+002

652 49 4
                                    

Author pov

Setibanya mereka di hadapan pejabat.

Tok!!Tok!!!

"Masuk!!!"

Jimin segera menarik Yunri untuk masuk ke dalam bilik pengetua dengan agak laju hingga menyebabkan Yunri tersadung sedikit.

"Hai Jimin. Ada apa kamu ke sini? Oh, kamu mesti pelajar baru tu kan? Baiklah Jimin kamu boleh pergi, terima kasih kerana tolong bawakan dia."

"Saya pergi dulu Tuan."

Akhirnya, Jimin meninggalkan Yunri yang hanya bediri kaku di hadapan meja pengetua sekolah ini.

"Kamu duduklah dulu nanti saya panggilkan orang untuk ambil kamu." Kata pengetua itu sambil menunding ke arah sofa yang terletak di hujung bilik.

Yunri pun mengambil tempat duduk di atas sofa yang empuk itu.

"Sebelum tu, kita tengok dulu kamu kelas mana, okay?" Pengetua itu tersenyum manis dan Yunri hanya membalas dengan senyuman yang kecil.

"Kamu kelas... haaa, 2 Rose.."

Yunri mengangguk kecil. Suasana menjadi sunyi untuk seketika hinggalah sang pengetua mula berbicara.

"Nama kamu Choi Yunri, kan? Selamat datang ke Underworld Highschool. Saya agak terkejut kerana pihak atasan kami mengambil awak ke sekolah ini tapi tak mengapa. Ada sebab kenapa awak ada di sekolah ini, saya pasti. Saya harap, awak dapatlah biasakan diri dengan suasana sekolah baru dan... Kami semua ini, warga UHS."

Yunri hanya tersenyum manis walaupun dalam hati dia ingin bertanya beberapa perkara melibatkan penerangan pengetua itu.

"Kamu percaya dengan makhluk ghaib?"

Yunri terdiam dengan soalan spontan sang guru itu. Dia berfikir sejenak sebelum mengangguk kecil.

"Baguslah, sebab kamu akan jumpa banyak benda dekat sini."

"Apa--"

Belum sempat Yunri ingin bertanya Pengetua itu terus mencapai telefon dia yang terlihat seperti telefon seperti zaman dulu yang ada butang dial pusing-pusing. Pfft-- apa aku mengarut ni...

"Hello, Jungkook?"

Tok! Tok!

"Oh, dia dah sampai!" Pengetua terus meletakkan gagang telefon itu.

Yunri terkejut, dia memandang ke arah pintu bilik pengetua sambil berbisik kecil.

//Bapak laju jalan, bukan tadi pengetua baru nak panggil ke? haih... pelik-peliklah sekolah ni...//

Beberapa saat kemudian, masuk seorang lelaki yang agak tinggi dengan rambut coklat gelapnya beralun seiringin dengan angin. Dia mempunyai sepasang subang telinga hitam. Ekor matanya pula tajam bagaikan mata helang yang setiasa sedia untuk menerkam mangsa dia.

"Ya pengetua, ada apa?"

"Ini saya nak kenalkan, Choi Yunri. Dia new student di sini. Tolong bawa dia ke kelas 2 Rose, ya?"

Yunri bangun lalu membongkokkan sedikit badanya tanda hormat kepada lelaki bernama Jungkook itu.

"Baik, pengetua."

"Satu lagi, kamu jangan 'gigit' dia pula. Tak nak ada kes macam dua bulan lepas. Kau ingat mak bapak mereka hantar sini sebagai makanan ke? Saya tahu awak buat lagi memang awak saya tendang ke Pluto." Kata pengetua kepada Jungkook dengan nada gurau.

"Saya tahulah..." Jungkook membalas sambil mengeluh kecil.

Yunri segera mengikuti langkah Jungkook tatkala lelaki itu mula bergerak keluar dari bilik pengetua. Sesekali, mata dia melirik pada jejaka tampan di tepinya itu.

"Aku tahu aku kacak tapi jangan tenung aku mcm tu boleh? Aku... malu." Pipi Jungkook dengan perlahan mula memerah.

Yunri ternganga kecil, dia mengelipkan kelopak matanya beberapa kali.

//Bukan aku ke yang patut malu sekarang ni, asal dia pulak yang malu?// bisik hati kecil Yunri namun dia hanya tersenyum manis. Dia sudah tahu apa dia mahu labelkan kepada lelaki ini; arnab pemalu.

2 Rose.

"Hoi³ senyap!" Sebaik saja pintu dikuak, Jungkook terus menjerit dengan nyaring.

Keadaan yang tadinya bingit bagaikan pasar malam terus bertukar menjadi suasana seperti di tanah perkuburan. Aku dibawa oleh Jungkook ke hadapan kelas dan semua mata muka ditumpukan kepada aku.

"Semua, aku nak kenalkan dekat korang semua dengan bunga ros baru kelas kita ni. Perkenalkan, Choi Yunri."

Yunri menunduk sedikit dengan senyuman nipis di bibir. Dia menggenggam tali begnya sedikit untuk menyorokkan tangannya yang bergetar.

Tiba-tiba, semua mula berbisik antara satu sama lain, ada yang merenungnya, menjelingnya dan ada juga yang menjilat bibir mereka namun Yunri segera abaikan yang terakhir sekali.

"Yunri, kau boleh duduk di sebelah Chanyeol, Chanyeol!"

"Di sini wahai bunga rosku yang menawan." Chanyeol berkata kepada Yunri sambil melambai tangannya tinggi ke udara.

Yunri pun berjalan menuju ke meja sambil mengabaikan mata-mata yang mula memerhatikan setiap langkahnya. Dia duduk lalu mengeluarkan buku subjek pertama dia.

"Hei, awak tak cakap apa-apa pun dari tadi? Awak... bisu ke?"

Yunri memandang Chanyeol sekejap sebelum mengeluarkan keluhan  kecil. Dia mengeluarkan sebuah buku nota kecil lalu menulis di atasnya.

'Saya agak tak selesa nak bercakap dengan orang, maaflah.'

"Ya ke? Tapi, saya bukan orang jadi... Apa kata awak cuba bercakap dengan saya hmm?"

Yunri memandang Chanyeol dengan pandangan pelik. Manakala lelaki itu hanya tersenyum manis sambil matanya kekal merenung Yunri.

Entah kenapa, Yunri mula tenggelam dalam lautan iris mata hijau milik lelaki itu. Badannya kaku dan mindanya mula terasa kosong seperti orang yang khayal.

Perlahan-lahan, Chanyeol mula mendekatkan dirinya dengan Yunri. Dia memegang pipi Yunri dan dengan lembut menolaknya hingga mendedahkan leher jinjang milik Yunri. Namun, Yunri kekal tidak bergerak bagai patung yang di sumpah. Tidak sedar bahawa lehernya sudah terdedah dan Chanyeol yang mula melarikan bibir munggilnya di leher Yunri.

"Park Chanyeol jangan dikau kacau bunga ros aku tu kalau dikau tak nak rasa pelempang Maha Dashyat aku ni dan kembali ke kubur kau!"

Jeritan milik seorang budak lelaki  yang duduk di barisan belakang sekali berjaya menyentakkan Yunri ke alam realiti semula. Yunri terkebil-kebil, cuba memahami situasi waktu itu namun dia terus diselebungi dengan perasaan bingung.

Chanyeol menjauhkan dirinya dari Yunri sambil mencebik kecil, "yelah."

Dan sesi pembelajaran pon bermula seperti biasa.

Unreal Human+BTSWhere stories live. Discover now