AJARKAN AKU CINTA | JJK
"Camera ready!"
Jeritan Direktor Lee mengundang pandangan semua yang ada di set pengambaran itu.
Tangan mencapai sehelai tisu yang dihulur Taehyung.
"Thank you, sayang." Ucapku.
Kenyitan mata aku berikan padanya. Membuatkan Taehyung turut mengenyitkan mata dan menjuihkan bibir.
"Welcome, baby."
Erk.
Aku pandang wajah Taehyung sebelum tergelak besar. Rasanya kalau bilik ni tak letak jauh dari set pengambaran, mau suara aku masuk dalam kamera sekali.
"Geli gila."
Ingatkan Taehyung mahu memarahi. Namun dia turut sama tergelak besar. Secawan kopi dihulurkan kepadaku.
"Nah ambil."
Sebaik sahaja aku mencapai cawan tersebut, Taehyung terus mencapai Ipad dari dalam beg hitamnya.
Beg yang ada segalanya. Daripada make up, tisu, payung, sampailah kipas tangan. Semua ada. Minta je nak apa.
Nanti Taehyung bagi.
Dah macam bapa orang aku tengok Taehyung ni. Nak cakap tak handsome, handsome je aku tengok.
Ramai je yang nak ambil dia jadi actor baru. Tapi entah kenapa entah dia pilih untuk stay jadi manager aku.
"Secara kasarnya, kau dah habis rakaman kau untuk Lover Bedside. So, kau free untuk minggu ni. Ada apa-apa yang kau nak buat?"
Gelengan aku berikan.
Memang takde fikir apa-apa. Yang aku tahu, aku nak cuti. Nak rehat. Penat memaksa diri menghafal skrip lakonan untuk drama 28 episode ni.
Dengan ragam director yang entah apa-apa tu.
Sumpah aku cakap. Lepas ni aku tak nak terima tawaran drama kalau dia yang jadi direktor.
Itu tak kena.
Ini tak kena.
Keluhan aku lepaskan.
"Cik kak yang tak berapa nak manis, berapa kali kau nak mengeluh ni? Muka kau dah berkerut teruk tu."
Hah?
Serious?
Terus aku rapatkan wajah ke cermin solek. Mencari kerutan-kerutan yang berani mewujudkan diri atas kulit mulus aku.
Betullah. Dah ada kerut.
"Taehyung!" Panggilku manja.
Namun lelaki itu masih mendiamkan diri.
Ahhh, dia. Sepuluh kali aku panggil pun dia takkan menyahut. Melainkan berkaitan dengan kerja.
"Kita kena pergi saloon. Sumpah. Aku dah berkedut."
Taehyung menggelengkan kepalanya. Pening pelayan perangai aku.
Beg hitam dia letakkan ke lantai sebelum menghampiri aku dan menarik bahuku supaya bersandar ke kerusi.
"Haneul kekasih gelap aku, apa kata kita pergi lepak wayang ke? Pergi shopping ke? Dah lama kita tak lepak sama-sama."
Kening aku kerutkan.
Dah lama tak lepak?
"Habis tu selama ni? Tak cukup ke dari matahari belum keluar sampai matahari nak keluar balik kau nampak muka aku?"
Taehyung mencebik. Dari cermin yang memantulkan wajah kami, dia hanya tersenyum.
"Haah. Tak cukup. Alah, jomlah Haneul."
Eeh, dia ni kan. Ada yang nak kena.
"Fine. Kita shopping je. Aku malas nak tengok wayang. Semua cerita romance. Geli aku."
tbc
-----Maaf hambar. Cerita baru nak mula.
Btw. Should I ship Tae and Haneul?
Diaorang nampak comel bersama.
YOU ARE READING
[DISCONTINUED] AJARKAN AKU CINTA | JJK
Fanfic"Ajarkan aku apa itu cinta sampai aku faham dan tahu apa itu cinta yang sebenarnya." START: 18 may 2021 END: -