13 of soulhate

400 78 64
                                    

Third person's pov

Kereta dipandu menuju ke arah kawasan perumahan elit yang menjadi kediaman Yewon. Sunghoon menelan air liur yang terasa kesat, dirinya terasa kerdil tika berada di kawasan perumahan tersebut.

Hannam The Hill, tak pernah terfikir yang dia bakal menjejakkan kaki ke dalam kawasan tersebut.

"Dia anak orang kaya, dah kenapa tak masuk sekolah private je?" Gumamnya pada diri sendiri.

Kereta yang terhenti tadi digerakkan semula mendekati ke arah seorang lelaki yang berpakaian kemas seperti polis.

"Your id?" Soal lelaki yang umurnya dalam lingkungan pertengahan 20-an itu.

"Saya datang sini nak jumpa kawan."

"Maaf, takda id tak boleh masuk." Ujar lelaki itu dengan tegas.

"Uhh sekejap, saya cuba call dia." Belum sempat dia mencari nombor telefon Yewon, telefonnya mengalunkan lagu Black Swan dan tertera nama Yewon pada skrin telefon pintar miliknya.

Tanpa sempat memikirkan apa-apa, jarinya slide ikon hijau ke atas dan terpampang wajah Yewon di skrin telefonnya. Membulat biji matanya untuk beberapa saat akibat terkejut.

"Dik, boleh tolong patah balik? Kereta lain nak masuk."

"Oh sorry."

"Sunghoon, tunjuk phone aku dekat polis tu."

"Okay." Dengan pantas telefon pintar tersebut dihulurkan ke arah anggota polis tersebut.

"Kawan saya nak cakap dengan encik." Ujarnya apabila lelaki itu memandangnya dengan kening yang terangkat. Setelah telefon pintar bertukar tangan, Sunghoon menyandarkan tubuhnya semula.

'Kawasan rumah dia pun polis yang jaga.' Sempat hatinya bersuara.

"Dik," wajah polis itu dipandang semula oleh Sunghoon. Telefon pintarnya diambik semula daripada huluran lelaki itu.

"Boleh masuk dan tunggu di depan bangunan tinggi tu." Sunghoon menganggukkan kepalanya sekali bersama senyuman di bibir. "Okay, terima kasih encik."

...

"Susah betul nak masuk kawasan rumah kau ni." Ujar Sunghoon sebaik sahaja Yewon muncul di hadapannya.

"Aku dah kata tak payah ambik aku tapi kau degil." Yewon menggulingkan biji matanya sebelum berpeluk tubuh.

"Suka hati aku la. Dahla, cepat masuk." Malas mahu bertengkar dengan gadis itu, Sunghoon terus memboloskan tubuhnya ke dalam seat pemandu dan beberapa saat kemudian muncul Yewon di seat penumpang pula.

"Sorry, kereta aku tak mewah macam kau." Ujarnya, terasa jauh berbeza status mereka berdua.

"Asalkan boleh bergerak, aku tak kesah."

"Hm, kita nak pergi mana ni?" Soal Yewon yang hanya melemparkan pandangannya pada tingkap belah penumpang sahaja.

"Cari outfit untuk pertandingan tu." Kening Yewon terangkat, wajah Sunghoon dipandang olehnya.

"Kau bukan kata kau tak interested ke dengan pertandingan tu? Kau nak buat cincai je kan?"

"Aku ubah fikiran aku." Ringkas sahaja jawapan yang diberi, matanya fokus pada jalan raya yang agak sibuk.

"And what's the reason?"

"No reason." Yewon mendengus, jawapan yang tidak logik baginya.

Soulhate | 박성훈Where stories live. Discover now