Chapter 3

661 66 11
                                    


Soomin segera membuka pintu apabila terdengar bunyi bising diluar rumah. Kelihatan anaknya sedang melambai kearah seorang gadis yang menunggang superbike merah.

Dia sudah sedia maklum dengan rakan-rakan anaknya. Malahan, mereka memanggilnya Eomma Soo. Dan apabila anak-anak menjemput kawan mereka ke rumah, Hanbin dan Eunseung akan dianak tirikan.

"Eunseung!," panggilnya. Anaknya menoleh lalu berjalan terhincut-hincut kearahnya. Terdapat beberapa plaster pada wajah, tangan dan kaki gadis itu.

"Ni dah kenapa pulak ni? Basikal kamu mana? Eunkyung balik dengan siapa? Han mana?," soal Soomin bertubi-tubi.

"Ma! Relaks, okey? Tanya satu satu lah. Seung pun sampai tak tahu nak jawab yang mana dulu," ujarnya.

"Aku tanya sebab aku risau. Adik kamu mana?,"

"Seung suruh dia balik dengan Han. Rasanya, diorang singgah kedai mana-mana dulu," jawabnya.

"Kamu tu, dah kenapa jalan serupa zombi?," soal Soomin membuatkan Eunseung cemberut.

"Apa? At lease, aku tanya kamu kenapa. Itu pun nak buat muka. Macam tak biasa pulak," katanya selamba.

"Seung jatuh basikal masa nak pergi sekolah tadi. Basikal Seung dah hantar pergi bengkel tadi. Tayar pancit. Dah la ma, Seung masuk dulu eh? Ngantuk ah,"

Soomin hanya mengangguk. Eunseung terus masuk kedalam rumahnya.

...

"Han,"

Hanbin menoleh seketika sebelum kembali memandang kehadapan.

"Kau nak singgah kedai dulu ke?," soal Eunkyung apabila jalan yang sedang dilalui mereka bukan jalan untuk pulang ke rumah mereka.

"Ha'ah, aku ada projek nak buat. Banyak bahan jugak lah yang tak ada," balas Hanbin. Matanya tidak lepas memandang jalan raya.

"Belanja aku aiskrim,"

"Eh, banyaklah kau! Duit aku pun cukup-cukup je nak beli barang,"

"Ish, kau ni kedekutlah," ujarnya seraya menyilangkan tangannya ke dada. Acah merajuk.

"Aku kedekut? Kau cakap aku kedekut? Eh, kau sedar tak aku yang selalu tolong kau macam-macam bila kau minta kat eomma tapi tak dapat?,"

"Kau tu memanglah. Anak kesayangan eomma. Bolehlah dapat macam-macam. Cuba kalau eomma menganaktirikan kau, baru kau tahu rasanya macam mana,"

"Kalau aku beli aiskrim, duit nanti boleh beli satu barang jelah. Kau tu dah la suka minta yang mahal-mahal,"

"Kalau macam tu, kau tak payahlah beli barang kau,"

"Banyak cantik muka kau. Kalau tak buat projek tu, cikgu marah. Kau nak tanggung?,"

"Dah ah. Tak nak belanja tu sudah lah. Kedekut!," bentak Eunkyung membuatkan Hanbin terdiam.

Perlahan-lahan air matanya mengalir. Alahai cik adik! Dah tau Hanbin sensitif tetap nak buat dia menangis.

Tangisannya mula mengeluarkan suara esakan.

Eunkyung hanya menggulingkan matanya.

"Kau diam, Han. Diam," balas Eunkyung dingin.

Hanbin mengetap bibirnya supaya suara esakannya tidak keluar. Tidak mahu adiknya terganggu dengan suara esakannya.

Air matanya dibiarkan mengalir. Tanpa sedar, air matanya semakin laju turun membasahi pipi.

...

At segera memarkir Rye kesayangannya dikawasan parkir. Dia melangkah masuk ke dalam hotel dimana tempat dia bekerja.

"Aerin, awal sampai," tegur Grace, kawan sekerja At.

At mengeluh. Kenapalah orang suka sangat menukar namanya? Apa namanya tidak cukup bagus kah?

"Graciellia Adwin," panggilnya membuatkan gadis yang berasal dari Filipina itu tertawa.

"Gurau je. Janganlah marah," katanya dengan sisa ketawa yang masih ada.

At hanya mampu menayang muka poker nya. Namun hatinya, tiada siapa yang tahu.

At segera berlalu pergi dari situ. Langkahnya menuju ke arah bilik persalinan staff perempuan.

Selesai menyalin pakaiannya, At segera berlalu keluar. Memandangkan hari ini ada tempahan untuk parti di hotel, At terpaksa bekerja sehingga larut malam.

At mengeluh. Dia merenggangkan badannya sebelum berlalu pergi dari situ.

Bersedia untuk menjalankan tugasnya. Namun, harinya hancur apabila ternampak kelibat seorang lelaki yang selalu mengganggunya. Segera dia melarikan diri, berharap agar lelaki itu tidak akan menjumpainya hari ini.

"Kenapalah dia kena kerja dekat sini? Takde tempat lain ke?,"

Manusia yang berlakon:-
1. smolbeanonaussieboi
2.fanfic_at

3. gwishin_imnida
4.  jenn_jenniferr

5. qisnotkiss as Graciellia Adwin
6. AegyoKook as Kim Soomim


Serius doh Ainil nak nangis masa tulis part Hanbin tu. Omagat! Nape dia baik sangat?! Sanggup tahan esakkan sebab tak nak adik dia terganggu.

❝ENHYPEN NEXT DOOR!❞ || 엔하이픈 || Malayfanfic ✓Where stories live. Discover now