Third person's pov
Kertas pertandingan yang berada di atas lantai dicapai oleh Gayoon. Butiran yang mengisi setiap ruangan kertas itu dibaca dengan teliti sebelum kepalanya mendongak daripada terus membaca kertas itu. Dan secara kebetulan matanya bertembung dengan mata Jay yang baru saja membaca kertas pertandingan yang sama sepertinya.
Dan seperti memahami signal mata yang dihantar oleh Jay, dia terus mendekati lelaki itu dengan langkah yang teratur.
Suasana yang agak riuh kerana para pelajar sedang membahas tentang pertandingan yang bakal diadakan itu diabaikan oleh Gayoon dan Jay. Hal ini kerana mereka ada plan yang lebih penting dan ianya perlu dijalankan dengan segera.
"Gayoon right?" Gayoon menganggukkan kepalanya perlahan.
"Saya Jay."
"Saya tau tu." Balas Gayoon bersama sengihan di bibir. Dan Jay membalasnya dengan senyuman.
"Okay, saya yakin awak tau tentang plan yang saya nak jalankan walaupun saya hantar signal mata je." Gayoon tergelak kecil, kepalanya dianggukkan beberapa kali.
"Kita discuss dekat cafe Blue&Grey, boleh ke?"
"Boleh je."
"Okay jom." Kunci kereta dikeluarkan daripada poket seluarnya dan mereka berdua melangkah ke arah kawasan parkir dengan teratur.
...
"Jay, your soulmate ke?" Soal Taehyung sebaik sahaja figura Jay serta Gayoon memasukki ke dalam ruangan kafenya.
"Eh takla bang, new friend je ni." Taehyung menganggukkan kepalanya sebagai tanda faham.
"Haa nak order apa ni?"
"Macam biasa la bang. Gayoon nak apa?" Soal Jay pada gadis di sebelahnya itu.
"Your most popular drink and cake." Taehyung tersenyum, kepalanya dianggukkan.
"Alright, noted. Take this number, nanti ada waiter or waitress hantarkan dekat meja korang berdua." Sebongkah kayu yang mempunyai ukiran nombor tujuh dihulur ke arah mereka berdua dan huluran itu disambut oleh Gayoon.
"Alright, thanks bang." Mereka berdua terus berlalu ke arah meja yang sentiasa menjadi port Jay dan Yewon.
"So, Sunghoon ada experience ke dalam bidang ni?" Soal Jay pada Gayoon.
"Takda tapi dulu dia active dengan ice skating. So, i think experience dia tu boleh tolong dia dalam pertandingan ni." Jay menganggukkan kepalanya.
"What about Yewon?" Soal Gayoon pula.
"Definitely zero experience. She's a bruh girl so she's more to martial arts rather than this."
"Tapi takpa, dia boleh belajar. And the prize, saya tak rasa dia akan tolak." Ujar Jay lagi sambil matanya meniliti kertas pertandingan itu sekali lagi.
"Dia bukan anak orang kaya ke?" Soal Gayoon apabila Jay berkata sedemikian.
"Yes, she is. Anak orang kaya, bukan dia yang kaya. That's why dia takkan tolak kalau prize dia 100K."
"Tapi takpa ke kita masukkan nama diorang tanpa pengetahuan diorang?" Soal Gayoon, dia agak risau dengan reaksi yang bakal diterima oleh mereka berdua nanti.
"This is the only way. Diorang takkan cuba bercinta secara rela, so we need to force them." Gayoon menganggukkan kepala tanpa bersuara. Jay meletakkan kertas yang berada di tangannya ke atas meja, lalu wajah Gayoon dipandang dengan perasaan serba salah.
"Saya tau awak cintakan Sunghoon tapi awak kena lepaskan dia. Awak sendiri tahu kan apa yang akan jadi kalau korang berdua tak ikut apa yang dah ditetapkan?"
"Saya tau, sebab tu saya ikut awak ke sini. Kalau tak saya abaikan je bila awak pandang tadi." Mereka berdua ketawa kecil.
"Okay, so let's do it?" Soal Jay pada Gayoon.
"Yeah, let's do it."
Maaf sebab chapter kalini agak hambar. So far dah lapan chapter ni, korang rasa story ni okay ke?
Drop your opinion here please, thank you🤍
300521,
nasha.
YOU ARE READING
Soulhate | 박성훈
Fanfiction━━ Apa yang anda akan lakukan jika musuh anda adalah soulmate anda? It's suck tetapi Jang Yewon dan Park Sunghoon perlu berhadapan dengannya, apa yang akan terjadi jika mereka tidak menerima soulmate mereka? Kematian akan datang menyapa mereka berdu...