+013

478 38 2
                                    

J-Hope pov

Fuhh! Nasib baik aku tak jadi apa-apa tadi.

Aku membaringkan diri aku di atas rumput-rumput yang terbentang luas di halaman rumah. Malam ni sangat sejuk tapi aku dengan bangganya tetap keluar tanpa memakai jaket.

Macam biasalah, aku dekat luar ni hanya dengan satu niat saja, aku cuma nak berlatih. Aku bukannya berlatih setiap hari pun dalam dua kali seminggu macam tu je tapi ni... Dah dua minggu Namjoon hyung tak berlatih dengan aku.

Namjoon hyung macam lupa je...

Aku faham Yunri paling penting sekarang ni tapi aku tak boleh bersendirian, aku tak boleh ditinggalkan tanpa Namjoon tolong aku.

Kuasa aku...

Menakutkan diri aku sendiri je...

Kruggghhh~~

Eh eh perut ni pun, perlu ke kacau drama aku la.. halah halah

"Heyya perut, kau lapar ya? Ajomlah kita makan!"

Aku pun bediri untuk masuk balik ke dalam tetapi langkah aku terhenti apabila aku ternampak semua orang sudah berkumpul di meja makan di dapur dan sedang berborak dengan gembiranya.

Aku pun menggunakan kuasa istimewa aku iaitu pendengaran luar biasa; aku nak dengar perbualan mereka.

"Yunri, makanlah banyak sikit."

Yoongi hyung memasukkan seketul daging ke dalam pinggan Yunri.

Aku ternganga kecil, Yoongi tak pernah nak kongsi makanan dia. Aku pun haritu hampir kena bunuh sebab ambil ikan goreng dia. Aku bangga dengan dia uhuks.

"Yunri, dah seminggu awak di sini, harap awak selesa tinggal di sini."

Semua nampak sangat gembira. Hati aku pun dah terdetik nak masuk namun sesuatu mematikan langkah aku.

"Alright, memandangkan semua dah ada. Mari, kita raikan Yunri sebagai ahli baru rumah ni!"

Aku gembira Namjoon hyung meraikan Yunri sebagai ahli baru sebab aku pun suka gila dengan Yunri, dia sempoi tapi...

Diorang tak perasan ke dengan ketidakwujudan aku di situ?

Aku tergelak kecil dengan sebuah senyuman paksa namun aku mula rasa mata aku kabur. Aku segera menyeka dan menahan air mata aku yang mungkin akan derhaka dengan aku sendiri ini.

#J-Hopesentap
#abesensetive

Ah... Menyampahnya.

"Nampaknya, kita kena cari makanana sendirilah ni. Aighh, tak manis kalau aku masuk macam tu je. Nanti janggal pula, kan?" Aku terus mengeluarkan sayap hitam aku lalu terbang melintasi malam yang dingin ni.

End pov

BTS ketika itu makan dengan meriahnya. Tapi Jungkook dari tadi kepala dia asyik bergerak-gerak seperti mencari sesuatu.

"Oit kook, kau cari apa bro?" Jimin menegur.

"Tak hyung, kook tak nampak pun J-Hope hyung..." Jungkook berkata sambil memandang ahli BTS yang lain.

Semua tersentak manakala Yunri teringat akan kertas yang dia jumpa. Telefon dicapai lalu dia mula menaip. Setelah siap menaip terus dihulur kepada Namjoon.

'Namjoon, awak ada terlupa buat something ke hari ni?'

"Huh? Aku dah bagi makan Holly, tanam bunga baru untuk Jin sekor ni, cuci tandas... Semua aku dah buatlah... kan?" Namjoon memegang dagu dia, lagaknya tak ubah seperti orang sedang berfikir gitu.

Yunri menggeleng dengan kabut, dia menaip lagi.

'Tak, mesti ada lagi, awak..'

"Hmm... Nak apa lagi? Semua aku dah buat kecuali..."

Mata Namjoon tiba-tiba saja terbeliak, dia yang sangat terkejut terus berdiri sehingga kerusinya terlentang ke belakang.

"Maaan!! Aku lupa nak berlatih dengan J-Hope!"

"WEI MATI LA KITA SETAN!!!!!!!"

Tbc.

BTW, Mye dh nmpk yg cerita ni makin merapu, nnt Mye cuba betulkan blk, k?

Keep reading~ Mye x sangka korang masih setia hoho.

Luv U all~

Unreal Human+BTSWhere stories live. Discover now