26 of soulhate

380 85 95
                                    

Third person's pov

Setelah hampir sejam mereka berada di dalam bilik wad itu, Sunghoon mula tidak senang duduk. Mulutnya terbuka dan tertutup untuk bersuara tetapi suaranya tidak keluar walaupun sedikit. Pandangan desperate dihantar ke arah Yewon yang tidak sedar akan keadaannya itu.

"Yewon," nama gadis yang sedang rancak bersembang dengan Heejoo itu dipanggil oleh Jay.

"Kenapa?" Kening belah kanannya dijongketkan ke arah Jay.

"Aku rasa Sunghoon nak cakap something dengan kau. Ternganga-nganga dia dari tadi."

"Mana ada!" Berkerut dahinya memandang wajah Jay yang duduk berhadapan dengannya, manakala tangannya memeluk tubuh dengan erat.

Heejoo yang tertawa membuatkan cuping telinganya mula naik warna merah, segan.

"Kau nak cakap apa?" Soal Yewon yang kini sudah menumpukan perhatiannya pada lelaki itu.

"In private please." Ujarnya pada Yewon dengan nada yang perlahan.

"Okay jom." Dengan segera Sunghoon bangkit daripada duduknya sambil menanti Yewon yang sedang bercakap sebentar dengan Heejoo itu.

Dia berjalan terlebih dahulu, membiarkan Yewon berjalan di belakangnya.

"Kau nak tergolek lagi sekali ke?" Soal Yewon lalu lengan Sunghoon diraih untuk memapah lelaki itu. Heejoo serta Jay sudah berbalas pandangan di belakang.

"Nampak kan apa yang saya kata tadi?" Soal Heejoo.

"Yes, so they're in a state of denial right now."

"Yep, they're clearly like each other's company but they won't admit it."

Mereka berdua mengabaikan bunyi lagu yang dipasang kuat dari bilik wad di sebelah bilik wad Heejoo. Kejap lagi ada la nurse yang akan datang menegur bilik wad tersebut.

"Kau nak cakap apa?" Soal Yewon pada Sunghoon setelah mereka berada jauh sikit daripada orang ramai.

"Aku nak visit ibu aku." Ujarnya pada Yewon.

"Oh kau nak aku hantar balik ke? Jom." Lengan Sunghoon dipegang semula tetapi tangannya ditepis dengan perlahan oleh Sunghoon, ianya membuatkan dia tercengang lantas wajah lelaki itu dipandang.

"Ibu aku takda dekat rumah."

"Dah tu?"

"Dia dekat Myongji St. Mary's Hospital."
//anggaplah hospital tu fee dia cheap je, aku jammed fikir nama hospital.//

"Hah?"

...

Semasa dalam perjalanan untuk ke Myongji St. Mary's Hospital, Yewon sedaya-upaya menahan dirinya daripada bertanya perihal ibu Sunghoon pada lelaki itu. Banyak soalan yang muncul di mindanya tetapi dia tidak berani untuk bertanya kerana lelaki di sebelahnya itu langsung tidak bersuara. Jadi dia hanya memandu dalam keadaan senyap sambil ditemani dengan lagu-lagu daripada playlist miliknya.

"Rate jenayah dekat negara kita ni teruk." Yewon memandang wajah Sunghoon sekilas apabila lelaki itu tiba-tiba saja bersuara.

"Maksud kau?"

"Heejoo, kena ragut and tikam tapi penjenayahnya tak dapat ditangkap." Ujar Sunghoon sebelum berjeda, pandangan yang terarah ke arah luar tingkap kini beralih ke arah jari-jemarinya yang berada di atas riba.

"My mom was in the same situation." Yewon tersentak tetapi dia hanya mendiamkan diri sahaja. Menanti ayat seterusnya yang bakal keluar daripada dua ulas bibir Sunghoon.

Soulhate | 박성훈Where stories live. Discover now