AJARKAN AKU CINTA
Nafasku terhenti.
Kelopak mata yang tadinya terpejam rapat kini terbuka luas. Melihat ke arah tubuh Jungkook yang ditolak menjauh dari aku.
"Jungkook!" Jeritan memenuhi ruang rakaman.
Aku kemudiannya memandang pula ke arah Taehyung yang berada di hadapanku. Dadanya turun naik menahan geram.
"Taehy..."
"Jangan bersuara. Aku tak suka kau bercakap dengam suara yang keluar dari culas bibir tu. Jijik."
Air mata jatuh ke pipi.
Tubuh Jungkook yang terjatuh ke atas lantai kembali di bantu berdiri oleh crew yang ada.
Bibirnya yang berdarah di kesat kasar. Senyuman sinis terukir pada wajah.
Jungkook tertawa memandang ke arah Taehyung yang masih menahan geram.
Rambutnya diraup kasar. Tangan menepis kasar tangan-tangan yang membantunya berdiri.
"Wahhh. Manager Kim tolak tubuh aku semasa rakaman?"
"Rakaman apa? Direktor dah matikan camera tiga minit yang lepas. But still, you're not moving even an inch away from her. Apa yang kau fikirkan?
Puaskan nafsu kau? Tak cukup ke Go Eun jadi...."
"Kim Taehyung cukup!"
Aku menolak tubuh Taehyung jauh. Air mata mengalir ke pipi. Aku memandang ke dalam matanya.
Mata yang memerah itu membuatkan aku mengeluh perlahan.
"Cukup Taehyung." Lemah.
Aku melarang dia bergaduh. Menyambung kata-katanya tadi.
"Haneul, kau sendiri rasa apa yang dia buat pada kau..."
Aku menggeleng laju.
"No. Cukup. Aku tak nak dengar apa-apa. Please. Aku penat."
Taehyung mengeluh memandang ke arahku sebelum dia kembali memandang ke arah Jungkook bersama sebuah renungan.
"Kau..."
Jari telunjuknya naik menunjuk ke arah Jungkook. Membuatkan aku pantas menarik tangannya kembali. Turun daripada terus tertunjuk ke arah Jungkook.
Aku menolak tubuhnya keluar dari rumah agam tempat rakaman itu.
Tidak menghiraukan pandangan crew rakaman yang sibuk berbisik antara satu sama lain.
"Taehyung. Tunggu aku di kereta. Aku ambil barang aku kejap." Arahan aku berikan kepada lelaki itu.
Belum sempat aku berlalu pergi, Taehyung menarik aku ke dalam pelukannya.
"Jangan pergi. Biar saja. Aku tak nak kau disakiti lagi."
Terasa bahuku membasah.
Dia menangis.
Lelaki ini menangis.
Kerana aku ke?
"Kim Taehy..."
"Aku sayang kau. Aku jaga kau dari dulu. Aku tak suka kau jadi lemah macam tu. Digunakan lelaki macam tu. Tak perlu terpedaya dengan kata-kata dia.
Persetankan ajaran dia untuk naikkan nama kau. Kita guna cara lain."
Tubuhku dia tolak ke depan. Membenarkan mata kami salin menatap.
"Kita lupakan contract ni. Hmmm?"
Pertanyaan Taehyung aku balas dengan sebuah gelengan. Aku tersenyum memandang ke arahnya.
"Dah nak habis pun. Dua minggu sahaja lagi. Boleh kita teruskan? Dah terlambat untuk aku batalkan contract ni."
Seketika, keadaan antara kami sepi.
Tak lama, Taehyung mengangguk lemah. Dia melangkah ke kereta kami. Meninggalkan aku di perkarangan rumah ini.
Tubuh dipalingkan. Ingin melangkah masuk kembali ke dalam rumah.
Langkah dimatikan oleh sepasang kaki lain.
Kepalaku mendongak melihat ke arah gerangan yang menghalang.
tbc
-----Eheeemmm.
Tae dah nak confess.
Ke dia dah terconfess tapi Haneul tak perasan?
Btw...
Saya sayang watak Tae. Nak simpan sampai hujung.
YOU ARE READING
[DISCONTINUED] AJARKAN AKU CINTA | JJK
Fanfiction"Ajarkan aku apa itu cinta sampai aku faham dan tahu apa itu cinta yang sebenarnya." START: 18 may 2021 END: -