+020

469 39 0
                                    

Yunri merenung langit malam . Otak dia banyak menerima kejutan harini.

Keep dreaming.

Kata-kata Jungkook asyik tergiang-ngiang dalam kepalanya namun kali ni dah masuk malam ketiga Yunri tak dapat mimpi apa-apa.

"Yunri..."

Yunri memysingkan kepalanya dan dia terus tersenyum sambil matanya setia memerhatikan gerak tubuh Yoongi yang mula berjalan ke arahnya dan berdiri di sebelah dia.

"Yoongi."

Yoongi tersenyum kecil. Dia mengambil tempat di atas kerusi di sebelah Yunri sebelum menghirup udara segar sekilas.

"Macam mana dengan budak yang J-Hope selamatkan tu? Mak dia?"

"Hmm, J-Hope dah hantar budak tu ke balai polis dan mak dia dekat hospital. Budak tu kena dera dengan mak dia jadi polis akan ambil kes ni. Seterusnya hanyalah urusan manusia, kami tak masuk campur."

"Baguslah." Hujung bibir Yunri perlahan-lahan mengukir senyuman dan Yoongi hanya merenung saja Yunri dengan sebuah senyuman kecil.

"Aku suka suara kau, comel. Lagi-lagi bila kau panggil nama aku."

Kata-kata Yoongi berjaya membuatkan pipi Yunri memerah namun dia segera mengawal diri dan bertindak menghirup koko panasnya sedikit.

"Mana ada, suara saya ni biasa-biasa jelah."

"Hmm..."

Ketenangan mula menyelubungi diri mereka. Mereka kekal mendiamkan diri sambil menikmati angin bayu malam itu.

Yoongi menjeling Yunri sekilas sebelum berdehem kecil untuk mendapatkan perhatian Yunri. Setelah dia pasti Yunri sedang memandang dia, Yoongi pun mula bersuara.

"Kenapa... Kau tak nak bercakap selama ni? Aku tak paksa kau bercerita okay, aku cuma nak tahu. Sebab tak pernah aku jumpa manusia yang tak bangga dengan kelebihan dia ni. Dalam kes kau, suara kau. Kenapa?"

Yunri memandang Yoongi lama sebelum kembali menghadap langit dan menghirup koko panasnya.

Yoongi merenung sisi Yunri sebelum mengangguk kecil, tahulah dia Yunri tak sedia untuk bercerita lagi.

"Yoongi..."

"Hmm..."

"Apa status kita sebenarnya?"

Soalan Yunri berjaya membuatkan Yoongi pula terkaku. Dia terus memandang Yunri yang sudah memandang dirinya dengan mata yang bersinar akibat cahaya bulan.

Bagi Yoongi, mata itu kelihatan tak ubah seperti cermin yang memancarkan imej sebuah galaksi.

Mata yang berjaya membuatkan hatinya melambung ke langit.

"Status?" Yoongi bertanya dengan berhati-hati. Jantungnya mula menjalankan aktiviti berkompang.

"Awak selalu ada bila saya dalam masalah, lindungi saya dan hmm... ambil berat pasal saya... Terasa seperti awak... Suka saya." Yunri berbisik pada ayat terakhir itu sambil menundukkan kepalanya.

Pipinya jelas kemerahan walaupun diselimuti gelap malam. Yoongi yang pada mulanya terkaku kemudian perlahan-lahan mengukir sebuah senyuman yang manis.

"Awak rasa macam mana?"

Terasa seperti ada bunga-bunga memekar dalam dada Yunri, dia terus memandang anak mata Yoongi tatkala tangannya dipegang lembut oleh Yoongi.

"Saya bukan jenis yang suka melayan orang," Yoongi mengambil tangan Yunri itu lalu dilekapkan di bibir munggilnya, "macam ni."

Dan itu cukup untuk membuatkan badan Yunri kejung seperti terkena renjatan elektrik. Ditambah pula dengan anak mata Yoongi yang tak lepas dari merenung terus ke dalam matanya, Yunri terasa seperti diawangan.

Malam tu, Yunri tahulah bahawa impiannya sudah termakbul. Di bawah cahaya bulan yang bersaksikan bintang-bintang di langit, dua hati bersatu.









Short chap cause' why not?ヽ(^。^)

Unreal Human+BTSWhere stories live. Discover now