hasya mencapai beg sandangnya. Tombol pintu dipulas. Tak semena tangannya ditarik tanpa sempat Hasya keluar.
" Lepas!"
" Jangan keluar. Teman Iser. Iser perlukan Hasya." Haiser merendahkan egonya. Tadi baru saja dia cuba merajuk dengan Hasya. Kalau boleh nak Hasya pujuk. Dah Hasya nak lari, terpaksa tembokkan muka mendapatkan Hasya kembali.
" Saya tak perlukan awak. Saya perlukan Allah. Dah! Saya nak balik!" Hasya mendecit geram. Kemas pegangan Haiser buat Hasya tak boleh nak gerak lebih. Sungguh merumitkan lelaki bernama Haiser ini.
" Jom."
Tanpa apa-apa isyarat, tubuh Hasya dicempung keluar dari pejabatnya. Pandangan staf tidak diambil peduli. Haiser mahukan Hasya. Itu saja yang ada di dalam fikirannya saat ini. Hasya sukar sekali dijinakkan. Jual mahal!
" Turunkan saya! Awak dah gila! Lepas! Lepas!" ronta Hasya kuat.
Haiser endahkan. Sakit tubuhnya dipukul Hasya. Haiser mengetap kuat giginya. Selamba badak tubuh Hasya dilempar masuk dalam keretanya dan Cekap Haiser mengunci pintu kereta tanpa sempat Hasya keluar.
" Saya nak balik! Baik awak bukak pintu sekarang!" Mata Hasya mencerlung tajam pandang Haiser.
Haiser buat tak tahu. Haiser memandu laju keluar dari syarikat mewah miliknya. Hasya meneguk air liur kasar. Tak dapat Hasya bernafas dengan baik bila kereta Haiser dah masuk ke kawasan perumahan. Diparking elok kereta mewah Haiser masuk ke dalam garaj. Haiser keluar dari kereta.
" Keluar."
" Saya nak balik."
Haiser berdecit tidak suka. Tak lengah masa, tubuh Hasya dicempung masuk ke dalam banglonya. Rontaan Hasya sama sekali tidak diambil peduli. Yang Haiser tahu, Haiser nak dapatkan Hasya hanya untuknya.
" Lepaslah! Lepas!" ronta Hasya kasar.
Haiser kunci pintu. Dilempar tubuh Hasya diatas sofa panjang. Lelah nafas Hasya. Tak sempat hirup nafas Haiser dah menindih tubuhnya. Hasya memejam seketika matanya. Berat tubuh Haiser untuk dia tampung.
" Saya nak balik! Lepaskan saya!" ayat yang sama Hasya guna. Nak guna ayat apa lagi? Kalau guna ayat lain pun tetap sama. Haiser takkan dengar cakapnya. Buat letih mulut saja.
" Iser takkan apa-apakan Hasya. Iser cuma mahukan Hasya. Mahu Hasya bersama Iser di sini. Salahkah?" Haiser berkata dengan nada sayu.
Lembut dihulurkan pandangan pada Hasya. Hasya mengetap kuat giginya. Haiser sengaja pancing simpatinya. Tak akan Hasya terima. Hasya tahu taktik lelaki tak guna macam Haiser. Pasti nak habiskan perempuan kerana nafsu.
" Salah! Sebab kita ada agama. Awak ingat kita berdua ni orang kafir? Atau dekat Amerika sana sampai awak boleh sentuh saya sesuka hati awak? Hah?!" Hasya menjerkah kuat.
Haiser pejam seketika matanya. Tahan diri dari marah. Haiser tak suka dijerkah dan paling buat dia tak suka bila Hasya yang menjerkahnya. Bukan orang lain.
" Iser bagi duit dan Iser nak darling tinggal dalam rumah ini selamanya" tekan Haiser. Nampak gaya memang Haiser tengah nak marah ketika ini. Barannya bagai mahu menguasai setiap fikirannya.
"Saya tak semurah tu. Jangan anggap awak ada duit. Awak boleh buat apa saja pada saya!" lawan Hasya tanpa gentar.
