+019

66 5 0
                                    

"Jangan cakap pasal dia depan aku, boleh tak?"

Yunri memandang Yoongi tanpa berkelip. Namun tidak sampai sesaat, air mukanya terus berubah menjadi serius dan dia pun merenung Yoongi dengan tajam.

Yunri menarik nafas seketika sebelum mula mengambil telefon bimbitnya. Jari-Jemarinya mula menari dia atas papan kekunci dan sesekali dia akan berhenti untuk memikirkan ayat seterusnya.

'Okay, Mari bincang pasal awak semua pula. Yoongi, saya tahu awak semua bukan manusia. Saya tak pasti apa awak dah buat dekat saya mula-mula tu tapi sekarang saya SEDAR. Awak semua tak mungkin manusia, dengan serigalalah... Sayaplah... Yoongi, jujur dengan saya. Siapa awak semua yang sebenarnya?'

Yoongi memandang Yunri dengan telefon bimbit itu silih berganti sebelum melepaskan sebuah keluhan nipis.

"Ya, kau betul. Kami bukan manusia. Kami Vampire."

Kelopak mata Yunri mula berkelip-kelip dan dahinya berkerut seribu.

Tak jangkakan itu.

'Kenapa... Saya ada dekat sini? Awak semua bukan manusia, fine! Tapi saya manusia, manusia tulen! Kenapa saya ada dekat sini?'

"Heh, mula-mula pun aku nak tanya kau benda yang sama juga Yunri tapi bila aku tengok kau betul-betul, tak hairanlah kenapa kau di sini."

'Maksud awak?'


"Yunri, kau nak tahu satu cerita? Suatu ketika dulu puak kami dengan puak serigala adalah saudara. Kami tak ada nak gaduh-gaduh ni. Perkahwinan campur pula adalah biasa di komuniti kami. Tapi, satu hari. Semangat abadi milik Raja Vampire hilang dan dia dibunuh oleh entahlah. Satu kerajaan kecoh. Ramai mula menuduh puak serigala sebab hanya puak serigala yang tahu tentang semangat abadi milik Raja Vampire. Well, keadaan jadi kucar-kacir dan kami pun berpecah sampai sekarang."

Yunri terangguk-angguk faham namun setelah dia habis menghadam cerita Yoongi, dahi dia berkerut lagi.

'Jadi, apa kena mengena dengan saya?'

"Soalan yang bagus," Yoongi tersenyum senget sebelum menutup matanya dan bersandar pada pagar katil, "ada gadis ni, kami anggap dia adalah penyelamat kami. Dia puteri sulung kerajaan pari-pari dengan darah campuran manusia. Dia datang secara tiba-tiba tapi apa dia buat berikan harapan pada kedua-dua pihak."

Yoongi memandang Yunri tepat ke dalam anak matanya.

"Dia cuba damaikan kedua-dua pihak tapi tak berjaya bila anak buah putera diraja serigala dapat tangkap dia. Perempuan tu hampir dibakar tapi kami sempat selamatkan dia. Sejak tu, putera dan anak-anak buah dia mula buru perempuan tu jadi kami perlu lindungi dia. Kami pelik kenapa mereka nak bunuh sangat perempuan tu tapi bila kami dapat tahu puncanya, benci kami terhadap mereka lebih membuak. Mereka mesti dah dapat tahu yang perempuan tu pun ada semangat abadi dan jauh lebih kuat dari Raja Vampire. Aku pasti, mereka nakkan benda tu. Akhirnya, perempuan tu mati tanpa sempat mendamaikan peperangan ni."

Yunri terkaku sebentar. Melihat jalan cerita ni, dia seperti boleh agak kenapa dia ada di dunia mereka ni.

Oh betapa dia tak nak mengakuinya.

Unreal Human+BTSWhere stories live. Discover now