Third person's pov
"So how is it?" Soal Yewon setelah hampir dua minggu dia practise catwalk. Dekat rumah sendiri pun jenuh dia catwalk dan membuatkan dahi ibu bapanya berkerut. Anak mereka yang mempunyai perangai seperti lelaki itu melakukan catwalk? Parents mana yang tidak pelik?
"Hm macam Sora Choi-" sengihan yang lebar menghiasi wajahnya.
Hard work paid off-
"tapi yang gred cikai punya." Guess not. Riak wajah seperti mengatakan 'seriously' dipaparkan pada lelaki itu.
"Apa? Okayla tu, ada jugak bau-bau Sora Choi kan?" Soalan itu membuatkan Yewon menggulingkan biji matanya. Keluhan dilepaskan sebelum punggungnya dilabuhkan ke atas lantai gelanggang bola keranjang sekolahnya.
"Catwalk is so hard, modelling is a hard job. You have to walk like a cat, you need to keep your face straight and wear weird clothing." Yewon scrunch hidungnya lantas kepalanya digelengkan.
"Job apa je yang tak susah? Semua job susah melainkan kau guna kabel. Tak reti apa pun lepas. Bukan takat kerja, nak survive hidup ni pun susah untuk orang macam aku." Kening Yewon terangkat.
Survive hidup pun susah? Dia tidak memahami ayat tersebut kerana hidupnya tidak susah selama ini. Masalah kewangan? Tiada. Masalah keluarga? Tiada.
Cuma pernahlah dia rasa kena backstab dengan kawan lama. Rasa susahnya nak belajar memasak, rasa susahnya kumpul pocket money untuk dia shopping barangannya, susahnya belajar dan perkara-perkara kecil yang lain.
Macam mana dia nak mengalami masalah kewangan kalau keluarganya kaya raya? Tidak pernah bekalan elekrik atau air di rumahnya dipotong kerana ibu bapanya mampu bayar mengikut masa yang ditetapkan. Dan keluarganya sangat harmoni, jarang dia mahu lihat ibu bapanya bergaduh. Chance untuk dia tengok ibu bapanya bergaduh adalah satu per sejuta. Sangat mustahil.
Jadi dia tidak boleh relate dengan apa yang lelaki itu katakan.
She is lucky since born.
"Nak survive hidup pun susah?" Sunghoon yang baru saja meneguk beberapa teguk air mineral memandang ke arah Yewon.
"Anak orang kaya macam kau takkan faham." Ujar Sunghoon sebelum berlalu daripada gelanggang itu.
"Then buatla aku faham!" Jeritan itu diabaikan oleh lelaki itu. Rengusan dilepaskan oleh Yewon sebelum jam tangannya ditilik.
Genap pukul lima petang, patutlah lelaki itu terus berlalu meninggalkannya.
Gadis itu turut bangun dan terus berlalu sambil membawa barangnya tanpa menyedari satu perkara.
Mereka berdua kurang bergaduh pada hari itu.
...
"Kau ni okay ke tak? Tiga hari lagi competition tu start kan? Kau ajak aku ke sini dah kenapa?" Soal Jay sambil memandang ke arah Yewon yang sedang membeli tiket untuk masuk ke dalam haunted house.
"Sebab tiga hari lagi la aku nak enjoy hari ni, boleh mendatangkan stress kalau aku practise je kat rumah tu. Dua minggu tau tak aku hadap video catwalk, dah hadam! Cuma tak boleh nak follow je hehe." Ujarnya pada Jay sebelum mengucapkan terima kasih pada pekerja yang menjaga kiosk tiket itu.
"Sunghoon tak bising ke? Aku tengok dia strict semacam je bila melibatkan hal practise ni." Soalnya lagi, air bikarbonat perisa strawberi yang berada di dalam pegangannya disedut.
YOU ARE READING
Soulhate | 박성훈
Fanfiction━━ Apa yang anda akan lakukan jika musuh anda adalah soulmate anda? It's suck tetapi Jang Yewon dan Park Sunghoon perlu berhadapan dengannya, apa yang akan terjadi jika mereka tidak menerima soulmate mereka? Kematian akan datang menyapa mereka berdu...