Chapter 6

459 54 24
                                    

"Morning Seungie eonnie," sapa Eunkyung lalu duduk dihadapan Eunseung. Masih lagi mamai.

"Hmm, morning sleepyhead. Duduklah," balas Eunseung sambil tersenyum manis.

"Han mana?," soal Eunseung seraya mencedok nasi ke dalam pinggan lalu menghulurkan pinggan itu pada Eunkyung.

Eunkyung hanya menggeleng tanda tak tahu. Huluran Eunseung disambut.

"Tak palah, Kyung makan dulu. Aku pergi tengok dia jap," ujarnya lalu bangun meninggalkan meja makan. Anak tangga didaki.

Setibanya didepan pintu bilik Hanbin, Eunseung terus menerjah masuk kedalam. Kalau ketuk pun bukannya ada orang nak jawab.

"Han! Ya ampun!!! Tak bangun lagi dia ni. Seorang ni pun sama je. Ha, eloklah tu jadi kawan, perangai dua-dua sama je," bebel Eunseung seraya berjalan mendekati Hanbin.

"Han! Bangun!," jerit Eunseung, betul-betul disebelah telinga Hanbin. Namun, lelaki itu langsung tidak terganggu.

"Bangun!!!," jerit Eunseung lagi membuatkan Yungi a.k.a. kawan Hanbin terbangun secara mengejut.

Eunseung memandang remaja lelaki yang masih lagi sedang loading itu. Keningnya diangkat, mahu melihat apa yang ingin dilakukan lelaki itu. Kalau Yungi tidur balik, makan kaki lah jawabnya.

"Oh? Seung, saya nak tumpang tandas kejap," ujar Yungi setelah lama berdiam diri. Baru siap proses data agaknya.

Eunseung mengangguk sebelum kembali memandang Hanbin apabila lelaki tadi keluar dari bilik itu.

"Nasib baik seorang tu dah bangun. Kalau tak, memang aku heret korang berdua masuk bilik air lepas tu simbah dengan air lah. Hmm, Hanbin, aku guna cara baik tapi kau tak nak bangun, terima lah balasannya," ujar Eunseung perlahan.

Eunseung menarik Hanbin mendekatinya. Tangannya membelai rambut lelaki itu.

"You ask for it. Don't blame it on me," bisik Eunseung.

Okey, now time to cover the camera.... Dalam kiraan...
1...

2...

3!

"Arghhhhhhh! Sakit Seung!!! Lepaskan!!," - Hanbin

"Selagi kau tak buka mata kau luas-luas, selagi kau tak bangun pergi bilik air, selagi tulah aku takkan lepaskan!," - Eunseung

"Arkh! Okey, okey! Aku bangun! Lepaskan dulu!," - Hanbin

Beberapa minit kemudian, Hanbin keluar dari biliknya diikuti dengan Eunseung dibelakangnya. Terdapat kesan merah kebiru-biruan pada kedua-dua belah pipi Hanbin.

Apa yang terjadi pada Hanbin biarlah menjadi rahsia kerana ianya amatlah pahit bagi Hanbin untuk dikongsi.

Setelah semua berkumpul dimeja makan, mereka mula bersarapan bersama. Dengan ini, saya mengisytiharkan, Kim Hanbin anak lelaki Soomin, telah makan sarapannya dengan hati yang membara.

...

-Petang itu-

Eunseung mengurut kakinya yang terasa pedih. Semalam kakinya baik-baik sahaja tapi tiba-tiba hari ni ia terasa sangat sakit.

"Ergh!," Eunseung mengerang kesakitan. Dia cuba bangun dari duduknya tetapi kesakitan yang terlampau itu membuatkan dia terjatuh.

"Arghhhh!," 

"ANNYEONG YEOREOBUN! Eunkyung in the house! Eh--eh?! Seung! Kenapa ni?!," jeritan Eunkyung yang baru sahaja pulang dari kedai itu disambung dengan soalan. Dia segera mendekati Eunseung.

❝ENHYPEN NEXT DOOR!❞ || 엔하이픈 || Malayfanfic ✓Where stories live. Discover now