+010

511 42 0
                                    

Namjoon terbang memotong angin di udara dengan tergesa-gesa sambil matanya melilau, cuba mencari kelibat Yunri. Dia dengan penuh berhati-hati memerhatikan kawasan sekeliling itu. Fikirannya pula tidak lepas dari bertanyakan soalan yang sama.

Mana mereka? Mana rosnya?

Ya, rosnya.

Namjoon terbang dengan lebih laju lagi ke hadapan, dia tak sedar bahawa dia mula jadi kabut. Namjoon tak tahu tak tahu, sejak bila seorang manusia boleh buat dia macam tu.

Apa yang ada dekat perempuan tu sampai naluri dia asyik buat kerja gila?

Sangat berlawanan dengan sifatnya yang jarang ambil tahu hal orang. Tapi Yunri...

Yunri selalu bermasalah. Dia tak pernah sedar apa yang dia buat sentiasa menggoda masalah untuk datang ke arah dia.

Dan Yunri adalah 'dia'.

Namjoon tahu, dia sentiasa tahu. Sejak kali pertama lagi dia tahu siapa Yunri dan dia tak rasa dia boleh pandang Yunri seperti biasa selepas mengetahui kebenarannya. Tapi, perkara itu membuatkan Namjoon berasa lebih ingin melindungi dia.

Ya, dia mungkin suka akan gadis kecil itu namun dia tetap menghormati kawannya dan...

Kekasihnya.

Oh, betapa pahitnya kebenaran itu lagi.

"Jadi, memang betul cakap kau... Yoongi dan kau, memang kekasih pilihan bulan." Namjoon berhenti di tengah-tengah langit, air matanya mula bertakung di tebing matanya.

"Tapi kenapa mesti Yunri? Tak boleh ke kau muncul dalam badan nenek tua ke apa ke?"

"AAAAAAA!!!!"

Jeritan itu terus menyentakkan dia ke alam realiti. Dia segera menyeka air matanya itu lalu bersedia di posisi menyerang. Dari atas, dia dapat lihat 5 ekor serigala sedang memgepung dua orang gadis di dalam bulatan mereka.

Apabila diamati dengan betul-betul, dia terus meluru ke arah kumpulan itu dengan perasaaan amarah yang membara.

"Korang nak apa hah?!" Hang Gi menjerit nyaring.

Dia menolak badan kecil Yunri untuk berdiri di belakangnya. Dia mula memasang kekuda dia; bersedia untuk menyerang serigala-serigala itu.

"Baik korang berambus!" Hang Gi berkata lagi.

Tiba-tiba, seekor serigala perang melompat tinggi ke arahnya dan Hang Gi terus menendang serigala itu namun serigaka yang lain pula terus belari ke arahnya dan tanpa sedar, seekor serigala lain mula menerkam ke arah Hang Gi.

DUSH!!!

Serigala itu terus terpelanting jauh.

"Reeghhhhh" serigala yg lain merengus kasar. Mereka perlahan-lahan mula mengundur ke belakang.

"Namjoon!" Hang Gi menjerit dengan mata yang terbeliak.

Yunri yang terlampau terkejut teurs pengsan dan Hang Gi segera menangkap tubuh Yunri.

"Kau bawak dia pergi rumah aku, yang lain dah ada di sana..."

Yelah, takkan nak bertapa kat situ lelama ann..

"Hang Na?"

"Pergi jelah!!!"

Hang Gi tersentak namun dia terus menghilag di sebalik buih-buih yang muncul di sekelilingnya dan Yunri.

"Kenapa kau berusaha sangat melindungi gadis tu, Kim Namjoon?"

Seekor serigala biru berubah menjadi manusia. Dia merenung Namjoon dengan pandangan yang tajam.

"Bukan urusan kau, Oh Suho." Namjoon membalas dengan senyuman sinisnya.

🍂🍂🍂

Tok! Tok! Tok!!

"Kejap la setan..."

Jimin menggosok kepalanya yang basah dengan tuala. Dia pun dengan malas berjalan ke pintu lalu memulas tombol pintu itu namun tak sempat dia nak buka

BAM!!!!!

"AAAA!!!!!!"

"HOI!!"

"DIAM LA SETAN!!!!!!!"

Unreal Human+BTSWhere stories live. Discover now