Third person's pov
"Soooo, miss Jang Yewon, Park Sunghoon's number one enemy, what happened earlier huh?" Soal Jay, keningnya dijongketkan berkali-kali pada Yewon bersama senyuman senget di bibir.
"Apanya?" Dahi dikerutkan, wajah Jay dijeling sekilas lalu matanya kembali fokus pada buku latihan di atas meja, gigih meniru kerja rumah yang tidak siap - jawapan dirembat daripada Aejung.
"Kan Jay kan? Bukan aku sorang yang sedar kan?" Bahu Jay ditepuk berkali-kali dengan muka terujanya.
"Ya, ya. Sesiapa pun boleh sedar tentang what happened between both of them. Sekarang ni, tangan kau boleh duduk diam tak? Heejoo aku sakit nanti." Tangan Aejung ditepis, dahinya turut berkerut seperti Yewon.
"Eleh." Bibir dicebikkan sedikit oleh Aejung.
"Amenda korang ni?" Masih dengan reaksi yang sama - dahi yang berkerut - Yewon mengalihkan pandangannya pada dua orang makhluk yang menyemak di mejanya itu. Buku latihan ditutup setelah selesai meniru.
"Pegang-pegang tangan dah, benci bertukar cinta ke?" Style ultraman ditiru apabila perkataan 'bertukar' melalui bibirnya. Tercengang Jay melihatnya.
'Jake tak pening ke dengan dia ni?' Sempat soalan itu terdetik di dalam fikiran lelaki itu.
Yewon menggulingkan biji matanya.
"Aku cuma nak salurkan kekuatan dekat dia la. We were talking about his late dad kan." Tubuh disandarkan, rambut disebak ke belakang. Mental note untuk memotong rambutnya yang sudah panjang.
"Ciee salurkan kekuatan, sama macam satu post yang aku jumpa dekat instagram ni. Perempuan tu takda energy but once dia hug boyfriend dia, energy dia terus full. Samala, sama!" Tangan ditepuk-tepuk, tidak ubah seperti anjing laut.
"Kepala hotak kau la, berambus la kalau kerja nak merepek je."
"Ambik buku ni balik, duduk jauh-jauh." Buku latihan milik Aejung diletakkan di penjuru mejanya - berdekatan dengan kawannya itu.
"Eee dasar kawan tak tau bersyukur! Terima kasih pun takda." Bibir dicebikkan, bukunya dicapai.
"Ihhh korang ni, cuba on mode serius tu." Jay bersuara setelah lama memerhati gelagat dua orang rakannya itu.
Kerusi kosong milik classmatenya ditarik dan dirapatkan pada meja Yewon, punggung dilabuhkan keatasnya.
"Tell us the truth, kau dah start suka Sunghoon kan?" Yewon melepaskan keluhan yang berat. Pelipis kepala dipicit perlahan, bibir dibasahkan bersama mata yang terpejam.
Matanya dibuka semula lalu wajah kedua-dua rakannya dilihat silih berganti.
"Aku buat macam tu bukan sebab aku suka dia tapi sebab aku kesiankan dia. Knowing what happened to him before this and cousin dia tu muncul pulak depan dia. Cousin dia tu mesti ingatkan dia tentang mendiang ayah dia. Kesian kau tau? Berat dugaan dia tu. Macam aku kata tadilah, aku cuma nak salurkan kekuatan pada dia je. Isu ni isu yang sangat sensitive bagi dia, aku tak nak mental dia terganggu sebab benda ni. Faham tak?" Aejung mengemam bibirnya sebelum kepala dianggukkan.
"Faham faham tapi kau still tak boleh deny yang kau dah mula suka dia la Yewon." Sengihan mengusik terukir di bibir gadis itu. Jay hanya memerhati sahaja.
"Apesal pulak? Kau ada bukti ke?" Dahi Yewon berkerut.
"Cara kau pandang dia, plus plus plus macam mana kau tau tentang siapa yang bunuh mendiang ayah dia? Mesti dia ada cerita kan? Aku ada try search tadi but i found nothing about his father's killer. Yang aku jumpa, article tentang kematian mendiang ayah dia je and the reason of his death ; dibunuh. The killer? Tak diuar-uarkan. Yang aku baca, diorang kata pembunuh mendiang ayah dia tu orang terdekat dengan mendiang je." Kening dijongket-jongketkan berkali-kali ke arah Yewon.
