Yewon's pov
"Sanala sikit." Badan Jay aku tolak ke tepi, aku tengah cuba nak dapatkan kepastian ni, janganla menyibuk.
Macam mana aku nak pastikan Sunghoon tu betul-betul pasangan aku? Dengan sakitkan diri aku sendiri, haa jangan salah faham. Kalau aku sakit, pasangan aku rasa jugak, cumanya diorang rasa sakit tu sekejap je and tak sesakit apa yang aku rasa.
Sunghoon yang tengah bahagia bersembang dengan girlfriend dia aku intai di sebalik tembok.
"Kau sebiji macam stalker sekarang ni."
"Daripada aku stalk si penguin tu, baik aku stalk girlfriend dia. Boleh jugak buat girl crush." Bulat mata Jay bila aku cakap macam tu. What? Betullah apa aku cakap, Gayoon tu next level lawa dia. Set-set innocent, laki kan suka yang macam tu.
Aku menarik nafas panjang, tangan kanan aku dah bersedia nak cubit lengan kiri aku.
"Satu, dua, tiga." Permukaan kulit tangan kiri aku pulas dengan kuat, berkerut dahi aku.
"Ah!" Lelaki tu mengerang dan laju tangan kanannya mengusap permukaan kulit tangan kiri dia. Dahinya berkerut seribu, Gayoon yang ada di hadapannya seperti risau akan keadaan boyfriend dia tu.
"No way man." Jay secara tak sengaja melepaskan tawa dia dan dengan pantas mulutnya ditekup bila tiga perkataan tu keluar daripada mulut aku. Mata aku bulat memandang ke arah Sunghoon sebelum aku pandang Jay.
"Aku dah kata yang dia tu soulmate kau." Ujar Jay bersama sengihan dekat bibir dia.
Annoying.
Disebabkan aku tak puas hati, aku tampar pipi aku pulak dan Sunghoon pantas mengusap pipi dia dengan mata yang bulat - seakan-akan terkejut. Aku gigit lidah aku pulak, tangan dia terus menekup mulut sendiri.
Please tell me, all of this are just coincidences. Katakan ni nightmare je, tolonglah.
"Jay, kau pukul aku Jay." Dengan tak beriak aku lontarkan permintaan tu dekat Jay. Jay tersentak, mata dia bulat memandang aku.
"Nah I'm not doing that. Kau ingat aku ni lelaki tak guna yang jenis pukul perempuan ke?" Sebelah kening dia terangkat.
Garangnya muka bang, tanjat sis.
"Okay sorry." Aku kembali menghadap Sunghoon.
'Last.' Detik hati aku.
Cuping telinga aku sentuh sebelum aku tarik sekuat hati.
And y'all knew it already, dia pegang telinga dia. Dahi tak usah katala, berkerut extreme.
Apa? Apa dosa aku sampaikan aku dapat balasan macam ni? Kalau sebab aku siram budak junior semalam- HAK ELEH DIORANG DAH BALAS BALIK KUT!
Aku terus bercangkung, aku tak boleh terima kenyataan ni. Jay bahagia gelakkan aku dengan suara yang dikawal.
"Jang Yewon and Park Sunghoon in a relationship? Imagine pun tak pernah, what a great combo." Aku jeling Jay, betis dia aku tumbuk dan membuatkan dia mengaduh.
Padan muka.
...
Third person's pov
"Kenapa ni Hoonie? Dari tadi awak mengaduh." Gayoon menyoal, lembut tangannya menyentuh lengan Sunghoon yang sedang memegang cuping telinganya.
"Saya tak tau la, daripada tadi badan saya rasa pedih-pedih. Lengan saya tadi rasa macam kena cubit, pipi macam kena tampar lepastu lidah macam tergigit sedangkan saya yakin yang saya tak gigit pun and ni, cuping telinga macam kena pulas pulak." Dahi lelaki itu masih berkerut seribu. Riak risau masih menghiasi wajah Gayoon.
"Mungkin soulmate awak- SUNGHOON!" Mata Gayoon bulat memandang wajah Sunghoon yang terkejut apabila suaranya naik seoktaf sebentar tadi.
"What if your soulmate kena dera?" Hilang kerutan di dahi Sunghoon, kini riak bosan yang memenuhi wajah kacaknya itu.
"You have to find her! You need to protect her, Sunghoon." Kedua-dua belah lengan Sunghoon digoncang dengan pantas oleh Gayoon.
"Awak ni kenapa macam tak nak saya dah? Nak sangat saya pergi dekat my so called soulmate tu. Tak sayang saya dah ke?" Lidahnya menujah dinding pipi.
"No! I do love you but I'm not your soulmate."
"I don't care! I don't care okay, i don't care." Sunghoon meramas rambutnya.
"Sooner or later, you'll have to let me go." Tapak tangan Sunghoon digenggam.
"It's a bitter truth." Perlahan suara Gayoon tika menyuarakan ayat tersebut, wajahnya menunduk menghadap lantai. Hatinya pilu.
"I won't. I won't let you go."
Maaf lewat. Terima kasih untuk yang masih baca story ni💜
Sila la follow ig saya kalau sudi. Link ada dekat bio.
160521,
nasha.
YOU ARE READING
Soulhate | 박성훈
Fanfiction━━ Apa yang anda akan lakukan jika musuh anda adalah soulmate anda? It's suck tetapi Jang Yewon dan Park Sunghoon perlu berhadapan dengannya, apa yang akan terjadi jika mereka tidak menerima soulmate mereka? Kematian akan datang menyapa mereka berdu...