02

13 4 0
                                    

AJARKAN AKU CINTA | JJK

"Kita memang tak boleh bersama ke?"

Jungkook mematikan televisyen yang masih memainkan tayangan drama bertajuk Lover Bedside.

Keluhan dia lepaskan.

Kaku sangat lakonannya.

Membuatkan Jungkook menggelengkan kepala dan mencapai cawan kopinya. Diteguk perlahan.

Kenapa perempuan tu boleh diterima untuk jadi pelakon? Perasaan sedih sebab kena tolak dengan orang dia suka langsung tak sampai.

Kalau penonton tengok, scene yang sepatutnya boleh buat nangis, mungkin hanya akan mengundang wajah sepi dari penonton.

Ipad dicapai. Terus sahaja nama pelakon perempuan yang dia perhatikan tadi dicari.

Kang Haneul.

'Oh, pelakon baru. Patutlah. No wonder dia takde feeling.'

Senyuman terukir.

Pandangan dialihkan ke arah skrip untuk drama yang bertimbun di atas meja kopi.

Satu-satu persatu dicapai. Tiada satu pun yang menarik perhatian.

Sehinggalah dia mencapai sebuah skrip yang masih tidak mempunyai mana-mana actress yang dipilih sebagai first lead.

Terus muka surat pertama diselak. Memaparkan nama si penulis skrip dan nama direktor yang ingin menghasilkan drama tersebut.

Senyuman terukir kecil pada hujung bibirnya.

Telefon dicapai dari atas meja. Nombor managernya didail.

"Hisoo Nuna. Ni. Pasal drama Karma ni. Heroin dia. Jungkook boleh tetapkan sendiri kan?"

Mendengarkan balasan daripada managernya, Jungkook tersenyum lebar.

Dah tiba masanya untuk dia tolong wanita tadi.

Entah.

Perempuan tu nampak ada masa depan dalam bidang lakonan. Cuma dia perlu kelas tambahan daripada Jungkook.

Kali ni, Jungkook sendiri yang menawarkan diri untuk jadi cikgu lakonan dia.

No need outsider.

Berlakon dengan Jungkook cukup untuk menjadikan Kang Haneul dikenali sebagai seorang pelakon yang berjaya.

"Dah. Jungkook ada nama. Haneul. Kang Haneul. Boleh susunkan perjumpaan dengan pihak dia?"

Talian dimatikan sebaik sahaja Jungkook mendapat jawapan daripada Hisoo.

Belum sempat Jungkook menyandarkan kepalanya, bunyi loceng rumah kedengaran.

'Siapa pula yang datang ni? Rasanya macam dah umum yang aku cuti hari ni.'

Dengan malas, Jungkook melangkah ke pintu rumah. Membuka pintu utama rumah dengan malas.

"Jungkook oppa!"

Suara nyaring seorang wanita membuatkan Jungkook mengangkat keningnya kedua belah dengan anak mata yang dipusingkan.

Pintu ditolak besar. Membenarkan lebih banyak ruang yang terbuka.

Lehernya dirangkul dari depan oleh seseorang. Jungkook menolak kasar tubuh kecil itu menyebabkan wanita itu menjerit marah.

"Oppa!"

'Nak mulalah tu.'

Jungkook hanya berjalan meninggalkan wanita itu. Dia kembali menuju ke ruang tamu. Lampu rumah dibuka dengan sekali tepukan.

"Go Eun datang sini buat apa?"

Bukan dia tak dengar tapak kaki yang sengaja dihentak kuat-kuat ke atas lantai.

"Nak jumpa oppalah. Yang pergi tolak Go Eun kenapa? Bencilah!"

Jungkook hanya menggelengkan kepala. Tangan mencapai skrip yang bertaburan dan disusun dengan elok di atas meja.

Sampailah dia berpusing untuk mencari skrip drama Karma yang dia pegang tadi.

"Oppa terima tawaran lakonan yang ni? Wah! Bolehlah Go Eun pergi dengan oppa nanti."

Jungkook memandang ke arah Go Eun dengan kelopak mata yang dikelip berulang kali.

"Apa? Go Eun pegang watak second lead dalam tu."

Senyuman dihadiahkan kepada Jungkook. Membuatkan Jungkook menepuk dahinya kuat.

'Sudah. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata mana boleh tarik balik.'

Tubuh dijatuhkan ke atas sofa. Mata dipejamkan.

Cuba untuk mencerna apa yang baru sahaja Go Eun ucapkan tadi.

tbc
-----

Saya cuba sebaik mungkin untuk cerita kali ini.

Maaf kalau hambar. Rasa dh lama tinggal dunia penulisan ni.

[DISCONTINUED] AJARKAN AKU CINTA | JJKWhere stories live. Discover now