+009

60 6 0
                                    

"Kelahiran semula?" Jimin bertanya meminta kepastian dan Yoongi hanya mengangguk kecil.

"Kalau tengok cara puak serigala asyik perhatikan Yunri, mungkin ke..." Jin menutup mulutnya dari mengeluarkan bunyi. Dia memandang Yoongi dengan pandangan yang sukar ditafsir dan Yoongi hanya tersenyum hambar.

"Ya, dia."

Keadaan menjadi sunyi, terlalu banyak maklumat, terlalu banyak emosi yang bercampur sehinggalah...

"Hyung, macam mana Hyung tahu yang puak serigala tengah perhatikan Yunri?" Soal J-Hope.

"Sebab aku asyik ternampak puak serigala ikut Yunri. Ada yang cuba bercakap dengan dia tapi sebab kita asyik berdamping dengan Yunri jadi diorang lebih tahu apa yang boleh dibuat dan apa yang tak."

"Erm..Na, mana Yunri dengan Gi?" J-Hope tersenyum kekok dan terserlah wajah suram dia walaupun dia Sedang tersenyum.

Ada sesuatu yang tak kena.

"Dia balik dengan Hang Gi.."

J-Hope mengangguk sambil tergelak kecil. Dia terus menutup matanya dengan kedua-dua belah lengan bersilang di dada. Dia bernyanyi kecil namun dahinya yang berkerut seribu jelas menunjukkan yang dia sedang kekok.

"Kenapa hyung?" Jimin menepuk bahu J-Hope.

"Err..entah, aku rasa tak sedap badan..."

"Badan kau memang tak sedap (-_-) " Jin menjeling.

"Aishh hyung ni~~"

Namjoon bangun dari duduknya lalu mengatur langkah ke hujung rooftop.

"Namjoon, kau nak pergi mana tu?"

Semua memandang pelik.

"Aku nak selamatkan ros putih aku..."

Namjoon tanpa sempat dihalang terus lesap ke langit, meninggalkan semua orang terpinga-pinga.

"Apa benda wei mamat tu?" Cebik Jimin.

"Entah, jomlah balik. Abaikan je. Apapun J-Hope, balik rumah aku tuntut nak rendam kepala kau. Berani betul kau makan Onigiri aku eh?" Jin menarik telinga J-Hope sambil mengheretnya bersama.

Semua orang pun mula menghilang.

Yunri pov

Aku berjalan bersama Hang Gi smbil mendengar celoteh dia dengan penuh kesabaran. Aku sumpah rasa nak hempuk dia dgn buku teks Matematik aku ni tapi memikirkan dia kawan aku, niat tu aku simpan saja.

Bukan apa tapi aku rasa agak tak sedap badan, leher aku pun asyik berdenyut ni.

Aku memegang kepala aku yang tiba-tiba terasa berpusing. Peluh dingin mula mengalir keluar membasahi leher aku dan aku dapat rasa oksigen dalam paru-paru aku berkurangan.

Terlalu terdesak untuk mendapatkan oksigen, aku mula lupa cara untuk bernafas dengan betul. Aku dapat rasa dada aku mencengkam aku hingga jantung aku mula mengepam darah dengan tak teratur.

"Perempuan sihir, berani betul kau buat kacau di negara ini!"

"Aku tak bersalah, aku dah cakap bukan aku yang buat!"

"Diam! Sudah jelas lagikan nyata tapi kau masih nak berbohong. Kau akan terima hukumannya!"

"Bakar dia!"

"Bakar dia!"

"Lepaskan aku!"

"Yurni!"

Aku terus tersentak kembali ke alam nuata akibat suara nyaring Hang Gi. Wajahnya jelas menunjukkan sebuah kerisauan terhadap aku yang sudah melutut di atas jalan tar ini.

Aku menggeleng perlahan. Badan aku tiba-tiba saja dapat berfungsi seperti biasa.

Perasaan sesak sebentar tadi seperti tidak pernah berlaku pun dan aku dapat rasa jantung aku berdetak dengan normal.

"Kau dah kenapa? Tiba-tiba melutut tengah jalan. Aku cakap awal-awal eh, kalau kau nak lamar aku, hentikanlah... Aku lurus." Dia menggeleng sambil ketawa besar.

Aku menumbuk bahunya perlahan lalu berdiri semula.

Yup, memang macam tak ada apa berlaku.

Tapi tadi, sambungan lagi ke?

Wah, dah naik taraf. Kali ni tak payah bermimpi eh?

Aku menggeleng untuk kesekian kalinya dan kami pun mula berjalan seperti biasa.

"Aku tertanya-tanyalah. Kau tak boleh ke bercakap walaupun untuk sekali saja?"

Aku membiarkan soalan itu tergantung sepi dan Hang Gi pun hanya mengangguk faham.

Maaflah Hang Gi, aku bukan tak nak bercakap, aku cuma tak tahu nak cakap apa dan aku... takut.

Takut ditinggalkan lagi.

"Sayangnya sebab aku memang teringin nak dengar suara kau, manalah tahu bunyi sengau ke ann..."

Aku tergelak kecil dan Hang Gi hanya tersenyum sumbing. Maaflah Gi... suara aku terlalu berharga dan suara aku terlalu merdu untuk didengarkan ohohohoho.

Merdu dia, perghhh, cair kau nanti.

"Hello little girl~"

Unreal Human+BTSWhere stories live. Discover now