Chapter 12

311 47 3
                                    

Malam itu, ahli Enhypen berkumpul diruang tamu. Family time!

Alah, berkumpul tengok tv je. Sambil-sambil tu berbual lah sikit.

Griuuuukkkk~

Sunoo memegang perutnya yang berkeroncong minta diisi.

Semua memandang kearah Sunoo dengan pandangan tidak percaya. Sunoo tersengih, dapat mengagak apa yang difikirkan oleh kawan-kawannya itu.

"Kau ni Sunoo, kita baru lepas makan setengah jam yang lalu kot. Takkanlah kau lapar lagi? Wah, daebak," ujar Niki kagum. Atau lebih tepat nak mengusik Sunoo.

"Sunoo ni tengok je kecil tapi makan tak pernah cukup. Betul tak Sunoo?"

Sunoo terus mengetuk kepala Sunghoon membuatkan lelaki itu meringgis kesakitan.

"Padan muka. Ejek orang lagi, kan dah kena," ujar Sunoo.

Tiba-tiba.....

Tuk! Tuk! Tuk!

Enhypen terkejut dengan bunyi ketukan itu. Muka masing-masing dah macam baru lepas kena kejar dengan hantu je.

Tepat pada masanya, angin tiba-tiba bertiup perlahan. Eh, padahal tadi tak de angin pun. Rupanya Sunoo gi pasang kipas 2 meter dari situ.

"Ish, kau pasang buat apa kipas tu? Buat terkejut orang jer," marah+bisik Niki pada Sunoo.

"Lah, aku panas. Aku pasanglah kipas," balas Sunoo dengan inesen.

"Pabo-ya! Sekarang bukan masa yang sesuailah nak buka kipas!" Serentak mereka semua berkata.

Sunoo mencebik.

Tok! Tok! Tok!

"Guys, sapa nak pergi bukak pintu?" soal Heeseung, matanya tak lepas memandang pintu.

Kalau hantu tu tiba-tiba terjah masuk, senang lah nak lari. Prepare before hand la katakan.

"Alah korang ni, pergi jelah bukak. Tak kesian ke dia duduk kat luar malam-malam macam ni?" ujar Sunoo.

Sunoo ni tengah lapar so semua rasa takut dia hilang. Pepaham jelah ye.

Semua memandang Sunoo. Tak percaya weyh Sunoo tak takut. Tengok-tengok je, Sunoo tengah usap perut dia sambil buat muka sedih.

Sebaik sahaja dia terperasan member dia semua tengah tengok dia, muka sorang-sorang memang macam ada rancang sesuatu.

"A--apa korang nak?" soal Sunoo tergagap-gagap. Weh, sapa je tak seram kalau kawan kau tiba-tiba pandang kau macam nak tembus.

"Hehehehehehehehohohohoho!" Tiba-tiba jer semua gelak macam hantu.

Sunoo terus ambil mini kusyen kat sebelah pastu hempuk dekat orang yang paling dekat dengan dia---Niki. Terus terhenti sampaikan tersedu budak tu. Kesian....

"Seram bodoh korang gelak macam tu! Baik berhenti sebelum aku hempuk sorang-sorang guna mini kusyen ni,"

Semua pun berhenti. Kalau tak berhenti tu maknanya kau baru je tempah batu nisan plus bilik VVIP lagi dari Sunoo.

"Adik-adik kami yang comel iaitu si Sunoo, Niki dan Jungwonie. Bolehkah kau menolong hyung-hyung yang comel ni pergi buka pintu?" serentak hyung-liner berkata. Siap kedip mata banyak kali pulak tu.

"Hish hyung-deul ni, kitorang pun takut lah!" ujar Jungwon. Niki mengangguk setuju.

Sunoo roll eyes.

"Yelah, aku pergi bukak pintu. Harap je hyung tapi penakut nak mampus. Kalau hyung-deulnya penakut, sapa nak lindungi adik-adik? Haih, tak patut betul lah. Kau berdua ikut aku," ujar Sunoo sambil bangun dari duduknya. Sempat tangannya menarik Niki dan Jungwon untuk pergi bersama.

Mereka bertiga mengatur langkah ke pintu.

"Fighting boys!" jerit Jay bagi semangat kat diorang.

"Hold hand, guys?" soal Sunoo seraya menyua tangannya pada Jungwon dan Niki.

Mereka berdua pun ikutkan sahaja. Tangan digenggam erat. Tarik hembus nafas dulu and jalan.

Feeling nak pergi buka pintu tu macam dalam cerita horror.

Tok! Tok! Tok!

Sunoo memandang JungKi.

"Fighting, bro," ujar JungKi.

Sunoo mengangguk. Dia terus lepaskan tangan diorang berdua and terus buka pintu.

"Arghhhhhhh!!!" jerit Sunoo membuatkan yang lain terkejut+takut.




TBC....

Alahai Sunoo menjerit kenapa weyh?!!! Sapa tahu sila komen

❝ENHYPEN NEXT DOOR!❞ || 엔하이픈 || Malayfanfic ✓Where stories live. Discover now