23 of soulhate

393 81 150
                                    

Third person's pov

Tubuh Sunghoon terbaring di atas katil bersaiz queen setelah dirinya didesak oleh Yewon untuk bermalam di penthouse gadis itu. Siling yang mewah dengan ukiran ditenung oleh lelaki itu bersama mata yang celik memandangkan lelaki itu tidak boleh melelapkan matanya. Dirinya terasa amat asing apabila berada di kediaman gadis itu. Ruangan yang luas membuatkan dirinya sukar untuk tidur, hal ini kerana dia sudah terbiasa dengan biliknya yang dinding agak dekat dirinya kerana saiz biliknya kecil berbanding bilik di kediaman Yewon.

Dia bangkit daripada baringan dengan berhati-hati, tubuhnya masih terasa sakit akibat pukulan yang diterima tetapi sakitnya sedikit berkurangan setelah dirawat oleh dirinya serta Yewon.

Selimut ditolak ke tepi dan kakinya mencecah lantai. Dia melepaskan keluhan, bergerak sikit saja sudah sakit, bagaimana dia mahu menjejakkan kaki ke dapur Yewon?

Air mineral yang terletak di side table sudah habis diminum olehnya dan dia memerlukannya lagi. Gadis itu ada pesan supaya call saja nombornya jika dia memerlukan apa-apa tetapi tidak tergamak pula dia mahu mengganggu gadis itu pada pukul dua setengah pagi tersebut.

Dengan langkah yang terbatas kerana kaki kirinya cedera, dia melangkah ke arah pintu bilik dimana dia bermalam. Tombol pintu dipulas, kakinya menapak keluar sambil tangannya memegang dinding sebagai sokongan tubuhnya.

Matanya memerhati lif yang berada berdekatan dengannya, penthouse tersebut hanya mempunyai tiga tingkat sahaja tetapi saiznya luas. Tiga tingkat, lif sangatlah tidak perlu tetapi apa yang dia expect? Orang kaya biasalah.

Dia terjengket-jengket mendekati lif tersebut untuk menggunakannya, butang yang mempunyai nombor satu ditekan tetapi pintu lif tersebut tidak terbuka. Setelah diamati olehnya, elektrik untuk lif tersebut telah ditutup, mungkin oleh Yewon. Keluhan dilepaskan oleh Sunghoon, mahu atau tidak, tangga dituju olehnya.

Matanya hanya terarah ke arah kakinya sahaja semasa melangkah ke arah dapur. Tidak mahu kakinya tersadung pada apa-apa perabot dan membuatkan dirinya hilang keseimbangan dan akhirnya jatuh mencium lantai.

Setelah pasti dirinya kini berada di dapur, barulah kepalanya diangkat dan pantas kepalanya yang tidak gatal digaru.

"Mana peti ais?" Soalan pertama yang terbit daripada dua ulas bibirnya pada pagi buta itu. Setiap penjuru dapur dia pandang tetapi peti ais masih tidak dijumpai, mesin Coway pun tidak ada.

"Yewon, kenapa dapur kau macam ni? Aku tak faham." Bibir dia melepaskan keluhan lagi. Punggung dilabuhkan ke atas sebuah bangku yang terletak berdekatan dengan kitchen island. Siku diletakkan ke atas kitchen island dan dijadikan tongkat untuk memangku kepalanya.

Tekaknya memerlukan air dan sumber air tidak dijumpai kecuali kepala paip. Jangan sampai dia minum air paip pula.

"Kau dah kenapa duduk dalam gelap?" Suara serak seorang gadis menerpa gegendang telinganya dan membuatkan bahunya terhenjut akibat terkejut.

Dapur yang hanya diterangai oleh lampu malap tadi kini sudah terang-benderang. Terpisat-pisat Yewon melangkah ke arah Sunghoon yang masih memandang ke arahnya itu. Matanya ditenyeh-tenyeh dan riak wajah yang blur ditayangkan ke arah lelaki di hadapannya itu.

"Kau nak apa?" Soalnya.

"Air mineral." Balas Sunghoon ringkas.

"Dalam bilik dah habis ke?" Sunghoon menganggukkan kepalanya. "Tak cukup satu botol tu." Ujarnya pada Yewon yang sudah melangkah ke satu arah.

Kelihatan gadis itu berdiri di hadapan sebuah almari yang tinggi dan besar sebelum tangannya menyentuh pintu almari dan ditekan ke depan, pintu tersebut terbuka sedikit dan ianya ditarik oleh Yewon. Sunghoon yang memerhati sudah ternganga kerana di situ terletaknya peti ais yang dicari.

Soulhate | 박성훈Where stories live. Discover now