03

12 4 0
                                    

AJARKAN AKU CINTA | JJK


Aku pandang Taehyung yang ada di hadapan. Pandangannya jatuh ke atas karpet rumahku.

Keluhan aku lepaskan.

Marah ni marah.

"Kata dah kosong. Apa ni Taehyung? Baru tiga hari aku cuti." Bukan nak marah. Cuma nak menyampaikan perasaan penat.

Taehyung hanya mengangguk lemah.

"Apa aku boleh buat? Jeon Jungkook kot. Pemenang Actor Of The Year."

Mata mencerlung memandang ke arahnya. Suka hati dia je. Mentang-mentang dia manager.

"Ok. Fine. Demi kau. Kesian pula kau dah set date untuk meeting tu."

Senyuman kotak terbit pada wajahnya.

Suka sangatlah tu.

Tangan dihulurkan kepada Taehyung. Meminta apa yang sepatutnya dia berikan.

Apalah.

Bangkit-bangkit je dari tidur, dapat berita yang aku terima tawaran untuk berlakon dengan Pemenang Actor Of The Year.

Mana tak terkejut.

Bila masa pula aku ada terima mana-mana tawaran.

Sebuah skrip mendarat di atas tapak tangan.

Nipis je.

Mata memandang ke arah Taehyung dengan sebuah pertanyaan.

"Belum. Kru directing baru bagi episode satu untuk kau tengok-tengok. Tapi kau betul ke nak ambil tawaran tu?"

Anggukan aku berikan.

Yelah. Dah dia yang buat pernyataan macam tu. Takkan aku nak tolak pula. Macam tiba-tiba je.

"Kalau aku tolak, nanti semua ingat aku ni perasan bagus. Dahlah caption dia tulis Jungkook yang bagi tawaran tu dekat aku. Siapa je yang nak tolak tawaran Jungkook? Semua orang nak.

Kau kena ingat siapa Jungkook tu. Ramai pelakon baru naik mendadak lepas berlakon dengan dia."

Taehyung hanya mengangguk lemah.

Tiba-tiba dia rasa menyesal terima tawaran yang diberikan manager Jungkook semalam.

"By the way, siapa je lagi yang ada dalam drama ni?"

Tangan masih belum menyelak helaian skrip di tangan. Aku masih sibuk membaca komen-komen yang ada di article yang satu itu.

"Jeon Jungkook, first lead. Han Go Eun, second lead female. And, Song Kang. Second lead male."

Song Kang.

Tangan yang baru sahaja hendak menyelak muka surat pertama skrip terhenti.

Aku pandang ke arah Taehyung.

Mamat ni memang gila.

"Taehyung..."

"Ya. Aku salah. Aku tak tengok dulu cast list dia. Sorry."

Aku sekadar menggelengkan kepala.

Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata, badan binasa.

Tajuk skrip dibaca seketika.

Karma.

Tajuk nampak menarik. Tapi kalau dah Jungkook yang berlakon, memang semua menarik.

Masalahnya.

Aku first lead femalenya.

Gempak ke nanti?

Aku takut reputasi Jungkook jatuh lepas berlakon dengan aku je.

Kejap.

Han Go Eun?

Telefon dicapai sebelum jari laju mengetik huruf-huruf di keyboard menghasilkan nama itu.

"Taehyung. Han Go Eun dengan Jeon Jungkook satu drama? Kenapa director tak letak je Go Eun jadi heroin? Nanti dia jealous tak bertempat."

Taehyung mengeluh sebelum membalas persoalan yang aku utarakan tadi.

"Relax. Go Eun dengan Jungkook belum official. Semua tu rumors je. Lagipun, Jungkook sendiri ada bagitahu yang dia dan Go Eun tiada apa-apa. Yang kau gabra sangat ni apahal?

Ke kau yang takut Go Eun fight kau?"

Mata dijelingkan memandang ke arah lelaki itu.

Aku hanya membiarkan persoalannya. Helaian demi helaian aku selak dan baca.

"Full script dah siap ke?"

Gelengan aku terima.

Wah!

Mendebarkan betul.

Seketika, baru aku teringat penulis yang menulis skrip ini.

Writer Bi.

Memang tragislah dramanya nanti.

tbc
-----

Maaf. Banyak nama yang awak kena ingat.

Nanti saya senaraikan namanya dan apa hubungan mereka.

Mungkin akan pening sikit.

Maaf.

[DISCONTINUED] AJARKAN AKU CINTA | JJKWhere stories live. Discover now