+018

475 38 2
                                    

"Maaf, apa maksud awak ni Yunri?" Mata Hang Na sudah mula berkaca dia memegang bahu Yunri namun Yunri menepisnya.

Yunri terus bangun dari katil lalu mula mengemas bajunya.

"Saya tak boleh ada dekat sini lagi. Kenapa saya ada dekat sini? Saya manusia awak semua pula magik. Dunia kita sangat berbeza! Saya tak rasa saya... Boleh bersama awak semua lagi."

"Macam mana dengan aku, Yunri?" Yoongi memegang lengan Yunri dengan wajah yang sunggul. Dia dapat rasakan semua mata mula memandang mereka.

"Yoongi... Awak... Kita tak boleh teruskan lagi, saya dan awak... Kita tak ditakdirkan untuk bersama. Maaf, selamat tinggal--"

BAMMM!

"Yoongi!" Semua di situ mengeluarkan bunyi terkejut dengan tindak Yoongi.

Jimin cuba mendekati Yoongi namun apabila dia dijeling tajam oleh Hyungnya itu, dia terus terpaku ditempatnya.

Yunri mengerang kesakitan apabila kepalanya terhentak ke pintu almari dia. Dia kemudian merenung Yoongi dengan pandangan tajam.

"Lepaskan saya."

"Lepas kau dah tahu rahsia kami? Hmm, tak tahulah..." Yoongi tersenyum sinis sambil membuat muka seperti orang sedang berfikir.

Dia kemudian secara tiba-tiba mengeluarkan sebentuk pisau kecil dari dalam poketnya.

"Yoongi apa kau buat ni! Kau dah kena rasuk dengan syaitan juga ke?!" J-Hope berkata dengan penuh panik. Dia sangat keliru dengan situasi sekarang.

Belum sempat sesiapa menarik Yoongi, dia lebih pantas menggunakan kuasanya untuk membuatkan mereka semua kaku di tempat masing-masing.

"Yoongi, apapun yang kau tengah fikir... Jangan lakukannya. Ingat balik siapa Yunri, kita perlukan dia! Tak... Dia kekasih kau! Kau cuba bunuh dia ke gila?!" Kata Jin dengan penuh kegeraman.

"Kenapa? Aku hanya jadikan benda ni mudah untuk dia. Dia kata dia nak pergi, aku tolong hantar dengan lebih cepat. Pergi balik ke syurga hmm..." Yoongi berbisik namun semua orang boleh mendengarnya kerana suasana sunyi yang melanda bilik itu.

"Lepaskan aku, Min Yoongi." Yunri berkata lagi dan kali ini dengan nada yang lebih tegas.

"Heh, kalau itu yang kau nak."

"Yoongi jangan!!"

SSSSAAKKK!!!

"ARGHHHHHH







HAHAHAHAAHA!"

Yoongi memetik jarinya dan mereka semua yang tadi terkaku terus terjatuh ke lantai. Semua memandang dua orang di hadapan mereka itu dengan muka yang sangat keliru.

Yunri berjalan ke arah kembar Hang lalu memeluk mereka berdua dengan erat.

"Aku dah lama tahu yang korang bukan manusia. Bodohlah kalau aku cakap aku masih tak tahu lepas apa dah berlaku sepanjang aku bersekolah di sini. Tak kira apapun, aku akan tetap bersama korang. Lagipun, aku dah tersimpang jauh dari norma manusia biasa, tak boleh nak pusing dah ni ahahahaha."

Kembar Hang ini memandang satu sama lain sebelum membalas dakapan Yunri dengan erat. Mereka bertiga terus menghamburkan tangisan dengan penuh melodrama.

"Manusia tak guna! Aku hampir sumpah kau jadi lengkuas kau tahu tak!?" Kata Hang Gi dengan penuh kegeraman.

"Aku nak sumpah dia jadi atap bumbung hiks... Papa cakap... Atap bumbung tu hiks... Dah tiga hari tak terbaiki. Kau cakap kau nak buat Gi, Papa dah mengamuk dah. Silap-silap... Hiks, kau yang jadi bumbung."

Unreal Human+BTSWhere stories live. Discover now