+021

468 36 3
                                    

Yunri berjalan nenuruni tangga untuk ke kantin​ seperti biasa. Namun, tiba-tiba sahaja perjalanan dia dihalang oleh dua orang gadis tinggi dengan solekan yang tidak tebal namun jelas untuk menunjukkan mereka sudah melanggar peraturan sekolah.

"Choi Yunri."

"Ya Tiffany dan Yoona sunbae, Ada apa?" Soal Yunri dengan lembut sambil bibirnya tidak lepas dari menghadiahkan sebuah senyuman.

Tiffany dan Yoona merupakan pelajar tahun akhir di situ dan mereka merupakan mentor Yunri dalam program mentor mente. Bagi Yunri, mereka banyak membantu dia dahulu dalam pembelajaran dan Yunri memandang tinggi dua orang seniornya itu.

"Boleh awak tolong kami?" pinta Yoona dengan sebuah senyuman manis yang mampu mencairkan hati sesiapa saja yang melihatnya.

"Tolong apa ya?"

"Tolong ambil alih tugas mengemas perpustakaan hari ni. Kami berdua ada hal tapi perpustakaan tu perlu dikemaskan pula hari ni."

"Err tapi.."

"Tolonglah Yunri, kami ada kecemasan ni. Nenek Tiffany meninggal petang tadi dan aku kena teman dia dekat majlis pengebumian nenek dia ni. Kau jelah kami boleh harapkan sekarang."

Yunri berbelah bahagi pada mulanya namun dia kemudian hanya mengangguk kecil.

"Baik sunbae, saya akan buat." Kata Yunri dengan senyuman yang sama.

"Ahhh, thanks Yunri!!" Mereka berdua terus memeluk tubuh kecil Yunri sebelum beredar dari situ.

Yunri hanya memerhatikan mereka sehingga kelibat mereka hilang dan dia melepaskan sebuah keluhan berat.

"Minggu lepas pun aku juga yang kena kemas... Ramai pula ahli keluarga dia yang meninggal eh?" Yunri menggeleng perlahan sebelum menilik jam tangannya.

"Aku beli makanan untuk nantilah. Perpustakaan tu besar, nanti aku lapar pula. Tak makan sekarang... Tak apa kot." Yunri pun menyambung perjalanan dia ke kantin yang tergendala itu.

🐞 🐞 🐞 🐞

"Fuuuhhh." Yunri mengeluh perlahan sambil mengelap keringat peluhnya.

Krughghh~~

"Wupps, masa untuk makan nampaknya." Yunri berjalan ke arah meja terletaknya beg dia lalu mula menyelongkar beg dia until makanan yang dia baru beli masa sekolah tadi.

"Kejap, mana dia? Oh tidak, jangan cakap aku tertinggal dekat kelas!!"

Pergerakkan Yunri terus terhenti tatkala perutnya mula meragam. Dia terus menekan perutnya yang terasa pedih seperti dicucuk oleh seribu jarum itu.

"Arghhh..." Yunri berjalan keluar dari perpustakaan dengan langkah yang lemah.

Dia dengan berhati-hati dan penuh seksa berjalan menuju ke mesin makanan yang terletak di tingkat bawah sekali. Sesekali dia berhenti sekejap untuk membuatkan perutnya bergelora dengan asid itu.

Yunri berdiri untuk meneruskan perjalanan dia namun sebuah ombak asid yang besar menghentam dinding perutnya dan dia terus mengerang kesakitan. Yunri terys jatuh terduduk atas lantai sambil menekan perutnya.

"Hei, awak di situ ok ke tak?" Seseorang dari jauh mula belari mendekati Yunri.

"Awak tak sihat ke? Badan awak ni panaslah! Saya bawa ke bilik rawatan, okay? Awak boleh bangun?"

Lelaki itu pun memapah Yunri lalu dibawa ke bilik rawatan dengan segera.

🎵🎵🎵

Unreal Human+BTSWhere stories live. Discover now