+024

60 3 0
                                    

"Yun... Ri?" Yoongi memandang dengan wajah tak percaya.

Namun, yang berada di hadapanya itu kelihatan terlalu jauh bezanya daripada Yunri. Rambutnya yang bagaikan benang emas mengurai panjang dan beralun di sekelilingnya. Bajunya pula merupakan baju gaun biru gelap dengan manik-manik yang berkilau tatkala disinari oleh cahaya bulan.

Yunri mula berjalan dan setiap langkahnya meninggalkan kesan retakkan di tanah. Dia melintasi benang-benang magik yang memagari diri dia dan benang itu terus terputus sebaik saja dia melangkah ke hadapan benang itu.

"Hyung, itu bukan Yunri tu Jihyun dan kita salah selama ni Hyung!" Jungkook belari ke arah Jin yang sedang mencengkam leher serigala D.O

"Apa maksud kau kook?"

"Yang membunuh Raja Vampire, yang mencuri semangat abadi dan membunuh Jihyun adalah... Diri dia sendiri!"

"Apa?" Jin kekeliruan dan ketidakfokusan Jin memberi peluang kepada D.O untuk menendang Jin menjauhi dirinya.

Dia berubah menjadi manusia lalu terbatuk-batuk mencari nafas sebelum memandang Jin dengan wajah yang memerah.

"Inilah apa yang kami nak bagitahu kau selama ni. Bukan kami yang bunuh Raja Vampire dan kami hanya cuba lindungi kau semua dari perempuan tu. Perempuan tu yang curi semangat abadi Raja Vampire."

"Tak... Tak mungkin..."

"Aku memang ada firasat tak baik pun dengan perempuan tu mula-mula." Kata Taehyung sambil menggosok lehernya janggal. Dia melihat Baekhyun yang sedang terduduk tidak jauh darinya.

Dia pun segera membantu Baekhyun untuk berdiri.

"Sorry bro."

"Tch, dah sedar? Lambat betul, nak kena lawan dulu baru nak buka mata hmm?" Kata Baekhyun sinis namun dia tetap menerima bantuan Taehyung.

"Hiyyaarghhh!!"

Serigala Xiumin yang menyorok di sebalik semak sedari tadi tanpa berlengah terus menerkam jelmaan Jihyun. Namun malang, belum sempat pun dia menggigit perempuan itu, lehernya sudah kemas dicengkam oleh perempuan itu sehingga keluar kepulan asap di sebalik tangannya.

Xiumin dapat rasakan lehernya pedih dan terbakar di sebalik cengkaman itu.

"Xiumin! Woi, lepaskan dia!" Chen segera menendang tubuh Taehyung yang sedang menggenggam kedua-dua belah lengannya lalu belari ke arah Xiumin.

Chen mengeluarkan sepucuk pistol lalu melepaskan peluru magik buatannya ke arah perempuan itu.

Namun, setiap butir peluru seperti dikawal, tiada satu pun yang mengena malah ia dengan senangnya melencong daripada sasaran!

Xiumin yang mula lemah menggunakan tenaga yang tersisa untuk menggigit lengan perempuan itu. Gigitan dia berjaya membuatkan perempuan itu teralih perhatian dan menyebabkan sebutir peluru tergesel pada pipinya hingga berdarah. Peluru seterusnya tepat mengena legannya Lula membuatkan perempuan itu melepaskan Xiumin.

Jimin yang nampak perempuan itu tidak menumpukan perhatian terus menggunakan kuasannya.

"Frost stone!"

Perempuan itu terperangkap dalam bongkah ais yang menghalangnya untuk bergerak sedikit pun. Jimin menambahkan lagi lapisan bongkah ais dan mengakhirnya dengan sebuah pelindung ais di sekeliling perempuan itu.

Xiumin yang telah dijatuhkan terus belari ke arah Chen sebelum pengsan tak sedarkan diri di hadapan Chen.

Chen menggenggam pistolnya. Dia langsung tak boleh dekat dengan perempuan itu.