Hasya pejam erat matanya. Tangan Haiser diangkat bagai mahu memukulnya. Berkerut dahi Hasya apabila tak ada rasa sakit pada pipinya. Hasya buka mata perlahan-lahan. Raut wajah kacak Haiser dekat dengannya. Mengusap lembut rambutnya dengan senyuman manis.
" I don't wanna hurt you anymore. For me...you are my life. So please...stay with me. Can you?" pujuk Haiser lembut. Tadi pura-pura nak pukul saja. Penakut jugak si Hasya ni kan?
" Saya tak nak." tolak Hasya. Kali ini lebih lembut.
Haiser mengeluh. Haiser turun dari tubuh Hasya. Kasihan Hasya sakit. Haiser bawa diri ke dapur. Hasya pandang aneh pemergian Haiser. Tergerak hati nak ikut langkah Haiser, hampir keluar mata Hasya melihat Haiser pegang pisau.
" Awak..."
Hasya menerpa ke arah Haiser. Ditepis kasar pisau itu. Tegang muka Hasya. Hasya tak suka perbuatan Haiser ini. Disebabkan dia tolak Haiser. Tak sepatutnya Haiser bunuh diri.
" Awak ni tak reti hargai diri ke? Awak tahu tak berdosa besar bunuh diri? Amalan awak dah cukup banyak ke sampai nak bunuh diri macam ni? Hah?!"
" Tapi.."
" Apa tapi-tapi? Nak cakap apa lagi? Nak marah saya balik?" Garang Hasya memarahi Haiser.
Haiser tersenyum kecil. Hasya dirapati. Melebar senyum Haiser apabila Hasya tidak berganjak. Haiser berdiri betul-betul di depan Hasya. Tak lekang senyum manis pada bibir Haiser. Suka apabila Hasya mengambil berat tentang dirinya. Hasya sayang Haiser bukan?
" Darling, Iser bukan nak bunuh diri. Iser lapar. Iser nak masak. Iser takde pembantu rumah dekat sini. Darling jangan salah faham ya. Iser baik-baik saja di sini." Haiser berkata lembut.
Muka Hasya berona merah bagai disimbah cat merah. Hasya pejam seketika matanya. Malu tahap petala. Disebabkan fikiran negatifnya buat Hasya bertindak tanpa fikir panjang.
" Darling tak nak masakkan untuk Iser?" soal Haiser dengan raut wajah dicomelkan. Terkerdip-kerdip anak mata itu pandang Hasya. Menagih simpati dari Hasya.
" Hasya.. " Haiser merapat. Hujung baju Hasya ditarik perlahan.
" Bolehlah eh? Masakan untuk Iser. Iser lapar." Haiser tepuk perutnya beberapa kali.
Hasya mengeluh. Anggukan diberi. Hasya menyingsing baju yang dipakai. Barang basah dikeluarkan. Hasya buat macam rumah sendiri. Dah Haiser suruh masak kan?
Pisau dicapai dan lincah Hasya memotong sayur. Hasya bercadang nak buat nasi goreng saja. Nasi goreng lebih mudah. Tersentak Hasya apabila tubuhnya tiba-tiba dipeluk. Dapat Hasya rasai belakang tubuhnya basah dengan airmata.
" Iser minta maaf, Iser terlalu baran. Maafkan Iser sebab marahkan Darling tau." Cuping telinga Hasya dicium.
Hasya ketap kuat giginya. Haiser selalu buat dia tak tentu arah. Kenapa Haiser menangis?
" I'm sorry...tsk...tsk...don't leave me i want you here with me. Please..." Haiser mengeratkan pelukan. Airmatanya dikesat pada belakang baju Hasya. Hasya dah serba salah. Apa yang perlu Hasya lakukan?
YOU ARE READING
The Haiser's Obsession ( IN EDITING)
RomanceNur Furqan Hasya, sebaris nama yang tidak pernah merasai kasih sayang keluarganya kerana itu dia menjadi seorang perempuan yang liar. Kejadian itu buat dia kenal lelaki itu. Bukan setakat kenal, malah lelaki itu mencari dan memburu dirinya. Apa sala...