Sebulan setengah telah berlalu. Masa bercuti Enhypen telah pun tamat. Sepanjang mereka tinggal di homestay itu, banyak perkara yang telah mereka lalui.
Setiap kenangan pahit manis bersama kekal dalam ingatan masing-masing. Terasa bagaikan baru saja semalam mereka tiba di situ. Masa berlalu terlalu cepat 'tika bahagia. Itulah apa yang dirasakan oleh mereka sekarang ini.
Hari ini merupakan hari terakhir untuk mereka bersama.
"Jake, kau okey ke tak ni?" Tegur Heesung tatkala melihat temannya itu termenung di sisi katil. Dia melabuhkan punggungnya disebelah membuatkan si teman menoleh.
"Aku okey je... Cuma rasa tak sanggup la nak tinggalkan tempat ni... Aku baru je nak rapat dengan pakcik-pakcik bujang senang tu," celoteh Jake, kelihatan sedih.
Heesung bingung. Serius la si Jake ni sedih nak tinggalkan BTS tu?! Kot la nak sedih sebab tak dapat rileks dah lepas ni... Walaupun tujuan diorang datang situ pun untuk shooting beberapa projek tapi tetap rasa puas dapat menikmati keindahan alam di situ.
Heesung menepuk bahu Jake seakan-akan sedang cuba untuk memujuk temannya itu. "Aku pun sedih jugak... Nak tinggalkan kawan baru kita tu...," ujar Heesung kekok.
Mereka pun saling berpelukan bagi menghilangkan rasa sedih dihati masing-masing.
Jay yang sedang menghabiskan masa membaca dikatilnya kelihatan hairan dengan karenah dua makhluk itu. Drama apakah diorang tengah shooting ni?
Jay mengangkat bahu lantas menyambung pembacaannya yang terhenti tadi. Usah dihiraukan teman temannya yang sejak dari azali tak betul itu.
.
.
.Sunoo duduk di buaian menikmati bayu petang di taman permainan homestay itu. Kakinya perlahan menghayun buaian. Walaupun kelihatan tenang, terdapat banyak perkara yang melintasi akal fikirannya.
Tanpa sedar, dia mengeluh.
"Ahem, fikir apa tu?"
Bahu Sunoo sedikit terhincut apabila ditegur secara tiba-tiba. Dia lantas menoleh ke arah gerangan yang menegurnya itu.
"Oh, Eunseung rupanya. Takde apa lah... Cuma terfikirkan benda-benda yang dah berlalu...," ujar Sunoo kedengaran sedih.
"Umm... Eunseung dengar cuti korang dah habis... Betul ke?" soalnya.
Sunoo sekadar mengangguk sambil tersenyum kelat.
"Jadi... Macam mana cuti kat sini?" soal Eunseung lagi.
"Okey la... Seronok sangat sebenarnya. Kalau ada peluang, Sunoo nak datang sini lagi," Sunoo menjawab sambil tersenyum lebar. Eunseung membalas senyumannya.
Mereka menghabiskan masa selama 25 minit melayan fikiran masing-masing.
"Umm... Sunoo balik dulu eh? Malam nanti kami dah nak gerak," ujar Sunoo menyedarkan Eunseung dari lamunan.
"Dah nak pergi ke? Hmm okey la... Bye," ujar Eunseung sambil melambai kecil.
Sunoo berlalu pergi setelah membalas lambaian itu. Baru beberapa langkah, Eunseung memanggilnya. Dia menoleh melihat gadis itu.
"Jangan lupakan kami kat sini," ujar Eunseung dengan senyuman yang menghiasi wajah sedihnya.
Sunoo tersenyum lalu mengangguk mengiyakan kata-kata Eunseung. Dia pun pergi meninggalkan tempat itu.
Sementara itu, tanpa disedari oleh dua remaja itu, terdapat empat ekor tenuk yang sedang mengintai disebalik semak-samun.
"Fuiyyo! Ada K-drama live lah...," ucap tenuk pertama dengan rasa kagum iaitu Jungwon.
"Ha'ah kan, rasa real giler!" tenuk kedua mengiyakan iaitu Niki.
