+EPILOG

69 3 0
                                    

"Yunri, kau okay tak?"

"Huuuff! Haaaf! Huf!!"

Yunri mengelap peluhnya sambil mengelap peluhnya yang ligat menitik di dahinya.

Jungkook yang berada di sebelahnya sudah elok terduduk sambil bersandar di muka pintu.

"Wow, aku tak sangka. Diorang athletes ke apa? Aku keluar nak beli ais krim je pap! Kena kejar."

"Masalah betul kawan dengan retis ni, haih!"

Yunri pun bangun untuk berlalu ke dapur namun melihat wajah sedih Jungkook dia terus mencangkung di hadapan Jungkook.

"Jangan risau, aku sayang korang jadi aku terima seadanya~"

"Yunri!"

"Yoongi!" Yunri tersenyum lebar sebelum belari ke arah Yoongi lalu melompat untuk memeluk kekasihnya itu.

"Mulalah dramanya..."

"Sudahlah, aku nak makan." Lalu, Jungkook dan Taehyung pun beredar dari situ.

Yoongi menarik Yunri untuk duduk di atas sofa mereka. Dia kemudian menarik Yunri untuk duduk di atas pehanya. Lengan dia melingkar elok di pinggang Yunri.

Yunri tergelak kecil sebelum bermain-main dengan cincin di jari manis Yoongi.

"Rindu saya?"

"Hmm..."

"Awak nampak hebat dekat TV semalam."

"Heh, aku memang hebat sentiasa. Kalau tak, kau tak akan suka aku, kan?"

Yunri menggulingkan matanya lalu menampar lengan Yoongi. Yoongi pula hanya meletuskan ketawa yang kuat sebelum kembali merehatkan kepalanya di bahu Yunri.

"Ceritalah lagi, apa jadi lepas saya kena culik?"

Yunri beralih ke sebalah Yoongi lalu menggoncangkan bahunya dengan mata yang sengaja dibulatkan. Yoongi pula hanya mengeluh kecil.

"Well, lepas kami tahu kau dekat mana kami terus pergi dan ternampak geng-geng serigala tu tengah jadikan kau bahan pengorbanan. Kami--"

"Woooo, sesi bercerita dah mula ke? Sabor jap aku ambil keropok lekor."

Sekelip mata, enam orang manusia sudah elok memenuhi ruang tamu bersama makanan dan bantal peluk. Namjoon kembali dengan seberkas penuh keropok lekor yang mereka beli masa buat konsert dekat Malaysia.

"Ish, bukan korang lalui juga ke. Pahal aku kena ceritakan pula?" Soal Yoongi dengan jengkel.

"Citer jelah, dah kau yang mula dulu." Jawab Jin bersahaja.

"Haih, papelah. Jadi, lepas tu..."

🌙  🌙  🌙  🌙  🌙

"Tamat."

"Wow, epik sungguh. Tapi mesti saya nampak bergaya ann masa guna pedang tu?" Yunri menjongket-jongketkan keningnya sambil tersenyum sumbing.

"Baliklah kau. Pegang pedang pun terketar." Jungkook dan Taehyung menghamburkan tawa saat muka mereka ditampar dengan bantal yang dibaling Yunri.

"Apapun, kenapa aku berani buat janji tu sebab memang tradisi. Lepas kami habiskan pelajaran dan masuk alam pekerjaan, kami boleh pilih sama ada nak kerja di dunia manusia ataupun dunia sendiri. Tapi rahsialah." Yoongi berkata sambil tersenyum senget.

"Siapa pemerintah dunia Vampire sekarang? Kalau awak kat sini?"

"Masih aku, cuma aku bagi arahan, yang jalankan arahan ialah orang kanan aku. Dia memang bekerja untuk keluarga Diraja Vampire. Tapi, kalau ada hal-hal mustahak aku akan turun padang."

Yunri mengangguk-anggukkan kepalanya namun sesuatu telah mengangguk dirinya dari tadi.

"Tapi, kan awak cakap awak tak boleh jumpa saya mula-mula. Macam mana Jimin boleh tahu saya dekat mana?"

Semua yang tadinya rancak berbual dan gelak-ketawa terus terhenti tatkala Yunri bertanyakan soalam itu. Dahi seorang demi seorang mula berkerut.

"Haah, kan. Macam mana kau jumpa?" Soal J-Hope.

"Err, jujur aku cakap. Aku pun tak ingat."

"Kenapa ni, aku IQ tinggi tapi kenapa aku tak ingat apa-apa ni?"

"IQ kau dah jatuh kot." Dan Taehyung pun ditampar dengan bantal buat ke sekian kalinya.

Yunri yang memang hilang ingatan hanya mampu bertanyakan sahaja. Dia lagilah tak ingat apa-apa.

"Eh, cakap pasal ni. Macam mana kami boleh kawan dengan kau eh. Kau pemalu, takkanlah tetiba kau datang cakap nak kawan dengan kami. Tak mungkin ahh..." Kata Jimin dengan muka yang sangat keliru.

"Eh, betulah. Kenapa aku boleh kawan dengan korang? Yoongi?"

Semua kini memandang Yoongi dengan mata penuh harapan. Yoongi menarik nafas sekali sebelum berkata dengan serius.

"Aku tak tahu."



Unreal Human+BTSWhere stories live. Discover now