01 of soulhate

1.5K 122 108
                                    

Yewon's pov

"Unfair." Aku merengus, tangan memeluk tubuh sendiri sambil mata aku tajam merenung ke arah Aejung yang bukan main bahagia dengan soulmate dia tu.

Pergelangan tangan mereka dirapatkan bersama untuk mengambil gambar tanda yang seakan tattoo itu. Senyuman lebar menghiasi bibir mereka berdua.

Aejung lucky sebab pasangan dia sama umur dengan dia, senang nak jumpa. Kalau lain umur, payah.

Sebab apa? Sebab tanda soulmate tu akan muncul sebaik sahaja umur kitorang semua officially mencecah 18 tahun. Jadi untuk sesiapa yang ada pasangan umur berlainan tu, minta bertabahlah.

"Ala lek la Wonnie, nanti muncul la pasangan kau." Aku jeling Aejung sekilas.

"Kau dah jumpa, senangla cakap."

"Kau dapat tanda apa?" Malas nak dengar Aejung pujuk aku punya pasal, aku terus tukar topik. Fuh, kalau Aejung start pujuk, cair telinga aku sampai cecah lantai.

"Puppy." Tanda berbentuk anak anjing kecil bersama initials SJY dekat pergelangan tangan dia ditunjuk pada aku.

"Comel la doh, nampak aesthetic gittew." Tanda soulmate dia aku usap.

"Kannnnn!"

"Awak, ada satu cafe baru bukak dekat dengan kawasan sekolah. Nak pergi tak?" Pasangan Aejung iaitu Jaeyun menyoal Aejung setelah telefon pintarnya ditilik sebentar tadi.

Nak curi kawan aku la tu.

"Sure! Why not? Wonnie, sorry my babe. Aku nak pergi dating, bye!" Sepantas kilat dia menarik lengan Jaeyun dan berlari ke arah kawasan parkir. Tercengang-cengang Jaeyun yang ditarik olehnya itu, sesekali dia toleh ke arah aku dengan riak serba salah. Aku tersengih seraya menggelengkan kepala perlahan.

"Aku je la yang single ni?"

"Dah tu, aku ni apa? Tunggul yang layak diabaikan?" Bahu aku terhinjut bila suara Jay tiba-tiba je terjah telinga aku.

"Kau nak kena ke? Muncul macam jerawat, tak diundang. Dah la tiba-tiba je." Jay menggulingkan biji matanya.

Jay atau Park Jongseong. Kenapa Jay? Sebab dia lahir dekat Seattle. Dia childhood friend aku sejak umur kitorang sembilan tahun dan aku lega bila tanda soulmate dia corak bintang bersama initials LHJ. Sebab kalau tanda soulmate dia corak salji, dah semestinya dia pasangan aku.

Tapi masa mula-mula tanda soulmate aku muncul aku dah lega sebab initials yang aku dapat PSH bukan PJS.

"PSH?"

"Haah kenapa?"

"Park Sunghoon?"

Pak!

"Aduh! Sakitla Jang Yewon!"

"Mulut kau jangan cabul sangat lain kali. Buatnya betul dia pasangan aku macam mana? Aku tak nak do!"

Aku menggelengkan kepala apabila teringat semula perbualan di antara aku dan Jay setelah tanda soulmate aku muncul pada tarikh 29 March, tarikh kelahiran aku.

"Kau kenapa dah tergeleng-geleng?"

"Takda menda ah. Lepak Cafe Blue&Grey jom?" Beg sandang aku capai dan satu tali penyandangnya aku sangkut pada bahu belah kanan aku.

"Jom, abang Tae kata dia nak treat kan?" Soal Jay sejurus saja dia bangun daripada duduk.

"Haah, sebab tu aku ajak kau pergi sana. Kalau tak aku dah ajak kau try cafe baru tu je." Rambut style wolfcut paras bahu aku sebak ke belakang.

"Nak kacau Aejung ke?" Aku menyiku lengan Jay.

"Kau ingat aku ni jahat sangat ke?"

"Muka kau dah mengiyakan apa yang kau tanya tu." Dan dengan itu, berdesup dia larikan diri.

"PARK JONGSEONG!"

"PARK JONGSEONG!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

YEOSTHATIC

nasha,
060521.

Soulhate | 박성훈Where stories live. Discover now