"Haahla, mana kau tau?" Soal Jay pula setelah lama mendiamkan diri, gatal mulutnya ingin bersuara.
"Gayoon cerita dekat aku." Balas Yewon, pantas.
"Okay, tapi kenapa Sunghoon suruh kau cerita tadi? Seolah-olah dia tau yang kau tau tentang siapa pembunuh mendiang ayah dia."
"Fine fine! He did tell me tapi aku tetap dengan apa yang aku kata tadi. Aku tak suka dia. Dah tepi, tepi, aku nak makan. Jangan buang masa aku." Tubuh Aejung yang menghalang jalan ditolak sedikit.
Aejung mencebikkan bibirnya sedikit. "Kuat deny la kawan kau tu. Macamla kita tak nampak macam mana dia layan si Sunghoon tu tch."
"Hm biarkan la dia, biar dia sedar sendiri tentang perasaan dia tu." Meja dikosongkan lantas dia bangkit daripada duduknya untuk ke kafeteria untuk mengisi perutnya yang sedang membuat persembahan opera.
...
"Cantik jugakkan soulmate kau tu? Apa nama dia eh? Oh yeah, Jang Yewon. Nama pun sedap." Vape bermain-main di antara jari-jemarinya sebelum disedut, lalu asap tipis dilepaskan tepat pada muka lelaki di hadapannya.
Sunghoon merenung wajah lelaki itu dengan pandangan yang penuh dengan kebencian.
"Tajamnya renungan kau heh." Senyuman sinis terukir pada bibirnya.
"Kau ingat aku takut dengan kau ke? Not even in your dream la Park Sunghoon." Punggung dilabuhkan ke atas sebuah kerusi lalu kakinya disilangkan, dia bersandar dengan selesa sambil matanya memandang ke arah Sunghoon dengan selamba.
"Kau nak apa daripada aku hah? Tak cukup ke mak bapak kau ambik nyawa ayah aku hah?!" Jerkah Sunghoon, wajahnya mula memerah. Kedua-dua tangannya dikepalkan menjadi penumbuk, timbul urat pada lengannya dek kerena terlalu kuat genggamannya itu.
"Bapak kau yang tak guna tu pun dah ambik nyawa mak bapak aku lah Park Sunghoon!" Mata dijegilkan ke arah Sunghoon.
"Undang-undang negara yang ambik nyawa mak bapak kau! Ayah aku tak salah!"
"Tapi bapak kau still punca kematian parents aku!"
"Kau diamla Wang Yixiang! Kau nak apa lagi daripada aku hah?!" Rahang diketap dengan kuat lantaran amarahnya yang sudah sampai ke puncak.
"Something yang berharga dalam hidup kau." Yixiang bangkit untuk berlalu.
"Kau jangan usik Yewon."
"Oh she's precious to you?" Kening kanannya terjongket.
"I see, salahla khabar angin yang aku dengar yang mengatakan korang berdua ni hate each other." Senyuman sinis menghiasi wajah kacaknya itu.
"She's not my target but maybe I'll play with her a little bit?" Bahu dijongketkan sekali.
"Wang Yixiang, i warn you. Don't you ever dare touch her. She's got nothing to do with this." Keras nada suaranya saat dia melontarkan ayat-ayat tersebut.
"See you again, Park Sunghoon." Bersama siulan, dia berlalu dari kawasan tersebut - meninggalkan Sunghoon yang sedang kusut dengan masalah yang membelenggu dirinya itu.
Hi? Hehe bye.
Walaupun dah tak rancak, akan kucuba habiskan cerita ini.
Bye for real.
YOU ARE READING
Soulhate | 박성훈
Fanfiction━━ Apa yang anda akan lakukan jika musuh anda adalah soulmate anda? It's suck tetapi Jang Yewon dan Park Sunghoon perlu berhadapan dengannya, apa yang akan terjadi jika mereka tidak menerima soulmate mereka? Kematian akan datang menyapa mereka berdu...