Bab 18✅

2K 114 0
                                    

Hasya melabuhkan duduk di dalam kedai makan. Beberapa meter saja dari kebun milik Haiser. Disebabkan dahaga, mereka berdua singgah ke sini. Kalau tidak, mungkin dah balik. Lagipun, kaki Hasya dah sakit dan lenguh-lenguh. Padah pakai kasut tumit tinggi.

"Darling nak minum air?"

"Boleh jugak."

Haiser bawa diri ke kaunter. Tak lepas Hasya pandang sang suami. Kerutan pada dahi Hasya menampak apabila Haiser menolak pemberian wang daripada salah seorang lelaki yang baru saja nak bayar makanan yang dibeli.

"Apa yang terjadi tu?" soal Hasya sendiri.

Mereka berbalas senyum sebelum Haiser dan lelaki itu membawa haluan masing-masing. Tangan Haiser pula dah sedia pegang dua gelas air laici. Hasya menyambut huluran air dari Haiser. Haiser menarik kerusi duduk di depan Hasya. Air laici diminum. Sedapnya. Lega bila dah masuk mengalir dikerongkong.

"Awak, siapa lelaki yang awak berborak dekat kaunter tadi?" soal Hasya ingin tahu.

"Pekerja abang."

"Tadi dia nak buat apa? Kenapa saya tengok macam dia nak bayar duit dan awak tolak pembayaran. Ada apa-apa berlaku ke?" Seperti seorang polis pencen Hasya bertanya. Banyak betul celoteh bibir cantik itu. Naik geram Haiser.

"Minum dulu darling." Haiser membawa straw ke mulut Hasya.

"Tak apa saya boleh minum sendiri." Haiser menepis lembut tangan Hasya.

Hasya buat muka. Akhirnya dibiarkan saja perbuatan Haiser. Dilayan bagai princess. Nak minum air pun nak disua bagai.

"Abang tak bagi dia bayar. Abang bagi free. Kedai makan ini milik abang. Tak salah kalau abang sedekah sekali-sekala. Lagipun, bukan selalu abang datang melawat kebun dekat sini." Haiser menjelaskan hal yang berlaku tadi.

Hasya mengangguk. Matanya dibawa menebar ke sekeliling. Semua pekerja Haiser yang makan di sini nampak gembira sekali bekerja di sini. Kadang-kadang mereka bergurau sehingga gelak tawa kuat kedengaran. Hasya perasaan ada anak muda yang menjadi pekerja Haiser. Kenapa Haiser menerima mereka sedangkan mereka patut sekolah?

"Awak, boleh saya tanya sesuatu?"

"Apa?" soal Haiser sambil paling kepala ke arah pekerjanya.

Ada cemburu menjalar masuk ke dalam hati Haiser bila anak mata Hasya sejak tadi melekat pada beberapa orang pekerja muda. Hasya berkenan budak muda ke?

"Kenapa awak benarkan budak muda kerja dekat sini? Sepatutnya masa mereka dihabiskan dengan belajar. Tak sepatutnya awak terima mereka." Hasya mengacau air dengan straw. Mata Haiser ditatap lama. Menanti jawapan daripada lelaki itu.

"Abang tak boleh nak kata apa. Budak muda zaman sekarang tak fikir tentang pembelajaran. Malah mereka sibuk bermain game dan bermain motor. Mereka salah langkah. Mereka pernah masuk belajar tapi tak lama. Mak ayah mereka dah tak nak bagi peluang belajar atas sebab mereka ada banyak kes di sekolah. Pantaskah abang hukum mereka sedangkan mereka masih mentah. Tak fikir panjang ke arah masa depan mereka. Mereka begitu menginginkan keseronokan berbanding dengan pembelajaran. Itu silap mereka dan abang tak sampai hati untuk menolak mereka bekerja dengan abang." jelas Haiser panjang lebar.

"Maaf, Hasya cuma nak yang terbaik untuk mereka."

"Abang tahu." Hasier senyum semanis gula. Kepala Hasya diusap lembut.

"Bila abang fikir balik, abang nak tolong mereka masuk sekolah semula. Tapi...abang tak nak mereka terlalu dimewahkan. Takut andai nanti mereka pijak kepala abang. Kadang-kadang kita boleh buat baik. Tapi berpada-padalah."

The Haiser's Obsession ( IN EDITING)Where stories live. Discover now