"Apa kita perlu buat sekarang?" Soal J-Hope dengan cemas.

"Aku dah bekukan dia, tak tahan lama tapi cukuplah nak bincang apa-apa je sekarang ni." Kata Jimin sambil matanya tak lepas dari memerhatikan bongkah aisnya yang mula mencari.

"Kita kena bunuh Jihyun dan ambil balik semangat abadi itu. Mudah bunyi dari melakukannya. Kau nampak macam mana dia tepis semua peluru Chen? Peluru tu adalah khas untuk bunuh semangat jahat dan dia tepis tanpa perlu bergerak pun." Baekhyun berkata sambil menggeleng penuh kesal.

"Aku akan bawa dia pulihkan diri, korang baik fikirkan rancangan yang bagus." Chen segera memapah Xiumin lalu dia berlalu ke suatu tempat yang jauh dari situ untuk memulihkan tenaga mereka.

Keadaan menjadi senyap dengan EXO yang sudah kebuntuan idea dan BTS yang masih terkejut dengan maklumat baru yang mereka baru terima.

"Kami ingat nak buat tu masa Jihyun masih tak ambil alih badan Yunri tapi hmm..." Kai menjeling BTS dengan penuh menyampah.

Belum sempat Jimin ingin melawan, Namjoon segera menghalangnya.

"Sudah, lupakan benda lama. Kita kena bersatu untuk halang benda ni. Kalau membunuh dia adalah satu-satunya jalan, aku akan ikut. Tapi... Benda ni boleh jamin keselamatan Yunri?"

"Itu bergantung pada Yunri sendiri." Jawab Suho dengan ringkas.

Namjoon mengangguk perlahan. Dia memandang ahli BTS dengan wajah serius. Mereka seperti sedang mengadakan mesyuarat telepati antara satu sama lain sebelum Jin mengangguk dengan semangat.

"Fine, aku percaya Yunri kuat untuk melawan dia. Jadi, aku ikut."

"Aku pun." Taehyung tersenyum manis hingga menampakkan barisan giginya yang tersusun itu.

"Dah sampai sini, ikut jelah." Jungkook sekadar menjongketkan bahunya saja.

"Aku akan ikut hyung tak kira apa pun." Kata J-Hope pula.

"Haih, macam baru pertama kali je aku cuba mengorat Yunri tup tup kena lawan dia pula." Jimin tersenyum kecil sebelum mengangguk kan kepala dia.

Kini, semua mata memandang ke arah si lelaki yang sedari tadi asyik berdiam diri itu.

"Yoongi?"

"Dia tipu aku..." Yoongi mengepal penumbuknya, "Someone's gonna die today." Dia tersenyum menyeringai.

Jimin segera memeluk bahu Yoongi sambil tersenyum janggal.

"Maksudnya dia akan ikut, eheheh..."

"Okay, ni rancangannya."

♦♦ ♦♦ ♦♦

Kali ni, Yunri dah tahu apa dia perlu buat sekarang. Dia sudah lihat segalanya.

"Sekarang, aku akan berikan petunjuk terakhir dan selepas ni... Kau sendiri perlu tamatkannya." Semangat abadi itu berkata lalu menghulurkan tangannya ke Yunri.

"Baik. Aku akan buat yang terbaik." Yunri tersenyum manis sebelum menyambut huluran itu.

Serentak itu, sebuah pintu gerbang yang besar muncul dihadapan mereka berdua. Keadaan sekeliling yang pada mulanya merupakan sebuah hutan dengan taman bunga kini berubah menjadi ruangan kosong berdinding putih meninggalkan hanya mereka dan pintu itu saja bewarna.

Semangat abadi itu meletakkan tapak tangannya di permukaan pintu dan sesaat kemudian, pintu gerbang itu terbuka.

"Tamatkannya, Choi Yunri."

Dan Yunri pun mara ke pengakhiran cerita.

Unreal Human+BTSWhere stories live. Discover now