02 of soulhate

642 103 89
                                    

Yewon's pov

Silap besar, memang silap besarla aku ajak Jay datang sini. Aku mengetap rahang kuat, kenapa mangkuk tu ada dekat sini jugak?

"Abaikan jela Won." Pergelangan tangan aku ditarik oleh Jay dan dia melangkah ke arah meja kosong yang berada di ceruk kafe. Meja ni memang port favorite kitorang, masalahnya sekarang ni si mangkuk tu dekat dengan port kitorang ni! Rabun mata aku lama-lama kalau macam ni!

"Sekarang ni aku memang menyesal tak ajak kau pergi kafe baru tu." Aku mengeluh, kepala aku lentokkan ke atas meja.

"Ala kau buat tak nampak je la dia tu, lagipun dia dating tu, takkan dia nak buat kecoh pulak." Ujar Jay yang baru saja melabuhkan punggung di sebelah aku.

"Dia terlalu menganggu pandangan aku la Jay, aku nak buat-buat tak nampak pun payah gila." Dan Jay terus tak bersuara, aku rasa dia pun dah malas nak layan aku. Aku mengeluh, tahan jelah.

"Excuse me," Aku terus mengalihkan tangan aku daripada atas meja bila waitress yang memakai name tag Aera muncul bersama pesanan kitorang berdua.

Disebabkan harini abang Tae yang belanja, kitorang order air paling mahal. Kek pun mahal jugak, bukan selalu orang belanja kan? 

"Aduh!"

"AAAH!"

"Yewon!"

Semasa Aera ingin mengalihkan kek red velvet daripada tray ke meja kitorang, tangannya tertepis hot americano milik aku dan kesannya air panas tersebut tumpah membasahi tangan aku.

Dan kalau aku tak salah dengar, ada orang lain yang menjerit selain daripada aku tadi.

"Panas." Dahi aku berkerut.

"Ya Tuhan, maaf awak. Maaf sangat-sangat, saya betul-betul tak sengaja." Aera dengan gelabahnya cuba memegang tangan aku yang melecur dan ianya menyebabkan aku mendesis dengan lebih kuat.

"Awak bawak dia pergi toilet, letak tangan dia bawah air. Cepat!" Jay yang memegang bahu aku cuba membantu aku bangun daripada duduk. Aera menganggukkan kepalanya pantas, lengan aku yang tidak cedera dipegang dan kami berdua berlalu ke arah tandas yang terletak tidak jauh daripada meja aku dan Jay.

"Kenapa Jay?" Kedengaran suara abang Tae menyoal Jay, mungkin sebab dia terdengar jeritan tadi.

"Hot americano tumpah atas tangan Yewon." Jay membalas dan lepas tu aku tak dengar apa diorang borak dah sebab aku dengan Aera dah ada dekat dalam tandas.

...

Third person's pov

"Hoon kenapa? Awak okay ke?" Gayoon menyoal Sunghoon yang tiada angin tiada ribut tiba-tiba saja mengerang di hadapannya itu. Riak risau tertampal di wajahnya.

"Okay, tak, tangan saya ni tiba-tiba rasa pedih semacam." Balas Sunghoon bersama dahi yang berkerut. Tangannya yang masih terasa pedih itu diusap perlahan.

Gayoon mendiamkan diri untuk beberapa saat sebelum dia bersuara.

"Mungkin sebab soulmate awak cedera. Saya yakin kita bukan soulmate, Sunghoon." Ujar Gayoon dengan riak wajah yang sedih. Dia sayangkan Sunghoon tetapi dia yakin bahawa lelaki di hadapannya itu bukan miliknya.

"Siapa kisah? Kalau awak bukan soulmate saya sekali pun, saya still nakkan awak." Dahi Gayoon berkerut sebaik sahaja telinganya menangkap balasan Sunghoon itu.

"Awak tahu yang benda tu bahaya kan? Kalau kita bukan soulmate, awak kena terima Hoon. Kalau awak cuba putuskan hubungan soulmate awak dengan pasangan awak, nyawa awak akan dalam bahaya." Kata Gayoon dengan gusar. Wajah Sunghoon ditatap.

"Saya tak percaya semua tu. Saya yakin saya takkan apa-apa. Saya cuma nakkan awak je, Yoon." Gayoon menggigit bibir bawahnya sebelum keluhan berat dilepaskan.

Sunghoon memang degil.

YEOSTHATIC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

YEOSTHATIC

Hi, chapter two for y'all! And it would be nice if you tag another Engene ><

thanks yang baca!🤍

090521,
nasha.

Soulhate | 박성훈Where stories live. Discover now