Chapter 9

348 55 9
                                    

"Pd-nim. Ada apa panggil kitorang semua hari ni?" soal Jungwon selaku ketua group yang paling baik and comel. Ehek! *suara cute girl adik si nopal*

"Okey, korang semua. Saya panggil sebab nak bagitau ni, dua orang ni adalah pembantu rumah kamu dekat sana nanti. Sila lah berkenal-kenalan. Saya pergi dulu, takut terlepas pulak jualan murah nanti. Tatatititutu saya pergi dulu!"

Dengan ini, pd-nim mereka itu disahkan telah lesap dari buku ini dan kemungkinan akan buat kambek kat hujung cerita.

"Halamak orang tua ni, duit berlambun tapi bila nak beli barang, tunggu jualan murah," pedas Heeseung berkata membuatkan yang lain ketawa terbahak-bahak.

Sekali dengan dua orang perempuan tu pun ikut gelak sekali. Amboi, seronok eh menganjing orang.

Seketika kemudian, mereka mula menumpukan perhatian pada dua ketul manusia yang ada kat depan.

"Hai, semua. Saya Song Heejin. Selamat berkenalan," ujar gadis yang berambut hitam itu dengan sopan-santun.

"Hai, nama Park Chaemin. Umur 16," dengan penuh suweknya seorang lagi berkata.

"Pergh, kerek giler doh pompuan sorang ni," bisik Jake pada yang lain membuatkan mereka semua tertawa kecil.

"Ish kau ni, tak baik lah cakap macam tu," ujar Jay.

"Eh kau, mulut jaga sikit. Aku dengar lah apa yang kau bisik tadi. Aku tak kerek k but.. I is suwek," balas perempuan yang bernama Park Chaemin itu sambil memberikan death glare pada Jake.

Lelaki itu turut membalas.

"Aih, sudahlah tu. Bergaduh pulak korang ni. Kau ni pun Jake, behave la sikit. Macam budak-budak je perangai," kata Heeseung seraya menampar tangan Jake.

Ala, tampar manja-manja je. Uuuu SeungJake nak berlayar! Tepi! Beri laluan! Beri laluan!🤣

...

Keesokan harinya...

"Berkhemah, berkhemah, berkhemah sama si Sunghoon. Si Sunghoon, si Sunghoon, iaitu future husband ku~," nyanyian Eunseung diakhiri dengan ayat yang membuatkannya syok sendiri.

Kalau kau single, kau tahu rasanya macam mana. Sapa single kat sini sila angkat bulu kening. Eh eh, sorry. Back to story keh.

Tengah asyik Eunseung memotong bawang sambil berkaraoke, bunyi loceng pintu rumah ditekan membuatnya terganggu.

Ting-tong!

Tititiketingtong!

Ting-tong tong!

"Halamak makhluk jimbake ni! Aku tengah buat kerja kat dapur lah! Main loceng pulak dia! Eiee, gigit kang jadi kanibal pulak aku nanti!" marah Eunseung.

Pisau yang digunakan untuk memotong bawang itu ditikam pada tengah papan pemotong.

Eunseung terus keluar dari dapur. Tatkala dia melintasi ruang tamu, mahunya dia bertukar menjadi raksasa hijo.

Kerana apa? Kerana disitu terdapat seekor makhluk yang bernama Hanbin tengah sedap melayan tv.

"Dasar abang tak dak guna! Kotlah nak tolong bukak pintu! Ni tak, dibiarnya manusia kat luar tu main loceng! Haih, sabo jer lah,"

Eunseung mengusap dadanya menahan sabar. Kemudian dia kembali mengaturkan langkah ke pintu.

Apabila pintu dibuka, ada dua makhluk berjantina lelaki sedang tercongok di depan pintu.

"Ye? Ada apa yang boleh saya bantu?" soal Eunseung ramah.

Tadi bukan main lagi marah. Itulah yang dipanggil business smile.

"Erk...Ni rumah eomma Soo ke?" soal lelaki itu.

"Ya, betul lah tu. Saya ni anaknya,"

"Ouh, kami ada buat tempahan dalam talian---," belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya, Eunseung memotong.

"Oh! Kejap saya ambilkan kunci rumahnya,"

Eunseung terus lenyap dari situ. Tidak lama kemudian, dia kembali dengan kunci ditangan.

"Rumah tu kat sebelah ni je. Nah, ni kuncinya. Kalau ada apa-apa masalah, datang je sini," ujar Eunseung seraya memberikan kunci itu kepada salah seorang lelaki itu.

"Terima kasih,"

"Maaflah ye, saya nak memasak ni. Sebab tulah kalut. Encik berdua boleh lah pergi tengok dulu rumah tu, siap masak nanti saya datang sana," ujar Eunseung sambil tersenyum.

Kedua lelaki itu mengangguk faham sebelum berlalu pergi dari situ.

Ainil: Allah, sebelah rumah je pun. Ayat propa nak mampus.

...

Petang itu di luar dorm Enhypen..

"Finaly, hari yang ditunggu-tunggu tiba jua. Tapi sayangnya aku mempunyai member yang hanat... yang lagi menghanatkan," ujar Jay sedikit berdrama. Dia kini sedang dikulikan oleh membernya.

Mereka menyuruh dia mengangkat semua barangan dan letakkan kedalam bonet kereta.

Jungwon yang baru sahaja keluar dari rumah dengan membawa beg galasnya, berjalan menuju ke arah salah satu kereta.

Jay yang masih lagi sedang membuat kerja ditegurnya.

"Eh Jay hyung. Sejak bila hyung tukar job jadi kuli ni? Takkanlah hyung minat jadi kuli sampai sanggup tukar job terus?" soal Jungwon dengan wajah innocent nya.

"Wadda?! Kau pikir hyung suka ke buat kerja macam ni?! Tu hah, hyung kau semua tu yang paksa. Nasib baik Sunoo tak bagi orang sentuh barang dia. Kalau tak, pergh! Boleh patah pinggang!" ujar Jay seraya melirik kearah Sunoo yang menyimpan barangannya sendiri.

Jungwon yang tidak mengerti maksud Jay turut memandang kearah Sunoo. Seketika kemudian, dia baru dapat memproses maksud kata-kata Jay.

Almaklumlah Jay cakap macam tu. Nak tahu kenapa? Sunoo bawak dua beg and salah satu beg dia tu pulak penuh dengan barang atau lebih tepat penuh dengan manisan.

That's why Sunoo tak bagi orang sentuh beg dia. Katanya takut nanti diorang curi.

Dan yang peliknya, Sunoo ni kecil je, tapi larat pulak dia angkat sorang-sorang beg dia tu.

Hmmm, suka hati kaulah Sunoo..asalkan kau bahagia.


TBC...

Perangai hanat diorang tu hanyalah imaginasi semata-mata. In reality, Enhypen ni baik je. Ye ke?😀

Ye ke baik? Tak, sebenarnya in reality, Enhypen ni lagi kejam. Sebab apa? Sebab diorang bunuh Engene dengan rupa diorang. Ehek!

Nak meroyan jap. Bye!

❝ENHYPEN NEXT DOOR!❞ || 엔하이픈 || Malayfanfic ✓Where stories live. Discover now