Ramadhan special pt.2

254 28 0
                                    

4.15 pagi

Ktang! Ktang! Ktang! *bunyi sudip berlaga dengan belanga*

"Apa bising-bising ni hyung?" soal Sunoo yang terkejut dek bunyi bising yang membingitkan telinga.

"Hyung masak nasi goreng kimchi,"

"Awalnya buat sarapan,"

"Lah, kau lupa ke?" soalan mengejut seseorang dari belakang hampir membuatkan Sunoo termaki.

"Hah? Lupa apa?" tanya Sunoo kembali.

"Hari ni kan kita.. kita...kena..kena...kena apa eh?" Jungwon cuba menjawab.

"Ish tu pun tak boleh ingat. Kita kan kena puasa hari ni," sampuk Niki. Jungwon disebelah mengangguk setuju.

"Oh. Eh ha'ah la, lupa pula. Hewhewhew," Sunoo tersengih.

"Dah dah. Jom makan. Semua ada kan?" soal Jay.

"Ya, hyungie,"

...

10.00 pagi

Kriukkk~

"Aduh... Laparnya..,"

Sunoo menepuk perutnya yang asyik berderam.

Niki yang aktif bermain bola sepak dengan Jay itu dipandang.

"Korang tak letih ke? Asyik main benda tu je dari tadi,"

"Takde rasa nak minum air ke? Nak makan ke? Takde?"

"Nak letih apanya hyung oi? Main permainan video je kot bukannya pergi main kat tengah padang pun," jawab Niki.

"Lagi satu, kau ingat aku tak tahu ke Sunoo? Kau saja je sebut pasal makan minum. Ni mesti kes nak ajak curi makan, kan?" celah Jay.

Sunoo terdiam. Nampaknya rancangannya tak menjadi.

"Hehe. Takde lah hyung. Mana ada. Sunoo cuma tanya je. Manalah tahu korang penat ke, haus ke. Sunoo boleh tolong ambilkan air. Sunoo cuma risau,"

"Heh, risau la sangat. Dah, jangan kacau orang nak lawan ni, pergi main jauh-jauh," halau Jay.

"Sampai hati halau kita," Sunoo terus berlalu pergi dari situ.

...

3.05 petang

"Wargh!! Lama lagi ke nak berbuka?!"

Kedebuk!

"Adeh! Sakitnya punggung gue!" Jay mengaduh kesakitan.

Perlahan-lahan dia bangun. Punggung yang kesakitan itu diusap.

"Jahanam betul anak Kim tu. Buat terkejut aku je. Mujur tak lebam ke apa ke bontot aku ni,"

Jay kembali membaringkan diri di atas sofa. Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, dia dikejutkan pula dengan bunyi orang bergaduh.

"Wahai manusia sekalian yang ada dalam rumah ni! Tolong senyap boleh tak?!! Aku nak tidur lah!!!"

Ha sudah. Itu dia apabila hencik Jay mengamuk.

"Hehe Sorry hyung! Kitorang cuma tak nak mati kebosanan dan kebuluran dalam rumah ni," balas Niki dan Jungwon yang mengintai Jay dari celah-celah tangga.

"Hish, apa-apa jelah. Aku nak tidur, pukul 5 nanti kejutkan," pesan Jay yang sudah tak larat nak buka mata tu.

"Baik hyung!"

...

Sunghoon, Heeseung, Jake dan Sunoo sedang melepak didalam bilik hyung line. Dari satu permainan ke permainan yang lain, mereka kini sedang terbaring kebosanan.

"Hyung, nak main apa lagi ni? Bosan teruk ni," soal Sunoo tetapi dia dipalau.

Kriuukk~

"Warghh!! Lama lagi ke nak berbuka?!" jerit Sunoo tiba-tiba.

"Oi, kau ni dah kenapa? Buat terkejut orang je," marah Sunghoon. Hampir saja dia tersedak air liur tadi.

"Ish! Orang lapar la,"

"Tau la! Kitorang pun lapar jugak tapi tahan la sikit,"

"Ye lah ye lah! Itu pun nak marah. Tegur elok-elok tak boleh ke?"

"Wahai manusia sekalian yang ada dalam rumah ni! Tolong senyap boleh tak?!! Aku nak tidur lah!!!"

Mereka terdiam.

"Ha tengok! Kan Jay hyung dah marah!"

"Dah dah, pergi tidur lah korang berdua," ujar Heeseung. Jake mengangguk setuju.












TBC...

❝ENHYPEN NEXT DOOR!❞ || 엔하이픈 || Malayfanfic ✓Where stories live. Discover now