Chapter 2

794 71 32
                                    

"Aen, hantar aku balik," pinta Eunseung.

At menjelingnya tajam.

"Kau ni, berapa kali aku nak bagitahu kau? Nama aku At bukan Aen!," marah At.

"Halah, kan comel panggil Aen," balas Eunseung lalu mencubit pipi At membuatkan gadis itu menjerit kesakitan.

"Ish kau ni! Nak cubit pun agak-agaklah. Sakit tahu tak?!," marahnya sambil mengusap pipinya yang merah itu. Sempat dia membuat dosa dalam hati.

"Kalau kau balik ngan aku, Eunkyung macam mana? Dia pun tumpang aku pagi tadi," soal At.

"Takpe, dia balik dengan Hanbin. Tak pun dengan pakwe² dia," balas Eunseung selamba.

"Pergh, pakwe² eh. Mesti ramai tu. Tak sangka pulak aku adik kau tu pemes,"

"Heh, aku pun pemes apa. Dah lah hot, cantik, cute pulak tu," kata Eunseung sambil mengibaskan rambutnya.

At memandang Eunseung dengan poker face nya.

"Eh jap. Kau ada bau tak?," soal At membuatkan Eunseung berhenti membuat iklan tidak berbayar di situ.

"Bau apa?,"

"Bau macam rambut yang tak basuh setahun," jawabnya selamba membuatkan Eunseung mencarut di dalam hati.

"Kau ni memang nak kena dengan aku eh?," soal Eunseung.

"Lah, kau terasa ke? Tapi aku tak mention kau pun. Nampak sangat kau memang tak basuh rambut setahun," ujar At dengan muka minta kakinya itu.

Eunseung hanya mampu berdoa didalam hati agar manusia dihadapannya itu masih dapat melihat dunia esok.

...

"No! Aku nak naik dengan At! Kaulah yang pergi tumpang Han! Kenapa suruh aku?!," Eunkyung menghentak-hentak kakinya tanda protes.

Eunseung memegang kedua belah bahu adiknya membuatkan gadis itu berhenti merengek.

"Kyungie, listen to me. Kalau aku naik dengan Han, perang dunia yang ke 1524 akan berlaku hanya kerana adanya seekor makhluk yang asyik berkepit dengan Han. Kalau kau naik dengan Han, kau boleh bodek dia suruh belanja aiskrim. Ha, bijak tak aku?,"

Eunkyung menggeleng.

"Tak, kau tak bijak. Macam kau tak tahu yang Han dengan aku tak boleh berbaik. So, no is no!," balas Eunkyung.

"Alah, please la Kyung. Aku dah la sakit kaki. Takkanlah nak jalan kaki balik rumah. Kau naiklah dengan Han, lagipun dia bawa kereta kot. Kalau nak dibandingkan dengan motosikal si Aen tu, jauh bezanya,"

At disebelahnya sudah menjeling kan matanya. Hey, nak tumpang orang tapi menyempat je nak kutuk! Rye At tak buruk okey?!

"Oi oi, sudah lah tu. Kyung, kau pergi je naik dengan Han. Aku nak balik cepat ni. Dah la malam ni aku ada kerja part time. Seung, jom balik," At segera menarik tangan Eunseung ke arah Rye kesayangannya.

Helmet dipakai lalu enjin motor dihidupkan. Sebaik sahaja Eunseung naik, At terus memecut laju keluar dari kawasan sekolah.

 Sebaik sahaja Eunseung naik, At terus memecut laju keluar dari kawasan sekolah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

So, this is Rye a.k.a. kesayangan At.


Eunkyung memuncungkan bibirnya apabila dua makhluk itu sudah pergi meninggalkan dirinya bersendirian di situ.

Dia kemudiannya berlalu keluar dari pagar sekolah. Hanbin yang sedang berbual dengan kawannya dipandang tajam.

Segera langkah diatur mendekati lelaki itu. Tanpa bicara, dia terus menarik leher baju Hanbin menuju kearah kereta milik Hanbin yang berwarna hitam.

Kawan Hanbin yang melihat itu hanya tercengang sebelum dia tersedar sesuatu.

"Yah, Kim Hanbin!!! Projek kita tu macam mana?!!," jeritnya.

"Kau datanglah rumah aku malam ni!!! Buat kat bilik aku nanti!!!," jerit Hanbin kembali membuatkan ramai orang memandang ke arah mereka berdua.

"Okey! Aku datang pukul 8!," balasnya.

Kelibat dua manusia itu sudah hilang dari pandangan mata. Dia tersedar sesuatu sebelum menoleh sekeliling.

Orang ramai memandangnya dengan pandangan pelik.

"Apa tengok-tengok?! Eh, projek yang dimaksudkan tu projek sejarah yang cikgu bagi lah. Otak biru betul. Balik nanti aku sarankan korang sental otak korang dengan peluntur!,"katanya sebelum berjalan pulang ke rumah.



Manusia yang berlakon:-

1. smolbeanonaussieboi
2. fanfic_at
3. gwishin_imnida
4. jenn_jenniferr



❝ENHYPEN NEXT DOOR!❞ || 엔하이픈 || Malayfanfic ✓Where stories live. Discover now