Ramadhan Special

258 33 0
                                    

"wargh! Penatnya," Jungwon terus menghempaskan tubuhnya ke atas sofa. Peluh membasahi dahinya.

Satu persatu ahli Enhypen masuk dan berkumpul diruang tamu. Masing-masing kepenatan.

"Apalah PDnim ni, kata jungle tracking je. Ni apsal tetiba kena mendaki bukit pulak? Tak tahu penat ke?" protes Sunoo. Dia sudah terlentang di lantai ruang tamu itu.

"Iyalah, rasa macam nak tercabut je kaki ni," Jay menyokong.

Masing-masing diam kepenatan. Yang kedengaran hanyalah bunyi kipas yang ligat berputar. Situasi itu berlangsung selama 15 minit.

"Guys, korang tahu tak?" soal Jay tiba-tiba memecahkan keheningan suasana.

"Tahu apa hyung?" Jungwon membalas.

"Semalam hyung ada terbaca dekat internet yang sekarang ni, bulan...er bulan...bulan apa eh? Tak ingatlah pulak tapi ada yang berpuasa selama sebulan ni. Dari apa yang hyung baca, dia tulis kat situ yang ada lagi dua hari nak cukup sebulan. Lepas diorang ni puasa, diorang sambut hari raya," bagitau Jay panjang lebar.

"Er.. apa point sebenarnya yang hyung nak bagitahu ni?" soal Niki pula.

Jay bangun dari baring nya lalu tersenyum dengan penuh lagak gaya seperti psiko sambil memandang semua ahli Enhypen.

Pak!

"Jangan senyum macam tulah boh! doh! Seram!" marah Jake setelah melempar mini kusyen pada wajah Jay.

"Ish! Sakitlah henet!"

"Hyung! Straight to the point plis!"

"Hyung nak ajak korang semua berpuasa untuk dua hari ini! Wattda yall say?"

Sebelum sempat mana-mana ahli Enhypen membuka mulut, Jay laju memintas.

"Takde bantahan! Esok korang kena bangun pukul 4 pagi. Tak bangun, tak sahur la korang,"

Jay terus berlalu pergi ke dapur, menghiraukan rengekan Enhypen.

"Apalah Jay hyung ni! Mula tanya kita nak kata apa. Bila nak bagitahu, dia pulak yang kata takde bantahan. Baik tak payah tanya kalau dah tetap nak buat jugak!" protes Sunoo.

"Sabo bang sabo, bulan Ramadhan ni don't marah-marah!" Niki cuba menenangkannya.

"Huh? Ramadhan? Apa tu?" tanya mereka semua serentak kecuali Sunghoon.

"Ha, kalau korang nak tahu---"

"Kalau kitorang tak nak tahu, buat apa nak tanya boh doh?! Haish, cepatlah bagitahu!" gesa Jungwon.

Niki mencebik.

"Ye lorh ye lorh. Ok, Ramadhan ni lah nama bulan puasa tu. Kalau tertanya-tanya mana aku tahu, heh, pakcik Google kan ada! Baru je tadi aku search. Sedikit-sebanyak maklumat pasal bulan ni, Muslim akan berpuasa selama sebulan. Diorang akan makan pada waktu sebelum su..subuh? Ah macam tulah nama dia. Lepas tu kena tahan perut, tak boleh makan sampailah waktu matahari terbenam,"

"Macam mana nak tahu yang kita dah boleh makan?"

"Soalan yang bagus encik Sunghoon! Hah, kita kena dengar bunyi azan. Bila dah dengar je bunyi tu, dah boleh makan!"

Semua terangguk-angguk mendengar bicara Niki.

"Ha, ada soalan lagi?"

"Err.. kita boleh ke puasa?"

"Entah, tak tahulah pulak,"

"Pakcik Google ada, search lah!"

"Ok,ok. Ha, dah jumpa. Dia kata, tak salah kita nak cuba tapi tak banyak kebaikan yang kita dapat,"

"Eh nape pulak?"

"Sia-sia je lah. Macam, benda kosong gitu. Tapi at least, kita dapat tingkatkan kesihatan diri. Walaupun kita puasa, dua hari je. Dua hari tu, kita dapat rehatkan sistem pencernaan kita. Selalunya kita makan tak berhenti dan membuatkan organ pencernaan kita tak boleh nak berehat. Jadi bila kita puasa, dia dapat rehat!" ujar Niki.

"Ok baik. Mari kita berpuasa esok!"










TBC...

Ramadhan dah nak pergi,
Syawal nak mengganti,
Kalau ada silap disini,
Maaf dari saya ikhlas disudut hati.

Selamat berpuasa

❝ENHYPEN NEXT DOOR!❞ || 엔하이픈 || Malayfanfic ✓Where stories live. Discover now