"Berani dia berdua-duaan dengan adik aku!" ujar tenuk ketiga dengan api kemarahan yang membuak-buak iaitu Hanbin.
"Heh, korang semua langsung tak perasan main lead dia ada dekat sebalik pokok besar tu. Dia jealous tengok pakwe dia dengan perempuan," ucap tenuk yang terakhir dengan rasa bangga apabila dapat mentafsir pemandangan itu dengan lebih jelas dari yang lain. Satu-satunya tenuk yang suka meng'kapal'kan orang iaitu Eunkyung.
"Eh? Kenapa dia jealous dengan perempuan tu? Main lead tu lelaki kan?" soal Hanbin ingin tahu.
"Sebab aku tengok dari perspektif dunia lain... Dunia dimana perempuan tak diperlukan," ucap Eunkyung tanpa menghiraukan pandangan pelik yang diberikan oleh tiga lelaki itu.
"Korang mana faham... Dunia aku berbeza dengan korang,"
.
.
.Lelaki disebalik pokok besar yang dikatakan main lead; Sunghoon.
Niatnya pergi ke taman itu untuk bertemu dengan Sunoo terbantut apabila melihat dia bersama Eunsung. Dia lantas bersembunyi disebalik pokok dan mengintai dua remaja itu.
"Haih, dah besar dah kau Sunoo," ujar Sunghoon perlahan seolah-olah seorang bapa yang bangga dengan anaknya. Dia kelihatan tersenyum.
Namun, senyuman itu perlahan-lahan bertukar kepada senyuman yang menyeramkan.
'Balik nanti aku usik kau cukup-cukup! Hehe,' batin Sunghoon. Tiba-tiba terlihat ada tanduk yang tumbuh di kepalanya.
.
.
.Malam itu, para ahli Enhypen sudah bersiap sedia dengan bagasi mereka di ruang tamu. Ada yang kelihatan sedih, ada yang bermain game untuk mengalihkan perhatian dan ada juga yang termenung sambil menunggu PD mereka datang.
Apabila terdengar bunyi kereta memasuki perkarangan rumah sewa mereka itu, mereka segera keluar dan berkumpul di luar.
Kelihatan PD mereka turun dari kereta.
"Seperti mana yang korang semua dimaklumkan, cuti korang dah habis. Itu juga bermaksud cerita ini akan melabuhkan tirainya. Setelah bertahun-tahun lamanya mengambil masa untuk menyiapkan cerita ini, ia akhirnya telah sampai ke penghujung yang tetap. Penulis pun sampai terpaksa berhenti menulis sebab kekeringan idea. Hari ini, entah apa yang merasuk si penulis, dia menyambung cerita ini yang katanya tak mahu sambung lagi. Apa-apapun, penulis ingin berterima Kasih kepada pembaca yang setia menunggu update yang terlalu selow mengalahkan siput. Kenangan yang telah kita cipta bersama ini, harapnya tak dilupa. Susah senang yang telah kita lalui bersama... Semua itu akan kemas disimpan rapi disudut hati penulis. Sekian, terima kasih,"
Enhypen terpinga-pinga mendengar ucapan PD mereka yang panjang lebar itu. Sudahlah panjang, mengarut pulak tu. Sedang bermimpi agaknya PD itu.
Setelah itu, Enhypen pun naik kereta dan mengambil tempat duduk masing-masing. Jay yang duduk disebelah pintu pun menarik pintu.
"Pst- cerita ni dah habis. Terima kasih sudi membaca," bisik Jay lalu dikenyitkan matanya kepada si pembaca sebelum menutup pintu.
"Bye! Sampai jumpa lagi di lain waktu!" ujar Enhypen serentak sambil melambai kearah kamera yang terpasang di siling kereta itu.
The end
YOU ARE READING
❝ENHYPEN NEXT DOOR!❞ || 엔하이픈 || Malayfanfic ✓
Fanfic[] C O M P L E T E D [] Oh My Goat!!! ENHYPEN ARE MY NEIGHBOURS?!! I CAN'T BELIEVE IT!!! Apa jadi kalau ada idol tinggal sebelah rumah kau? Tambahan pulak, group kegemaran kau. Setiap kali berjumpa mesti tulang bergetar punya! Eh tu kau dah kena Par...