+000

47 3 0
                                    

Tap Tap Tap

Derapan tumit but bertemu permukaan lantai bergema di segenap ruangan istana yang gah berdiri dengan tiang-tiang konkrit berukir di beberapa penjuru berdiri tegak sebagai penyokong istana.

Seorang lelaki berambut biru laut yang bersinar tatkala dibias dengan cahaya chandelier dewan berjalan dengan tenang bersama seekor kelip-kelip kecil mengelilingi dirinya.

Sesampainya dia di hadapan sebuah bilik, dia memetik jarinya lalu daun pintu gerbang yang menghalang pandangan isi bilik itu terbuka.

Dia pun berjalan masuk ke dalam bilik itu lalu menuju ke arah sebuah meja segi empat panjang yang terletak di tengah-tengah bilik.

Bilik yang luas permukaanya itu merupakan sebuah dewan khas untuk bermesyuarat. Dinding dewannya bewarna kuning cair seakan putih, terdapat banyak lukisan yang menyimpan 1001 kisah syurga dan neraka terlukis indah di siling dewan.

Beberapa ukiran patung terletak di kiri dan kanan ruangan dewan sebagai perhiasan manakala sebuah patung besar yang menyerupai seorang bidadari dengan tangan diangkat separa bahunya diletakkan di tengah-tengah barisan namun di akhir ruang dewan. Jika seseorang itu membuka pintu, perkara pertama yang dia akan nampak adalah patung besar yang terletak di hujung bilik itu.

"Qyun, kau lambat."

Lelaki itu berhenti di hadapan dua orang gadis kembar yang elok berpakaian kot putih dengan sejumlah lencana terletak elok di poket dada masing-masing. Lencana-lencana itu menunjukkan pencapaian dan pangkat mereka yang jauh lebih tinggi dari makhluk biasa.

Lelaki yang bernama Qyun santai saja menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya di situ sambil tersenyum senget.

"Rilek, sekurang-kurangnya aku dapat apa yang dicari. Yang kau berdua ni, dapat tak apa yang orang tua tu nak?"

"Dapatlah..." Gadis berambut hijau menjawab sambil menggulingkan matanya penuh menyampah.

"Tapi benda susah sangat nak keluarkan!"

BAM!

Sebiji batu permata dihentam ke meja oleh seorang lagi gadis yang berambut kuning. Dia merengus kasar sebelum mengambil tempat di kerusi sebelah Qyun.

"Huh, batu hajat? Ni ke benda yang korang cari? Pfftt-- Kat Archive pun belambaklah benda ni ahHAHAHAHAH!"

PAP!

"Bodoh tu simpan sikit, bukan batu ni yang kita perlukan tapi isi dalam dia." Gauds berambut hijau berkata selepas menampar kepala Qyun.

"Alah, rilek ahh waduh! Nah, tukul yang korang minta tu."

Sebuah tukul kecil dengan pemegang yang berukir dihulur kepada gadis-gadis itu. Mereka itu melepaskan nafas lega sebelum mengambil tukul itu.

"Nasib baik kau bawa Qyun, kalau tak kau aku sumpah jadi tukul."

"Hehe, pape saja untuk kembar kegemaran aku. Hang Gi, Hang Na."

Hang Gi memandang jengkel lelaki di sebelahnya itu sebelum kembali berdiri dan membaca beberapa mantera. Tukul itu bercahaya begitu juga batu permata itu. Dengan sekali hayunan

BAAAMM!!

PRRAKK!

"Akhirnyaaa!!"

Sebuah batu kecil bewarna hijau keemasan terbang keluar dari belahan batu permata tadi.

"Batu hajat hanya hiasan. Raja Vampire tak bodoh nak simpan batu suci ni macam tu je." Hang Gi berkata dengan sebuah senyuman yang lebar.

Dia pun mengeluarkan sebuah bekas kecil lalu memasukkan batu itu ke dalamnya. Qyun mengeluarkan sebuah guni mini lalu membuka ikatan guni itu. Sebuah permata ungu kebiruan pula muncul lalu di masukkan ke dalam kotak tadi.

Unreal Human+BTSWhere stories live. Discover now